Tips elakkan pertengkaran berpanjangan


Assalamualaikum semua...

Bersua kita lagi hari ini dengan Tips elakkan pertengkaran berpanjangan..
Mesti teruja kan?



Haha..
Mana taknya pertengkaran ni biasa terjadi pada suami dan isteri lebih-lebih lagi bila telah mempunyai anak-anak dan kos hidup yang semakin bertambah, betul tak?

OK, jom teruskan membaca tips elakkan pertengkaran berpanjangan ini selanjuntnya agar ia dapat memberikan pengajaran kepada kita semua..

1) Jangan banyak bercakap bila bertengkar

2) Jangan sesekali mengungkit kelemahan pasangan


3) Jangan cuba untuk mengubah pasangan

4) Jangan sesekali mengubah panggilan manja untuk pasangan

5) Gunakan perkataan yang baik-baik ketika bertengkar

6) Salah seorang mesti mengalah

7) Biasakan memeluk pasangan untuk meredakan kemarahan pasangan masing-masing.


Selamat mencuba!
:)


Beza antara ERPOC dan D & C



Assalamualaikum semua…

Semoga semuanya sihat-sihat sahaja…
Hari ini saya tiba-tiba terfikir untuk berkongsi pengalaman saya yang berlaku pada minggu lepas di mana mengalami keguguran pada minggu yang ke-8.

Punca terjadi apabila berlaku ‘bleeding’ selang sehari.
Apabila pemeriksaan di klinik dilakukan  doktor memberikan sejenis ubat  penguat Rahim sementara menunggu perkembangan janin selama 10 hari selepas itu.
Namun doctor juga menasihatkan, apabila berlaku bleeding yang berterusan terus pergi ke hospital.

2 hari selepas itu saya mengalami bleeding yang berterusan dan terus merujuk kepada Hospital Annur Bandar Baru Bangi.

Pemeriksaan secara terperinci dilakukan oleh Doktor favourite saya, Dr Khamsiah dan ujian imbasan yang dilakukan sebanyak 2 kali di atas Rahim dan di dalam Rahim mendapati perkembangan janin telah terhenti sejak minggu ke-6 lagi. 

Justeru beliau menasihatkan agar segera membuat D & C untuk mengelakkan rasa sakit serta pendarahan berterusan berlaku dan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada darah dalam badan.

Pilihan diberi sama ada dibuat di hospital kerajaan atau di Annur sahaja.
Kos untuk D & C adalah RM1800/- di mana prosedur menggunakan ‘suction’ tanpa perlu menggunakan peralatan kuret yang menyakitkan dan pesakit juga akan dibius sepenuhnya.

Pesakit juga boleh pulang ke rumah pada hari yang sama. Mendengarkan itu, dan membayangkan anak-anak yang tiada sesiapa yang akan menjaga selepas habis waktu sekolah saya dan suami sepakat untuk melakukan di D & C di Annur  pada petang yang sama. 

Semasa prosedur dijalankan saya langsung tidak sedar dan hanya sedar beberapa jam selepas itu setelah dihantar ke wad untuk berehat.

Setelah selsai urusan pembayaran dan proses 'discaj' saya pun dibenarkan pulang bersama-sama suami dan anak-anak... Mudah dan tidak menyakitkan.. alhamdulillah..
Tapi pantang tetap kena juga tau! hehe...


Sebenarnya melalui pembacaan saya, ada perbezaan di antara D & C yang sebenar dengan prosedur yang telah saya jalani, di mana ia dikenali sebagai ERPOC.

Uols mesti nak tahukan apa perbezaan di Antara ERPOC dan D & C ni, betul?

Ok… jom kita layan info mengenai beza antara ERPOC dan D & C ini supaya dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita sebagai ibu yang sangat berpengalaman J


Maksud ERPOC

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.




Prosedur

Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti D & C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.


Bila perlu menjalani ERPOC

Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.

Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.

Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D & C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D & C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.


Adakah ERPOC menyakitkan?

Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).

Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D & C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?

Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi.

Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal.

Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D & C kerana ia jarang melibatkan luka besar.

Masalah yang direkodkan melalui kaedah ERPOC juga rendah iaitu 1.8 daripada 100,000 kes berbanding 2.8 daripada 100,000 kes melalui kedah D & C.


Prosedur D & C





Alat Kuret

Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam.

Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?

Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D & C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi.

Namun di Barat, ubat seperti ini diberi kepada pesakit sebelum D & C dilakukan bagi memudahkan prosesnya.

Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.


Apa risiko D & C atau ERPOC?

Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya.

Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini.

Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding.

Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku.

Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC.


Bagaimanakah D & C membantu?

Sekiranya wanita mengalami endometrium polips, iaitu ketumbuhan pada dinding rahim yang menyebabkan sukar mengandung, D & C boleh digunakan sebagai satu cara untuk membuangnya. Ia sebenarnya membantu proses implantasi, bukan ovulasi.

Perlukah wanita keguguran menjalani rawatan berpantang secara tradisional?

Sebenarnya ia adalah tradisi ataupun praktis dalam masyarakat dan terpulang kepada mereka untuk mengikutinya. Jika berasa selesa dengan cara itu boleh diteruskan, tapi dalam dunia perubatan moden tiada pengesahan yang membuktikan kesahihannya.

Semoga info beza antara ERPOS dan D & C ini dapat menjadi ilmu yang sangat berguna kepada kita semua.. insya Allah...

Sampai bertemu lagi... 


PAP SMEAR?

PAP SMEAR!!!




Uols pernah dengar apa benda ni?

Kepada wanita yang dah berkahwin serta melahirkan seorang atau lebih anak mesti dah ada pengalaman atau masih takut-takut nak melalui saat-saat menjalani Ujian Pap Smear kan?

Kepada yang belum tahu, jom kita baca apakah Ujian Pap Smear ini, dan mengapa dia sangat penting kepada kaun wanita yang telah melahirkan zuriat mereka sendiri…

Jom….

Dalam kajian dimana setiap minit, seorang wanita disahkan menghidapi kanser serviks di dalam dunia. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi.Malahan pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara.

Untuk makluman semua, kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim suami isteri.

Kanser serviks ini boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui pap smear namun begitu ramai yang memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini.

Siapa yang terlibat?

Wanita yang pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear terutamanya mereka yang berusia 20 hingga 65 tahun setiap dua tahun sekali.


Faktor penyebab Malu???

Malu
Bagi mereka, terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar adalah sesuatu yang amat memalukan.

Sakit
Ada juga yang membayangkan perbuatan doktor memasukkan alatan seperti spatula lalu mengorek dinding rahim mereka sebagai sesuatu yang amat menyakitkan lalu memilih untuk berserah sahaja dengan kemungkinan menghidap kanser serviks.



Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Paul Tay Yee Siang berkata, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang kepentingan melakukan pap smear atas alasan seperti malu dan takut. Ada juga yang merasakan mereka terlalu muda untuk mendapat kanser sedangkan ia tidak mengira usia dan ujian itu juga dapat menyelamatkan nyawa kerana ia dapat mengesan tisu-tisu yang abnormal atau dijangkiti HPV dan berpotensi untuk menjadi kanser dari awal.

HPV merupakan virus yang biasa terjadi dan selepas ia dikesan melalui pap smear, ia boleh diubati dengan rawatan biasa bagi mengelakkan ia semakin teruk lalu berubah menjadi kanser. Beliau juga menyatakan ramai yang tidak pernah melakukan pap smear dan lewat mengesan kanser serviks yang dihidapi dan malangnya sudah terlambat untuk menyelamatkan nyawanya.

Apa itu pap smear?

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962).


Bagaimana ia dilakukan?
Sedikit tisu diambil dari pangkal serviks ketika ujian ini dijalankan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser.

Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.

Ujian pap smear secara berkala berpeluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser dan rawatan awal memberi peluang yang cerah untuk sembuh.

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Prosedur Pap Smear

Menurut Dr Paul prosedur pap smear, kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Doktor akan memasukkan spekulum iaitu alat seperti paruh itik ke dalam laluan rahim (melalui faraj) lalu meletakkan berus 'cyto' ke dalamnya.

Berus 'cyto' yang kecil itu digunakan untuk mengikis sedikit tisu pada pangkal rahim dengan memusingkannya 360 darjah dan sel yang diperoleh diletakkan di dalam botol khas lalu dihantar ke makmal. Jika normal, wanita itu boleh mengulangi ujian pap smear sekali lagi dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi dan jika tidak normal, maka ujian susulan diperlukan. Sasarannya mengesan perubahan tahap awal seperti prakanser kerana virus boleh berubah menjadi kanser dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Katanya lagi, sehingga 80 peratus wanita akan dijangkiti HPV di dalam hidup mereka dan ia bergantung kepada ketahanan badan sama ada ia akan kekal dan menjadi lebih teruk atau hilang begitu saja.

Jika keputusan ujian pertama adalah normal, wanita tersebut boleh mengurangkannya kepada tiga tahun sekali.


Bila Perlu Pap Smear?


Pap smear perlu dilakukan secara berkala kerana ia boleh berlaku lagi dalam tempoh tersebut asalkan ada melakukan hubungan seks.

Dianggarkan empat daripada lima wanita yang aktif seks dijangkiti dengan HPV sepanjang hidup mereka walaupun mereka hanya mempunyai seorang atau dua orang saja pasangan.

Lebih menakutkan apabila selalunya tiada simptom atau tanda berlakunya kanser serviks pada tahap awal yang juga tempoh yang mampu merawatnya.

Golongan paling berisiko ialah mereka yang amat aktif melakukan seks. Di kebanyakan negara barat, ujian sebegini perkara biasa dan kempen mengenainya dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Justeru wanita di Malaysia perlu mengambil inisiatif melakukan ujian pap smear sebagai langkah berjaga-jaga.



Artikel Penuh: 

Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya


Assalamualaikum semua...

Lama sangat dah rasanya saya tak mencoret sesuatu dalam blog kesayangan ini..
Kira-kira macam dah bersawang jugaklah...
OK takpe..
harini ada masa terluang saya nak share sedikit cerita bagaimana
Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya

Nampak macam mustahil je kan?
Tak percaya?
Tak mengapa..
Saya tak paksa
Hanya yang dah mengalaminya yang tahu keberkesanannya...

Jom kita dalami bagaimana
Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya ni..
Pada bulan Mei tahun ini 2014, kakak sulung saya bagitahu mak baru menjalani pemeriksaan mata di Hospital TLDM Lumut sebab mengadu kabur pada penglihatannya..
Nak dijadikan penyebab mak memang ada sakit diabetes yang diwarisi dari arwah opah saya..
Ditambah dengan faktor umur maka telah menyebabkan keadaan menjadi serius..
Doktor mencadangkan supaya mak menjalani pembedahan pada mata yang kena katarak tu..
Jadi adik beradik berbincang mencari alternatif lain sebelum sepakat menolak pembedahan tersebut..
Kami berkongsi menghadiahkan Omega Guard, Carotomax dan Vivix untuk mak...
Vivix dan Omega Guard dimakan 2 kali pada sebelah pagi dan sebelum tidur.
Manakala Carotomax makan sekali sahaja selepas makan malam.


Setelah 2 bulan pengambilan bersamaan dengan 2 botol vivix mak pergi menjalani pemeriksaan susulan di hospital yang sama..
Alhamdulillah doktor telah memberikan jawapan yang positif di mana selaput yang terdapat pada mata mak tu dah berkurang dan mak kata dah boleh baca tulisan Tafsir Al Quran yang kecil-kecil tu berbanding sebelum ini...

Seronok rasanya bila dapat menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna kepada orang yang kita sayang kan?

Kenapa agaknya 3 supplemen bertuah ni sangat banyak membantu pesakit-pesakit di luar sana?
Jom kita baca khasiat mereka ini...




Carotomax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Kalau uols nak tahu ahli-ahli nutrisi mencadangkan kita untuk mengambil 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, setersunya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.  



Carotomax bantu mempertingkatkan penglihatan 

    Ia menghasilkan ungu visual yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga boleh mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.
      

    Carotomax turut membantu melindungi Epithelial
    Boleh memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, serta ovari semasa disintegrasi tisu. Juga boleh merawat ulser saluran usus.
       

    Apa yang menyebabkan Carotomax sangat berkhasiat pada mata kita?

    Alpha Carotene membantu penglihatan malam kita, di samping menyihatkan mata serta menghalang degenerasi penglihatan.

    Lycopene pula bersifat anti-oksidan, serta menghalang penuaan organ. 

    Astaxanthin membantu melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

    Lutein bertindak sebagai menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

    Zeaxanthin bersifat sebagai melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan juga serviks.



    VIVIX







    Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap selular:
    • Melindungi dan membaiki sellular DNA
    • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
    • Menggalakkan biognesis (pembentukan baru) mitochondria
    • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products)
    Di samping itu VIVIX juga turut membantu memelihara:-
    1. Kesihatan jantung
    2. Kesihatan otak
    3. Kesihatan sistem imun
    4. Kesihatan sendi
    5. Perlindungan antioksidan
    6. Peningkatan tenaga pada tahap sellular
    7. Kesihatan yang berpanjangan


    Anggur Muscadine di dalam VIVIX 


    • Adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom yang menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.
    • Saiz  anggur mascadine adalah sebesar bola golf
    • Ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol hasil dari pertumbuhan alam sektarnya yang unik serta cahaya matahari yang kuat. Disebabkan itu ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.
    Testimoni VIVIX dari rakan SID mengenai Katarak & Sakit Sendi






    OMEGA GUARD

     DHA dan EPA yang terkandung di dalam Omega Guard boleh mencegah penyakit saluran darah dan strok serta menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia mampu untuk membantu  mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga boleh merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung.



    Produk ini bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit,

    Untuk sebarang konsultasi/ pertanyaan/ info hubungi:

    Nurul 'Ain binti Abdul Rahim
    Tel       :  012-3530038
    Email   :  Hanavitstore@gmail.com