Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak




Hai..
Bertemu lagi..
Masih mencari cara bagaimana kaedah memberi makanan yang sesuai kepada anak-anak?
Jom kali ini saya kongsikan Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak  sebagai panduan kita bersama :)

Perkara ini adalah penting untuk mengelakkan kanak-kanak merasa jemu dan tidak suka kepada makanan. Mereka akan mudah mengelak dari makan sekiranya mereka pernah melalui masa atau keadaan yang membuatkan mereka tak suka kepada makanan, sebaliknya hanya meminum susu atau makan makanan berbentuk cereal sahaja. Ini sudah pasti akan mengurangkan protein, vitamin, kalsium, karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.




Berikut adalah Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak untuk kita amalkan bersama:

  • Jangan terlebih beri anak makan. Seiranya anda rasa dah terlalu banyak memberi, perhatikan tindak balasnya, berhenti menyuap jika anak menggelengkan kepala atau membuat memek muka yang tidak menyenankan.
  • Jangan memaksa anak memakan makanan yang dia tidak suka
  • Berikan anak diet seimbang setiap hari.Pastikan ada protein, karbohidrat, buah-buahan dan sayu-sayuran.
  • Elakkan daripada memberi anak makanan ringan.
  • Jangan umpan anak dengan makanan, sebaliknya tunjukkan kasih sayang anda dengan memberi pelukan, ciuman dan perhatian.
  • Pastikan masa makan adalah konsisten setiap hari untuk mengelakkan mereka celaru masa makan..
Selamat mencuba!
Semoga Cara Tanamkan Tabiat Pemakanan Sihat Pada Anak ini menjadikan anda & anak anda ceria selalu.. :)

No comments:

Post a Comment