Tahukah anda?
Hemoglobin
(Hb) merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan
oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke
tisu-tisu di dalam dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin
memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah
mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.
Terdapat
beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah. Namun
kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk
membuat beberapa ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah
diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang
terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin untuk
membentuk cyanmethemoglobin. Dengan menyinarkan cahaya melalui larutan
cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap (khususnya bagi
gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin dapat ditentukan.
Aras
hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi
setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada
usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-
Baru lahir
: 17-22 gm/dl
Usia
seminggu : 15-20 gm/dl
Usia
sebulan : 11-15gm/dl
Kanak-kanak:
11-13 gm/dl
Lelaki
dewasa: 14-18 gm/dl
Wanita
dewasa: 12-16 gm/dl
Lelaki
separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
Wanita
separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
Peranan
hemoglobin dalam tubuh manusia sangat penting untuk menjalani hidup yang sihat.
Oleh sebab, itu ia sangat diperlukan untuk memastikan tingkat pigmen ini dalam
darah. Jika terdapat sedikit perbezaan dari tingkat hemoglobin normal mungkin
tidak menimbulkan masalah yang jelas. Namun, jika terdapat perbezaan yang drastik
ia boleh menyebabkan gejala yang parah, dan mengakibatkan komplikasi, sekiranya
tidak ditangani dengan sewajarnya.
HB Rendah
Paras
hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemia.
Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia.
Sebab utama
biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser
kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang
(penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah
chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal
(anemia sel sabit).
HB Tinggi
Paras
hemoglobin yang tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan
tanah tinggi dan perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi
palsu yang hilang apabila kandungan air bertambah. Sebab lain adalah penyakit
paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan
penyalahgunaan hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan
meningkatkan prestasi dalam acara sukan masing-masing.
Penyebab Kadar Hemoglobin Rendah
Kekurangan gizi: Kekurangan zat besi dalam tubuh boleh
mempengaruhi sintesis hemoglobin dan menyebabkan anemia di mana sel darah merah
dalam kadar yang lebih kecil tanpa pigmen merah – hemoglobin.
Ketidakmampuan untuk Menyerap Besi
Kehilangan Darah: Kadar hemoglobin biasanya turun kerana
kehilangan darah dari pendarahan yang teruk. Mereka yang mengalami masalah
kedatangan haid yang terlalu banyak mungkin juga menderita
kadar hemoglobin rendah. Terdapat juga kes dari penderma darah.
Menurunkan Produksi Sel Darah Merah: Keadaan ini akan menyebabkan
pesakit menghidapi leukemia, psirosis, hipotiroidisme, dan penyakit ginjal.
Jumlah hemoglobin mungkin akan berkurang akibat penggunaan ubat tertentu,
seperti mengubati infeksi HIV dan kanser.
Penghancuran Sel Darah: Ada keadaan yang tertentu, terdapat penghancuran berlebihan sel darah merah dan mengakibatkan
penurunan jumlah hemoglobin. Antara penyakit yang terhasil dari masalah ini
adalah Anemia dan talasemia.
Di
Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya
kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia
ketika lawatan antenatal pertama.
Pakar
Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami
risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas
melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.
“Zat besi
adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh
badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang
daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi
risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.
“Ia mungkin
berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang,
penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit
talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.
“Faktor
lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang,
hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat
ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.
Jelas Dr
Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih
banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.
Katanya
lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil
iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.
“Wanita
hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan
sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.
“Anemia
semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih
serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan
meningkatnya risiko kematian ibu.
“Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi
penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental
berbanding rakan sebaya,” katanya.
Dr Premitha
berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang
bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
“Sebaiknya,
ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita
hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia
ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.
Bagi wanita
hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal
ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.
Justeru,
bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika
menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat
besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan
kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.
Dalam
kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi
merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi
yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan
seperti sembelit.
“Ketahuilah
bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan
produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.
“Jadi,
sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan
dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu
hingga dua jam sebelum.
“Pengambilan
makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu
berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.
INFO BERGUNA
Anemia kekurangan darah biasa dialami:
* Penduduk luar bandar
* Ibu
kembar
* Ibu kerap
hamil
*
Vegetarian
* Remaja
* Perokok
*
Penghadaman terganggu
Makanan merencat penyerapan zat besi
dalam darah
* Teh,
kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin.
produk soya
* Susu,
produk tenusu, kalsium
* Ubatan
berunsur keasidan, phytates, phenols
*
Magnesium, tetracyclines, thyroxine
Makanan membantu penyerapan zat
besi dalam darah
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran
kecuali bayam
* Salad,
buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
Terdapat
beberapa kaedah yang boleh dicadangkan untuk mengatasi masalah HB rendah ini,
antaranya:
- Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
- Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
- Golongan berisiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam.
- Bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan rencatan, ibu-ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan.
- Selain itu, pengambilan vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
- Dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, menjalani pemindahan darah dan suntikan zat besi.
- Justeru wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil sert empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
- Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil sejumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
- Jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia.
-Dr.
Premitha-
Pemakanan yang sihat
PISANG
sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium
pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan
sumber itu.
Sebagai
contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram
potasium.
Pakar
perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat
buah pisang.
Menurut
Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal
menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika
pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula
akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus
glukosa.
“Pada
amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan
vitamin serta potasium.
“Ini
menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah
lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan
dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada
kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula
dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau
lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan
kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut
beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi,
adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu
sekali atau sebulan sekali.
Jika
digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan
berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar
beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand,
misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi
memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan
menyembuhkan penyakit.
Beberapa
kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh
dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya,
penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan
memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan
potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta
mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah
beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah
pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut
mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada
di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam
tekanan.
Katanya
lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok,
digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas
daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian
turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya
wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh
mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping
itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja
boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat
membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam
darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat
gigitan nyamuk.
“Apa yang
penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat
makan pisang.
“Bagi
anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis
dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,”
katanya.
Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2sVTV4VXf
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz2sVTV4VXf
Kadangkala akibat kekangan masa kita sukar untuk mendapatkan zat besi secara mentah, begitu juga dengan vitamin C yang berfungsi kepada tubuh badan untuk menyerap zat besi dengan mudah.
Justeru Shaklee telah menghasilkan beberapa supplemen yang boleh membantu
Justeru Shaklee telah menghasilkan beberapa supplemen yang boleh membantu
pesakit ini daripada terus mengalami HB yang rendah.
Nak tahu bagaimana ia tercipta dan info berkaitan dengannya?
Nak tahu bagaimana ia tercipta dan info berkaitan dengannya?
Jom kita baca...
VITA-LEA
- Sebagai penambah tenaga segera ~ memberikan kecergasan pada tubuh da kekuatan mental, justeru dapat membantu sistem memori dan fokus kepada pembelajaran serta pekerjaan seharian.
- Sebagai pelengkap nutrisi ~ sangat baik kepada individu yang tidak mengamalkan pemakanan secara seimbang seperti pengambilan sayur yang berlebihan yang tidak seimbang dengan protin, sebagai contoh vegetarian dan anemia.
- Memberikan keupayaan dalam sistem produktif ~ Amat sesuai untuk remaja yang sedang membesar.
- Meningkatkan metabolisma ~ Sebagai pembantu di dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
- Elemen penting pada sel tubuh ~ Menyedaiakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Juga menjaga kesihatan tirod.
- Melindungi Organ ~ melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
* VITA-LEA sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru bersalin sebagai penambah tenaga segera serta memulihkan kesihatan dalam tempoh yang singkat jika dibandingkan dengan vitamin yang lain.
VITA-C
Apa itu Vit-C Sustained Release Shaklee?
1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot dari menjadi lembik.
2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.
6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.
7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.
Jom dapatkan hari ini..
1 tablet sehari
30 tablet sebulan
120 tablet dalam sebotol boleh digunakan untuk 4 bulan... jimat kan???
1 tablet sehari
30 tablet sebulan
120 tablet dalam sebotol boleh digunakan untuk 4 bulan... jimat kan???
- Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
- Whatsapp/SMS: 012~3530038
- Email: Hanavitstore@gmail.com
No comments:
Post a Comment