Alahan ibu mengandung

Mengandung dan alahan perkara yang jarang sekali dipisahkan..

Mengapa?

Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan, namun seringkali penyakit ini juga dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil.

Antara simptom alahan ketika hamil ialah kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema, sakit perut, muntah, cirit-birit dan pening atau berasa keliru.

Imunologi Klinikal dan Pakar Alergi serta Pakar pediatrik, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, golongan wanita yang sedang hamil juga berpotensi untuk mendapat alahan sama ada secara sedar ataupun sebahagian daripada mereka tidak pernah mengetahuinya.

Faktor-faktor

Sejarah Keluarga
Bagi mereka yang sediakala mempunyai alahan atas faktor sejarah keluarga ia adalah perkara biasa bagi mereka, namun masih memerlukan rawatan dan pengawalan pengambilan makanan secara konsisten.

Alahan di awal kehamilan
Bagi wanita yang mempunyai gejala dan simptom seperti alahan semasa di awal kehamilan, tetapi belum dapat mengenal pasti keadaan tersebut, sebaiknya pemeriksaan awal perlu dilakukan dengan segera.

Pemeriksaan pada peringkat awal boleh membantu menyelamatkan kondisi ibu dan bayi dalam kandungannya melalui rawatan dan ubat-ubatan yang diambil.

Penyakit Sebelum Kehamilan
Bukan semua alahan mempunyai simptom seperti yang biasa dilihat, juga bukan semua wanita hamil mempunyai alahan kerana sebahagiannya mempunyai penyakit ini sejak sebelum hamil lagi.


Jeni-jenis Alahan

Alahan terbahagi kepada banyak bentuk dan keadaan. 


Perubahan Hormon

Sebahagian alahan terjadi kepada wanita hamil disebabkan berlaku perubahan hormon pada badan wanita tersebut.

Wanita hamil tidak boleh membuat andaian bahawa simpton seperti alahan yang mereka sedang alami adalah alahan, sebaliknya, langkah terbaik apabila mempunyai simptom ini adalah dengan membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti kesahihan penyakit tersebut.

Pemeriksaan untuk mengenal pasti penyakit ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui imbasan dan pemeriksaan darah.


Alahan kepada Makanan

Selalunya alahan kepada ibu mengandung disebabkan faktor pemakanan. Apabila ibu yang dikenal pasti mempunyai alahan disebabkan jenis pengambilan makanan seperti kacang dan makanan laut mereka akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan tersebut.

Melalui kajian dan garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan Eropah, masih belum terbukti bahawa ibu hamil yang menghidap alahan perlu mengelak daripada mengambil makanan berkhasiat seperti soya, gandum, kacang, makanan laut dan ikan kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan diri dan bayi.

Justeru mereka yang mempunyai alahan digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protien, karbohidrat dan nutrien.

Makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu selain memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi.



Alahan Di Awal Kehamilan

Namun begitu, jika si ibu mengalami alahan yang terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatannya, keadaan ini perlu diatasi dengan segera.

Sekiranya keadaan ibu yang mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilan sehingga menjejaskan kesihatan ibu, berkemungkinan ia memberi kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan bayi.



Asthma

Kawalan asma yang baik ketika hamil juga sangat penting bagi mengekalkan bekalan oksigen mencukupi kepada janin yang sedang membesar. Kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan tidak cukup berat mungkin disebabkan kawalan asma yang tidak baik.

Katanya, kebanyakan ubat untuk asma boleh diambil ketika mengandung dan tiada bukti ubat-ubat ini boleh meningkatkan risiko atau membahayakan janin.

Bagaimanapun doktor menyarankan pesakit asma yang hamil mengambil ubat pada dos paling rendah iaitu cukup untuk mengawal gejala penyakit itu saja.


Rujukan Asal:


Dengan Shaklee, terdapat beberapa cadangan supplemen bagi mengurangkan alahan seperti berikut:


Peppermint Ginger Plus






Vitamin ini terdiri dari 4 herba dari Barat dan Timur. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Kebaikan vitamin ini secara klinikalnya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Peppermint Ginger Plus


PUDINA
Melegakan otot perut, di mana sifatnya adalah sebagai penenang.
Ia juga membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat serta membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati serta cirit birit. Selain dari itu ia juga mampu membantu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah, hilang selera makan yan terjadi akibat rawatan kimoterapi. Sifat pudina juga adalah merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

HALIA
Halia bersifat merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan.
Ia juga melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan juga ketika berpantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia adalah berkesan sebagai remedi lain untuk merawat mabuk laut.

POKOK ADAS
Di Eropah, masyarakatnya mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia turut melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Jua boleh membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS
Telah digunakan oleh masyarakat di Mesir semasa zaman purba untuk membantu masalah pencernaan dan gejala kesakitan ketika haid, batuk dan kahak. Ia bertindak merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, di mana mampu melegakan haba di musim panas dan lembap di samping memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekarang...

Produk ini bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh.


Sebarang pertanyaan adan konsultasi sila hubungi:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

Buang Toksin dengan DTX dan Alfalfa


Hai bersua lagi..

Dengan topik yang amat menarik sekali iaitu Buang Toksin dengan DTX dan Alfalfa.

Terlebih dahulu elok kita mengetahui tentang fakta ini...

HATI adalah organ yang amat penting bagi tubuh seseorang.

Namun jika hati rosak dan mengandungi toksin yang berlebihan, ia akan mengganggu fungsi tubuh seseorang itu.




Akibat dari kerosakan hati, tubuh akan mudah dijangkiti penyakit dan kesan yang paling ketara dilihat apabila seseorang itu mengalami masalah penyakit kulit.


Justeru, bagi mengatasi masalah ini Shaklee telah mengeluarkan satu supplemen yang bernama DTX COMPLEX. Fungsi utama DTX COMPLEX adalah untuk membantu menjaga hati kita supaya sentiasa sihat serta berfungsi dengan baik..


  • Ini adalah kerana hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula fungsinya.
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX COMPLEX adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan dalam menghasilkan protin untuk membantu menjaga semula sel-sel hati.
  • DTX COMPLEX mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok tisel yang menghasilkan 80% silymarin. 
  • Di samping itu ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan antioksida) dan diekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articock (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Sejauh mana  topik Buang Toksin dengan DTX dan Alfalfa ini bermanfaat kepada kita semua?
Jom baca dengan lanjut di bawah..



FUNGSI DTX COMPLEX

  • Ekstrak Biji Benih Pokok Tisel~Menghasilkan 80% silymarin. Ia kaya dengan antioksida yang bertindak melindungi hati dari toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.Ia boleh membantu merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis. Ia juga boleh membantu mengurangkan kerosakan hati yang berpunca dari pengambilan alcohol yang berlebihan. Selain itu itu juga mampu membantu mencegah penyakit batu karang dan masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.
  • Articok~ Ia berfungsi untuk membina semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu.
  • Dandelion~Ia boleh membantu proses penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu. Ia turut bermanfaat dalam mencegah penyakit batu karang.
  • Kunyit~Ia mengandungi curcumin, iaitu bahan anti oksida yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan. Juga mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.
  • Reishi Mushrooms (Ling Zhi)~Membantu sistem imun di dalam merawat atau mencegah kanser. Turut mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis serta merawat sindrom keletihan yang kronik.
  • Schizandra~Juga berfungsi sebagai antioksida yang boleh merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati bagi tujuan detoksifikasi serta memperlahankan pembentukan toksin.
Selain dari DTX Complex, Shaklee juga mempunyai satu lagi produk yang sangat bermanfaat terhadap tubuh badan kita. Bukan setakat membuang toksin di dalam badan, malah ia mampu memberikan tenaga yang secukupnya kepada mereka yang memerlukan tenaga yang berlebihan setiap hari. Memperkenalkan...

ALFALFA

Kebaikan dan Menfaat Alfalfa:

Mencuci hati, darah dan usus ~ Alfalfa adalah sangat beralkali yang boleh membantu memulihkan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan alahan ~ Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan penyakit ulat air dengan berkesan.

Ia juga baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut ~ memperbaiki masalah saluran peghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulcer gastrik, hepatitis dan sembelit.

Menyingkirkan lemak dan kolestrol~ kajian klinikal telah membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Kalau uols nak tahu alfalfa mengandungi sapojin yang berfungsi sebagai span yang boleh bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Melegakan keletihan ~ membantu kita kekal bertenaga supaya cergas sepanjang hari.

Membantu mencegah Atritis dan melegakan kesakitan.

TAPI...kena ingat!!!
  • Alfalfa tidak sesuai untuk orang yang sedang bertarung dengan kanser
  • Juga tidak sesuai utk pesakit Auto Immune Diseases seperti SLE.
  • Juga tidak sesuai untuk individu yang baru menjalani pemindahan organ terutama hati.
  • Tidak sesuai juga untuk pesakit Diabetes kerana boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah (mungkin boleh pengsan)
  • Tidak sesuai juga untuk pesaki jantung kerana ia boleh memekatkan darah
Maknanya.. Alfalfa ini hanya bermanfaat pada segelintir orang sahaja..


Anda ingin berusaha dengannya? 
Semoga tajuk Buang Toksin dengan DTX dan Alfalfa ini banyak memberikan manfaat kepada pembaca semua.. :)

Jom PM/WhatsApp/SMS:

  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • No hp: 012-3530038
  • Email: hanavitstore@gmail.com

Silau dan rawatannya




Rabun kebiasaannya dikaitkan dengan silau.

Silau bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.


Jika dibiarkan berlarutan silau boleh menyebabkan seseorang yang menghidapinya mengalami kepedihan mata, sakit kepala dan pening yang berpanjangan.






Bagaimana sila terjadi?

Jom saya kongsikan entri yang bertajuk Silau dan rawatannya dengan pembaca semua.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

Sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas.









Beginilah keadaan kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.










Silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.


Faktor Penyebab

  • Keturunan.
  • Kecederaan kornea mata berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak.
  • Ketumbuhan pada kelopak mata.
  • Penyakit kornea seperti keratoconus.
  • Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.
  • Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu.
  • Silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.

Keadaan kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.


Silau dan Rawatannya

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata.

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

Bagi kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit.


Rujukan Asal: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm#ixzz30GFkcGeM


Terdapat beberapa supplemen dari Shaklee yang boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit silau ini antaranya adalah:


OMEGA GUARD


Apa yang ada dalam OMEGA GUARD?

  • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semualajdi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • Proses penyulingan proprietary tiga molekul bertujuan untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) iaitu merupakan bahan kimia industri yang sangat toksid.

Bagaimana ia bertindak?
  • Omega -3 ~ iaitu Asid Lemak yang penting tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi kita perlu mendapatkannya daripada makanan. Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Jadi Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia mampu untuk membantu  mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juag boleh merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Meningkatkan sistem imun serta menyihatkan paru-paru~ memperbaiki alahan kulitpsioriasisdemam haybronkitispenyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser~ Kajian telah membuktiksn bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon.


CAROTOMAX

Mempertingkatkan penglihatan 

Ia menghasilkan ungu visual yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga boleh mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

Apa yang ada dalam Carotomax?

Alpha Carotene ~ untuk membantu penglihatan malam kita, di samping menyihatkan mata serta menghalang degenerasi penglihatan.

Beta Carotene ~ Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Juga boleh mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene ~ Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Bagi wanita2 di luar sana ia boleh menyihatkan serviks, menjaga kitaran jantung dan meningkatkan sistem imun

Astaxanthin ~ Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein ~ Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

Zeaxanthin ~ Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan juga serviks.


Semoga entri silau dan rawatannya ini dapat memberikan kita semua kesedaran betapa peri pentingnya menjaga mata kita :)

Untuk sebarang info, pertanyaan dan konsultasi info, hubungi:

Down Sindrom

Bila kemana-mana kadang-kadang kita lihat ada sebilangan ibu bapa yang tidak kisah untuk membawa anak mereka yang dikategorikan sebagai Sindrom Down.
Besar sungguh tanggugjawab serta pengorbanan mereka dalam membesarkan anak yang kurang sempurna ini..

Ya, seperti kata Prof Dr Muhaya, “Jika kita fikir positif, maka ia akan jadi positif”
Jadi..saya berbangga dengan ibu bapa yang mempunyai anak  Sindrom Down yang sentiasa berfikiran positif ini dan tabah menghadapi ujian daripadaNya..
Walaupun mempunyai anak Sindrom Down, ia juga adalah permata hati kepada pasangan yang memiliknya.. hanya Allah sahaj yang tahu apa yang direncanakan untuk keluarga tersebut… wallahua’lam…

Bercakap mengani Sindrom Down ini, mari kita kongsikan bersama info-info yang sangat bermanfaat dan berkaitan dengannya..

Jenis Sindrom Down

Terdapat beberapa jenis Sindrom Down dan ada yang tidak menunjukkan tanda fizikal di awal kelahiran.

Menurut Persatuan Sindrom Down Malaysia, dianggarkan 50,000 individu Sindrom Down, dengan satu kes bagi setiap 800 kelahiran.

Ada di antara mereka memiliki tanda Sindrom Down kronik dan ada tidak menunjukkan tanda di peringkat awal.

Umur anak turut berbeza; dari satu bulan hingga berumur lewat dua puluhan.

SimptomSindrom Down selalunya dikaitkan dengan masalah pembelajaran, perkembangan fizikal lewat, kecacatan muka dan kelemahan otot di peringkat awal.

Ramai individu Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang, leukemia, Alzheimer, masalah gastro-usus dan isu kesihatan lain.

Terdapat beberapa ciri fizikal ketara bayi Sindrom Down, termasuk profil muka rata, mata sepet, kelopak mata luar biasa, jambatan hidung rata, lidah menonjol, telinga kecil, kedut tunggal pada tapak tangan, kecil anggota badan dan kepala kecil.

Bagaimanapun, seperti kanak-kanak yang lain, pesakit Sindrom Down mempunyai kemahiran serta bakat yang istimewa.

Punca

Punca sindrom downSindrom Down berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan, status sosial ekonomi dan gaya hidup.

Faktor genetik banyak mempengaruhi risiko Sindrom Down.

Punca sebenar Sindrom Down tidak diketahui. Ia bermula dengan kromosom tidak normal semasa pembahagian sel awal embrio.

Mengikut kajian perubatan moden masalah mungkin berkaitan dengan:

  • Genetik
  • Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
  • Jangkitan virus
  • Ubat-ubatan yang kuat
  • Masalah hormon dan imunologi
  • lmur ibu (Peningkatan umur ibu)
  • Sindrom Down adalah masalah DNA hasil gangguan kromosom yang menyebabkan perbezaan fizikal dan kognitif. Ia adalah gangguan genetik yang berlaku dalam satu daripada 800 kelahiran. Setiap sel badan normal mempunyai 46 kromosom, tetapi pesakit Sindrom Down mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel.


Terdapat tiga jenis Sindrom Down: 


Sindrom Down Trisomi 21:
Ini paling biasa di mana tiga nombor 21 kromosom ditemui bukan dua. Hasilnya, setiap sel dalam tubuh pesakit mempunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom.

Sindrom Down Translokasi

Terdiri dari empat hingga lima peratus Sindrom Down. Dalam jenis ini, tambahan kromosom 21 termasuk dalam kromosom lain dalam setiap sel, biasanya di kromosom 14, 21 atau 22. Ia boleh berlaku secara spontan atau diwarisi. Jika salah seorang pembawa, terdapat peningkatan risiko anak Sindrom Down.

Sindrom Down Mosaic

Paling jarang berlaku. Terdiri daripada satu peratus kejadian. Dalam jenis ini, sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai bilangan normal.
Kerana hanya sel tertentu terlibat, kanak-kanak itu mungkin kurang terjejas kognitif dan fizikal. Jenis ini disebabkan kemalangan pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu pembahagian sel pertama selepas mengandung.
Kesan sindrom down dianggarkan lebih 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang) semasa lahir.
Kira-kira 10 peratus bayi Sindrom Down mengalami usus tersumbat dan memerlukan pembedahan.
Rawatan moden untuk Sindrom Down melibatkan banyak aspek terapi terutama dari segi pendidikan khas dari awal.
Objektif rawatan adalah mengurangkan tekanan keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit berdikari.

Rawatan

Buat masa ini, tiada rawatan tunggal mampu merawat Sindrom Down.
Contoh rawatan seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga. Ahli keluarga terutamanya ibubapa diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak Sindrom Down.

Selain itu, guru terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak Sindrom Down mendapat pendidikan sesuai.

Rawatan menggunakan ayat Al-Quran menurut pandangan Islam, pertumbuhan janin ada sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna.

Pada peringkat embrio jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya tidak.

Bagi rawatan secara Islam, Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah contohnya , keluarga pesakit Sindrom Down akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa untuk memohon penyembuhan.

Ayat tersebut adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55 Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Surah As-Soffat ayat 66 hingga 140

Semoga info yang bermanfaat ini dapat membantu menambahkan pengetahuan kita semua.. :)

Tips hantar anak kes sekolah kali pertama



Hai...
Bersua lagi..

Masih dalam dilema untuk menghantar anak ke sekolah tadika?
Risau mereka akan menangis seharian tanpa ada yang memujuknya?

Janganlah sampai begitu..
Dah tiba masanya mereka membiasakan diri dengan kawan-kawan dan peraturan..
Ia sebagai persediaan sebelum ke sekolah kebangsaan yang lebih banyak cabaran nanti..

Displaying photo.JPG

Displaying photo.JPG

Jom kali ni saya nak kongsikan Tips hantar anak kes sekolah kali pertama dengan pembaca semua yang telah saya amalkan untuk anak-anak syurga saya.. 
Alhamdulillah, setakat ini sudah 2 orang yang pergi ke sekolah tadika tidak diiringi dengan air mata.. hehe.. :)


Tips hantar anak kes sekolah kali pertama

1) Meninjau Tadika sebelum sesi persekolahan bermula.

2) Kenalkan tadika serta suasananya melalui gambar-gambar di majalah atau internet.

3) Bawakan cerita-cerita tentang keseronokan di tadika. Beritahu juga mereka bahawa di sana ada ramai kawan yang boleh bermain bersama anak kita.

4) Oh ya.. kenalkan kepada bakal guru anak juga.

5) Jangan lupa sediakan persediaaan persekolahan mengikut bajet kita supaya ia dapat menarik lebih minat untuk anak ke sekolah.

6) Ibu bapa perlu bantu anak-anak untuk menesuaikan dengan situasi baru mereka ini.

7) Penting juga maklumkan kepada guru anak kita, tentang personaliti anak seperti pemalu, pendiam atau sukar memberi tumpuan. Mudah-mudahan guru akan dapat beri lebih perhatian kepadanya kelak.

Selamat mencuba Tips hantar anak kes sekolah kali pertama ini..
Semoga ia mendatangkan manfaat kepada kita semua...

Bye! :)

Testimoni Alfalfa @ Kacip Fatimah Moden


Jom baca testimoni menarik ini.. :)






Testimoni Kulit Cantik Berseri



Jom kita baca testimoni sis ini setelah mengambil Set Kulit Cantik Shaklee :)




Amacam? Tercabar tak?
Jom dapatkan set ini harini. Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh dapatkan dari Hanavitstore melalui PM/SMS/WhatsApp/Email di:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012-3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

Testimoni VIVIX


Testimoni rakan-rakan di Google mengenai VIVIX :)


Testimoni VIVIX dan Diabetes


Testimoni VIVIX dan Strok

Testimoni VIVIX dan Resdung

Testimoni VIVIX dan Perokok Tegar


Macam best jer..macam nak jer... untuk sebarang pertanyaan/ info:

Hubungi Nurul 'Ain Abdul Rahim
Tel: 012-3530038
Email:  Hanavitstore@gmail.com



Menarik Minat Anak Membaca

Hai semua..

Apa khabar?
Pening fikirkan bagaimanan menarik minat anak membaca?
Ha... tak mengapa..
Jangan stress dan gelabah..
Kat sini mari kita kongsikan beberapa tips yang saya pasti kita boleh amalkan bersama  untuk Menarik Minat Anak Membaca.

1) Mulakan dengan memilih buku yang digemari oleh mereka

2) Bacakan kepada mereka sambil melihat reaksinya

3) Jangan sekali-kali memaksa mereka mendengar apa yang anda ceritakan.

4) Jadikan diri kita sendiri sebagai contoh dengan selalu berdamping dengan buku-buku.

5) Wujudkan mini perpustakaan di rumah yang ceria dan menarik minat mereka...

Ha.. mudah dan menarik kan?
Jom praktis bersama!
Semoga tips ini dapat menarik minat anak membaca dan terhibur selalu.. ;)

Batu rakit view chalet

Batu rakit view chalet:









Kami pernah menginap di sini pada penghujung Oktober 2011.

Plan ini dibuat kerana mama mengidam nak makan kopok lekor Bukit Tok Beng semasa mengandungkan Aisyah Raihana :)

Memang best sebab malam-malam terdengar dengan jelas bunyi desiran ombak dan angin yang bertiup kencang...

Chalet ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang damai dan jauh dari bunyi kenderaan dan kesibukan bandar.

Pengunjung juga boleh mendapatkan makanan tempatan yang dijual di warung-warung tempatan yang berdekatan dengan harga yang masih rendah.

Chaket ini juga berdekatan dengan tempat ICT (Ikan Celup Tepung) iaitu berhampiran dengan Pantai Tok Jembal..

2 malam menginap di sini, kami sunggu berpuas hati!!

Jom bercuti di sini.. :)

Tips bayi tidur lena


Hai...
Anak anda selalu tidur tak lena?
Jadi mereka selalu meragam, betul?
Mencari tips bagaimana untuk membolehkan bayi tidur lena?

Jom kita baca Tips bayi tidur lena ini..

Urutan
Urutlah bayi anda dengan urutan asa iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan.
Ia petua yg sangat berkesan untuk membantu mereka tidur dengan lena. Lebih sesuai dilakukan selepas memandikan bayi.

Mendodoikan anak dengan lembut
Bayi akan berasa selesa apabila berada di dalam dakapan ibunya. cuba dodoikan bayi sehingga dia terlena.

Menggosok/ tepuk
Gosokkan perut bayi secara berirama untuk memberikan rasa lega, dan ini akan mudah membantu mereka cepat lena. Gosokkan perlulah lembut dan konsisten untuk mengelaj mereka terganggu dan terjaga.

Dukung Pada Bahu
Letakkan pada bahu anda untuk berikan mereka keselesaan sambil nyanyikan lagu atau nasyid dengan nada yang lembut.

Balutan
Bila mendapati bayi sukar untuk tidur, dapatkan selimut nipis dan balut mereka (berbedung).
Pastikan jangan terlalu ketat. Ia boleh memberikan keselesaan kepada bayi dan mereka akan merasa selamat.\ dan dapat tidur dengan lena.

Dukung Muka ke bawah
Seperti meniarap. Ini sesuai dilakukan ketika perut bayi merasa tidak selesa seperti kekembungan angin. Letakkan dagu dan pipi mereka di lengan anda.

Cahaya Suram
Letakkan bayi di dalam katil bayi, dan pasangkan lamputtidur yang bercahaya suram. Ini akan mempengaruhi mereka untuk cepat lena.

Beri makan awal
Beri makan awal sebelum waktu tidur mereka. Bila telah kenyang bayi akan mudah tidur.

Rutin Waktu tidur
Tetapkan waktu tidur bayi dan konsisten dengannya seperti antara pukul 8.00 dan 9.00 malam.

Ribakan baby
Ribakan bayi semasa anda duduk bersila dan goyangkan paha anda. Mereka akan berasa selesa dan cepat menguap dan menggosokkan mata. Jangan sesekali mekasa mereka untuk tidur sebelum masanya. 


Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu anda semua.. :)

Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak




Hai..
Bertemu lagi..
Masih mencari cara bagaimana kaedah memberi makanan yang sesuai kepada anak-anak?
Jom kali ini saya kongsikan Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak  sebagai panduan kita bersama :)

Perkara ini adalah penting untuk mengelakkan kanak-kanak merasa jemu dan tidak suka kepada makanan. Mereka akan mudah mengelak dari makan sekiranya mereka pernah melalui masa atau keadaan yang membuatkan mereka tak suka kepada makanan, sebaliknya hanya meminum susu atau makan makanan berbentuk cereal sahaja. Ini sudah pasti akan mengurangkan protein, vitamin, kalsium, karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.




Berikut adalah Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak untuk kita amalkan bersama:

  • Jangan terlebih beri anak makan. Seiranya anda rasa dah terlalu banyak memberi, perhatikan tindak balasnya, berhenti menyuap jika anak menggelengkan kepala atau membuat memek muka yang tidak menyenankan.
  • Jangan memaksa anak memakan makanan yang dia tidak suka
  • Berikan anak diet seimbang setiap hari.Pastikan ada protein, karbohidrat, buah-buahan dan sayu-sayuran.
  • Elakkan daripada memberi anak makanan ringan.
  • Jangan umpan anak dengan makanan, sebaliknya tunjukkan kasih sayang anda dengan memberi pelukan, ciuman dan perhatian.
  • Pastikan masa makan adalah konsisten setiap hari untuk mengelakkan mereka celaru masa makan..
Selamat mencuba!
Semoga Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak ini menjadikan anda & anak anda ceria selalu.. :)

Cyst dan Wanita


Sejak kebelakangan ini, ramai wanita gagal hamil kerana mengalami gangguan Cyst pada rahim mereka. Umpanya Cyst dan Wanita telah menjadi fenomena pula. Sedangkan wanita pada zaman dahulu jarang-jarang sekali mengalami masalah seperti ini. Hal ini terjadi kepada wanita yang belum atau telah berkahwin.

Perkara ini membuat banyak pasangan yang telah berkahwin menemui jalan buntu apabila cyst yang telah dibuang namun muncul semula beberapa bulan selepas itu.

Ya, cyst sebenarnya mempunyai akar dan ia bersifat hidup. Cyst juga mempunyai pelbagai rupa dan jenis.

Oleh sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua mengenai topik ini Cyst dan Wanita ini supaya kita semua mempunyai kesedaran terhadapnya.

Mudah-mudahan entri Cyst dan Wanita ini banyak memberikan manfaat kepada kita semua.



CYST DAN INFO BERKAITAN


Dermoid cyst ovary

Sista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.



Jenis-jenis Cyst

Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.

Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.

Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.
Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita tetapi paling kerap ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.

Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.

Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.

Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.

Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.


PCOS

Sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.

Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.

Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.

Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.

Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.

Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.

Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.

Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.
Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.

Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.

Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.


Rawatan

Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.

Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.

Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid.

Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.

Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.


Supplemen yang dicadangkan untuk membantu mematikan akar cyst

VITA A- CAROTOMAX


  
Melawan Kanser & OksidasiPengambilan kerap beta karotina mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Jadi ini bermakna Carotomax juga berfungsi untuk menghalang pembentukan sel-sel kanser. Lebih spesisfik ia boleh mengurangkan risiko kanser terutama kanser paru-paru dan payudara. 

Kandungan Carotomax

Alpha Carotene ~ untuk membantu penglihatan malam kita, di samping menyihatkan mata serta menghalang degenerasi penglihatan.

Beta Carotene ~ Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Juga boleh mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene ~ Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Bagi wanita2 di luar sana ia boleh menyihatkan serviks, menjaga kitaran jantung dan meningkatkan sistem imun.

Astaxanthin ~ Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein ~ Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

Zeaxanthin ~ Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan juga serviks.

VITA-C


Bagaimana ia bertindak?

1) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

2) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

3) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.




Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

VITA- E


Manfaat Vita-E kepada kita

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Antioksida yang kuat
Pengambilan Vit-E lebih dari 1200 IU sehari boleh membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang serta melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia turut membantu memperbaiki masalah oksidasi, katarakak,  dan masalah penglihatan.

Kelestarian Tenaga
Pengambilan yang berterusan boleh meningkatkan daya seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Menghalang Keguguran
Merawat Musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra-haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Telah menjalani ujian klinikal untuk menghalang kematian janin serta keguguran.

Supplemen ini bukan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh dapatkan dari Hanavitstore melalui PM/SMS/WhatsApp/Email di:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012-3530038
  • Hanavitstore@gmail.com