RAMBUT GUGUR DAN TIPS PENJAGAAN YANG BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Diharapkan semua pembaca blog kesayangan saya ini sihat-sihat sahaja di bawah lindungan Allaw SWT.

Syukur saya masih dipanjangkan umur dan dapat berkongsi tentang info terkini dari blog saya ini.

Hmmm... sangat rimaskan apabila menyapu dan dapati bergumpal-gumpal rambut di dalam penyodok sampah? Itu belum di bawah katil, bawah almari, celah-celah sarung bantai dan bilik air. Kadang-kadang gumpalan rambut ini boleh menyebabkan lantai bilik air kita tersumbat!

Jadi apa yang perlu dibuat?

Justeru kali ini saya suka untuk berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan masalah rambut gugur dan tips penjagaan yang betul.

Entri masalah rambut gugur dan tips penjagaan yang betul telah lama saya ingin kongsikan dengan pembaca semua, namun akibat kekangan masa ianya ditangguhkan.
Jadi hari ini saya sediakan wadah-wadah yang sangat bermaklumat untuk pengtahuan kita semua.

Diharapankan entri masalah rambut gugur dan tips penjagaan yang betul ini dapat menyelesaikan masalah kita semua dan boleh juga berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Bukanlah suatu perkara yang pelik apabila ada rakan-rakan yang mengadu mengaami masalah keguguran rambut terutama selepas berkahwin, baik wanita mahupun lelaki.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana masalah keguguran rambut boleh terjadi? Adakah ianya melibatkan hormon atau jenis pemakanan kita yang tidak seimbang? Atau faktor keturunan? Atau kurangnya melakukan aktiviti riadah? Dan ada juga mitos yang menyatakan ‘apabila anak muka bermain air liur, ibu akan mengalami keguguran rambut yang sangat ketara’.

Benarkah semua ini? Apakah yang patut dilakukan?
Jom kita baca entri ini selanjutnya..

Bagi golongan lelaki, mereka menjadi mangsa masalah rambut seawal usia 20-an lagi. Ini termasuk masalah keguguran rambut yang boleh diwariskan kepada anak mereka apabila mereka menjadi bapa suatu hari nanti.


Merujuk kepada Akhbar Utusan bertarikh 12/6/2013 di ruangan keluarga, Pakar rambut dan pakar pemakanan 101 Hair Care, Fanny Ling berkata, masalah rambut pada lelaki biasanya berpunca daripada hormon lelaki (testosteron) yang terlalu tinggi. Katanya, hormon testosteron yang tinggi menyebabkan pengeluaran lebih banyak dihidrotestosteron (DHT) yang menyekat pertumbuhan rambut.

"Kebarangkalian lelaki mengalami lebih banyak masalah rambut disebabkan tahap hormon testosteron yang tinggi adalah lebih besar berbanding wanita yang mana masalahnya terbatas kepada gangguan hormon selepas bersalin, tekanan atau menopaus.


"Dalam isu keturunan pula, ibu bapa boleh 'menurunkan' masalah rambut seperti keguguran rambut, alopesia dan rambut beruban (tiga masalah berpunca daripada keturunan) kepada anak mereka," kata Fanny.

Begitupun katanya, terdapat banyak kepercayaan karut tentang kaitan antara keturunan dan keguguran rambut.

Satu daripadanya ialah masalah keguguran rambut di kalangan lelaki dikatakan diwarisi daripada sebelah ibu manakala keguguran rambut di kalangan wanita diwarisi daripada sebelah bapa. Hakikatnya kata beliau, gen keguguran rambut dan masalah keguguran rambut itu sendiri sebenarnya diwarisi daripada kedua-dua belah keluarga atau kedua ibu bapa.

Umumnya, jika ibu atau bapa mengalami masalah keguguran rambut, kemungkinan seorang dalam sekurang-kurangnya tiga anak mereka akan mengalami masalah yang sama dengan kebarangkalian adalah 40 peratus lebih tinggi daripada orang biasa.

"Jika kedua-dua, ibu dan bapa mengalami masalah ini, risiko keguguran rambut adalah dua kali ganda, iaitu 80 peratus.

"Masalah rambut yang berpunca daripada keturunan tidak boleh dielak tetapi dengan penjagaan yang betul, keadaan boleh ditangguhkan hingga usia 50 tahun.

"Gen botak boleh melangkau beberapa generasi dan akan diwarisi secara rambang, tidak kira anak lelaki atau perempuan," kata Fanny.

Beliau berkata demikian pada bengkel sehari anjuran 101 Hair Care bagi menjelaskan tentang masalah rambut yang dialami oleh ahli keluarga yang berlainan.

Dalam pada itu Fanny berkata, wanita atau ibu patut berwaspada sepanjang enam bulan pertama selepas bersalin kerana gangguan hormon meningkatkan risiko keguguran rambut.

Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron dalam badan ibu meningkat. Kedua-dua hormon ini akan mengekalkan rambut mereka di fasa anagen (tumbuh).

Selepas bersalin, tahap hormon jatuh mendadak, menyebabkan kulit kepala ibu mengeluarkan lebih banyak sebum (minyak) yang menyumbat pori-pori, seterusnya menyebabkan rambut gugur.



"Kaum ibu perlu mencuci rambut mereka setiap hari, mengamalkan diet yang seimbang, mengambil makanan yang baik untuk rambut, mengurut kulit kepala secara lebih kerap untuk melembapkan kulit kepala.

"Cuba gunakan produk yang disyorkan oleh doktor atau pakar rambut profesional dan elakkan penggunaan bahan kimia untuk meluruskan rambut selama sekurang-kurang satu tahun.

"Minum lebih banyak air kerana badan yang nyahhidrat akan menghantar isyarat kepada otak bahawa badan memerlukan air, menyebabkan lebih banyak pengeluaran sebum," kata Fanny.

Beliau juga menasihat ibu baru bersalin agar tidak menggunakan serum rambut atau mengambil makanan tambahan berasaskan herba untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada bayi.

Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada kempen pendidikan Hair's My Family anjuran 101 Hair Care bagi menjadikan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa lebih bermakna.

Kempen ini membabitkan pendidikan, pemeriksaan dan perundingan rambut percuma kepada ibu bapa dan kanak-kanak dari sekarang hingga 30 Jun di semua kedai 101 Hair Care.


Artikel Penuh: 



Info tambahan:

Menurut Presiden Persatuan Sains Rambut Malaysia, Dr Steven Chow,  di dalam ruangan kesihatan KOSMO bertarikh 12/2/2014 menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu tiga kali seminggu. Beliau juga menjelaskan kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.

Katanya lagi “Ramai pihak beranggapan silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa (monosodium glutamate) dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan. “Realitinya, tekanan (stress) dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius terutama membabitkan golongan lelaki,” jelas Steven.

MASALAH botak bukan hanya terhad kepada lelaki tetapi wanita turut mengalami fenomena sama.

Genetik

Menurut beliau, pola keguguran rambut lelaki (MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik.

“Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.

“Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak,” ujar Steven.

Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak.

Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an.

Dalam satu kajian jelas Steven, hampir 50 peratus anak-anak kepada lelaki atau wanita botak akan mewarisi gen tersebut.

“MPHL terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.

“Malah, lebih 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal,” katanya.

Steven menyarankan individu yang mengalami MPHL mendapatkan rawatan berkesan dengan menangani punca asas masalah tersebut.

Masalah keguguran rambut yang berisiko terjadi kepada setiap orang berkenaan turut mendorong ramai penyelidik untuk tampil menjalankan kajian.

Antaranya, beberapa ahli akademik dari dua universiti di Jerman iaitu Universiti Bonn dan Universiti Dusseldorf menjalankan kajian mengenainya. Mereka mendapati gen botak sememangnya diwarisi.


Gelembung berair

Sekumpulan penyelidik di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57 peratus wanita dan 73.5 peratus kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas.

Laman sesawang Perpustakaan Medem Medical turut melaporkan, kira-kira 40 juta lelaki di Amerika Syarikat berdepan dengan masalah MPHL.

Menurut laman tersebut, seorang daripada empat lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Tambah laman itu, nisbah untuk mendapat gen botak adalah empat dalam setiap tujuh orang.

Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara dua hingga enam tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.

Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.

Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

Pemakanan Yang Seimbang

Sementara itu, Ketua Trikologi Pusat Rambut Svenson, Teo Kim Teik berpendapat. untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting.

“Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90 peratus komponen rambut terdiri daripada protein.

“Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut,” katanya.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

Artikel Penuh:




Tips penjagaan rambut

Cuci rambut
 Rutin terbaik untuk mencuci rambut adalah dua atau tiga hari sekali. Paling penting, pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut. Tida semestinya mahal, asalkan syampu tersebut mampu membuatkan kulit kepala terasa bersih serta menjadikan rambut sihat, itu sudah memadai.

Elak guna pengering rambut
Kerap menggunakan pengering rambut mampu membuatkan rambut kelihatan kusam. Jika tidak mempunyai pilihan, gunakan pada suhu tinggi untuk mempercepatkan proses mengeringkannya bagi menggelakkan rambut mudah rosak.

Longgarkan ikatan rambut
Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana ikatan tersebut mampu memberikan tekanan kepada kulit kepala. Oleh itu, longgarkan sedikit ikatan supaya kamu menjadi lebih selesa, selain mengurangkan masalah keguguran rambut.

Mengeringkan rambut
Elak mengikat rambut ketika masih basah dan kemudian terus menyarungkan tudung bagi memastikan kulit kepala tidak 'tebal' dengan kelemumur. 

Fabrik tudung
Bagi yang bertudung, penggunaan tudung daripada material kapas sangat disarankan kerana mampu memberi pengaliran udara keluar dan masuk. Selain itu, elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Ini kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala mahu bernafas.

Elak gosok rambut secara kasar
Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, gosok secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Dengan itu, kamu dapat mengelakkan rambut mudah putus atau gugur.

Rawat rambut
Memakai tudung boleh menimbulkan bau yang tidak enak pada rambut kerana faktor kelembapan. Oleh itu, sekali kala cubalah rawat rambut dengan rempah-rempah yang boleh menghasilkan bau wangi.


Artikel Penuh: 

Selain dari tips yang amat berguna ini, untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti ada baiknya kita mengamalkan supplemen yang boleh membantu menstabilkan hormon dan membantu melancarkan sistem tubuh badan kita.  Justeru Shaklee telah mencadagkan beberapa produk yang boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan berkualiti.

Jom kita tengok....


PROSANTE REVITALIZING SHAMPOO

Kenapa kita perlu ambil PROSANTE Revitalizing Shampoo? Dan bukan syampoo lain yang terjual di pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai biasa?
Nak tahu mengapa?
Ya..mari kita baca selanjutnya..

PROSANTE Revitalizing Shampoo telah dicipta tanpa ramuan yang mengering atau menanggalkan. Ia berfungsi untuk meyediakan pembersihan yang lembut dan tetap. Fungsi ini boleh membantu mengekalkan rambut yang sihat secara optimum dan responsif

Kotoran yang dikumpul oleh rambut akan merosakkan struktur rambut dan meningkatkan stress pada setiap helai apabila ia kusut masai. Justeru pembentukan kotoran dan produk dandanan mempercepatan kerosakan. Akibat darinya rambut menjadi lemah dan tidak bermaya serta sukar untuk diuruskan.

Dengan penggunaan PROSANTE Revitalizing Shampoo ini ia didatangkan dengan sistem pembersihan yang patent-pending. Telah diformulasikan dengan humectants dan protin berasas sayuran untuk kutikel rambut yang licin. 
Ia juga mengimbangi kulit keplaa dan menyamai rambut dengan humectants, membnatu mengurangkan kusut dan mengeklakan imbangn kelembapan dan kilauan.

Setiap kegunaan membuat rambut nampak serta rasa:
  1. Bersih ~ Dapat menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan.
  2. Kuat ~ Tidak menanggalkan kelembapan penting, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan  dari rosak, walaupun dalam keadaan basah.
  3. Lantunan ~ Anti-statik dan tidak mengering, oleh sebba itu rambut mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi.
  4. Menyegarkan ~ Menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan, membuat kulit kepala rasa selesa dan bertenaga.

B-COMPLEX

  • Ia menukarkan makanan kepada tenaga ~ Di mana ia boleh membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus menggurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Melawan tekanan ~ Dalam kehidupan seharian kita tak lari dari tekanan kan? Jadi B Complex dapat membantu kita dengan cara memastikan fungsi saraf berjalan dengan lancar, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran ~ B Complex boleh menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2 juga. Ia turut membantu pembinaan DNA serta sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak ataupun tulang belakang.
  • Membatu masalah rambut beruban & gugur ~ B Complex boleh mengatasi masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan juga boleh mengekalkan kesihatan rambut.
  • Detoksifikasi ~ B Complex juga mampu meredakan alahan.

ZINC-COMPLEX

Fungsi Biologi

Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Antioksidan
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Mempertingkatkan Sistem Imun
Pengambilan Zinc boleh membantu pengeluaran kalenjer thymus. Kalenjar ini Mempertingkatkan system imun dengan mengeluarkan T-cells bagi menentang kanser dan menghalang sebarang jangkitan penyakit.

Menyihatkan Rambut.
Pengambilan zink secara konsisten akan membantu mencegah keguguran rambut.

*Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

MENARIK kan???

*Supplement ini bukan untuk merawat, mendiagnos atau menyembuhkan.

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:-


  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • Sms/WhatsApp : 012-3530038
  • Email: Hanavitstore@gmail.com

No comments:

Post a Comment