Tips elakkan pertengkaran berpanjangan


Assalamualaikum semua...

Bersua kita lagi hari ini dengan Tips elakkan pertengkaran berpanjangan..
Mesti teruja kan?



Haha..
Mana taknya pertengkaran ni biasa terjadi pada suami dan isteri lebih-lebih lagi bila telah mempunyai anak-anak dan kos hidup yang semakin bertambah, betul tak?

OK, jom teruskan membaca tips elakkan pertengkaran berpanjangan ini selanjuntnya agar ia dapat memberikan pengajaran kepada kita semua..

1) Jangan banyak bercakap bila bertengkar

2) Jangan sesekali mengungkit kelemahan pasangan


3) Jangan cuba untuk mengubah pasangan

4) Jangan sesekali mengubah panggilan manja untuk pasangan

5) Gunakan perkataan yang baik-baik ketika bertengkar

6) Salah seorang mesti mengalah

7) Biasakan memeluk pasangan untuk meredakan kemarahan pasangan masing-masing.


Selamat mencuba!
:)


Beza antara ERPOC dan D & C



Assalamualaikum semua…

Semoga semuanya sihat-sihat sahaja…
Hari ini saya tiba-tiba terfikir untuk berkongsi pengalaman saya yang berlaku pada minggu lepas di mana mengalami keguguran pada minggu yang ke-8.

Punca terjadi apabila berlaku ‘bleeding’ selang sehari.
Apabila pemeriksaan di klinik dilakukan  doktor memberikan sejenis ubat  penguat Rahim sementara menunggu perkembangan janin selama 10 hari selepas itu.
Namun doctor juga menasihatkan, apabila berlaku bleeding yang berterusan terus pergi ke hospital.

2 hari selepas itu saya mengalami bleeding yang berterusan dan terus merujuk kepada Hospital Annur Bandar Baru Bangi.

Pemeriksaan secara terperinci dilakukan oleh Doktor favourite saya, Dr Khamsiah dan ujian imbasan yang dilakukan sebanyak 2 kali di atas Rahim dan di dalam Rahim mendapati perkembangan janin telah terhenti sejak minggu ke-6 lagi. 

Justeru beliau menasihatkan agar segera membuat D & C untuk mengelakkan rasa sakit serta pendarahan berterusan berlaku dan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada darah dalam badan.

Pilihan diberi sama ada dibuat di hospital kerajaan atau di Annur sahaja.
Kos untuk D & C adalah RM1800/- di mana prosedur menggunakan ‘suction’ tanpa perlu menggunakan peralatan kuret yang menyakitkan dan pesakit juga akan dibius sepenuhnya.

Pesakit juga boleh pulang ke rumah pada hari yang sama. Mendengarkan itu, dan membayangkan anak-anak yang tiada sesiapa yang akan menjaga selepas habis waktu sekolah saya dan suami sepakat untuk melakukan di D & C di Annur  pada petang yang sama. 

Semasa prosedur dijalankan saya langsung tidak sedar dan hanya sedar beberapa jam selepas itu setelah dihantar ke wad untuk berehat.

Setelah selsai urusan pembayaran dan proses 'discaj' saya pun dibenarkan pulang bersama-sama suami dan anak-anak... Mudah dan tidak menyakitkan.. alhamdulillah..
Tapi pantang tetap kena juga tau! hehe...


Sebenarnya melalui pembacaan saya, ada perbezaan di antara D & C yang sebenar dengan prosedur yang telah saya jalani, di mana ia dikenali sebagai ERPOC.

Uols mesti nak tahukan apa perbezaan di Antara ERPOC dan D & C ni, betul?

Ok… jom kita layan info mengenai beza antara ERPOC dan D & C ini supaya dapat meningkatkan lagi pengetahuan kita sebagai ibu yang sangat berpengalaman J


Maksud ERPOC

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.




Prosedur

Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti D & C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.


Bila perlu menjalani ERPOC

Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.

Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.

Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D & C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D & C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.


Adakah ERPOC menyakitkan?

Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).

Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D & C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?

Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi.

Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal.

Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D & C kerana ia jarang melibatkan luka besar.

Masalah yang direkodkan melalui kaedah ERPOC juga rendah iaitu 1.8 daripada 100,000 kes berbanding 2.8 daripada 100,000 kes melalui kedah D & C.


Prosedur D & C





Alat Kuret

Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam.

Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?

Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D & C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi.

Namun di Barat, ubat seperti ini diberi kepada pesakit sebelum D & C dilakukan bagi memudahkan prosesnya.

Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.


Apa risiko D & C atau ERPOC?

Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya.

Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini.

Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding.

Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku.

Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC.


Bagaimanakah D & C membantu?

Sekiranya wanita mengalami endometrium polips, iaitu ketumbuhan pada dinding rahim yang menyebabkan sukar mengandung, D & C boleh digunakan sebagai satu cara untuk membuangnya. Ia sebenarnya membantu proses implantasi, bukan ovulasi.

Perlukah wanita keguguran menjalani rawatan berpantang secara tradisional?

Sebenarnya ia adalah tradisi ataupun praktis dalam masyarakat dan terpulang kepada mereka untuk mengikutinya. Jika berasa selesa dengan cara itu boleh diteruskan, tapi dalam dunia perubatan moden tiada pengesahan yang membuktikan kesahihannya.

Semoga info beza antara ERPOS dan D & C ini dapat menjadi ilmu yang sangat berguna kepada kita semua.. insya Allah...

Sampai bertemu lagi... 


PAP SMEAR?

PAP SMEAR!!!




Uols pernah dengar apa benda ni?

Kepada wanita yang dah berkahwin serta melahirkan seorang atau lebih anak mesti dah ada pengalaman atau masih takut-takut nak melalui saat-saat menjalani Ujian Pap Smear kan?

Kepada yang belum tahu, jom kita baca apakah Ujian Pap Smear ini, dan mengapa dia sangat penting kepada kaun wanita yang telah melahirkan zuriat mereka sendiri…

Jom….

Dalam kajian dimana setiap minit, seorang wanita disahkan menghidapi kanser serviks di dalam dunia. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi.Malahan pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara.

Untuk makluman semua, kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim suami isteri.

Kanser serviks ini boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui pap smear namun begitu ramai yang memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini.

Siapa yang terlibat?

Wanita yang pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear terutamanya mereka yang berusia 20 hingga 65 tahun setiap dua tahun sekali.


Faktor penyebab Malu???

Malu
Bagi mereka, terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar adalah sesuatu yang amat memalukan.

Sakit
Ada juga yang membayangkan perbuatan doktor memasukkan alatan seperti spatula lalu mengorek dinding rahim mereka sebagai sesuatu yang amat menyakitkan lalu memilih untuk berserah sahaja dengan kemungkinan menghidap kanser serviks.



Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Paul Tay Yee Siang berkata, rakyat Malaysia masih kurang kesedaran tentang kepentingan melakukan pap smear atas alasan seperti malu dan takut. Ada juga yang merasakan mereka terlalu muda untuk mendapat kanser sedangkan ia tidak mengira usia dan ujian itu juga dapat menyelamatkan nyawa kerana ia dapat mengesan tisu-tisu yang abnormal atau dijangkiti HPV dan berpotensi untuk menjadi kanser dari awal.

HPV merupakan virus yang biasa terjadi dan selepas ia dikesan melalui pap smear, ia boleh diubati dengan rawatan biasa bagi mengelakkan ia semakin teruk lalu berubah menjadi kanser. Beliau juga menyatakan ramai yang tidak pernah melakukan pap smear dan lewat mengesan kanser serviks yang dihidapi dan malangnya sudah terlambat untuk menyelamatkan nyawanya.

Apa itu pap smear?

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962).


Bagaimana ia dilakukan?
Sedikit tisu diambil dari pangkal serviks ketika ujian ini dijalankan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser.

Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.

Ujian pap smear secara berkala berpeluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser dan rawatan awal memberi peluang yang cerah untuk sembuh.

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Prosedur Pap Smear

Menurut Dr Paul prosedur pap smear, kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Doktor akan memasukkan spekulum iaitu alat seperti paruh itik ke dalam laluan rahim (melalui faraj) lalu meletakkan berus 'cyto' ke dalamnya.

Berus 'cyto' yang kecil itu digunakan untuk mengikis sedikit tisu pada pangkal rahim dengan memusingkannya 360 darjah dan sel yang diperoleh diletakkan di dalam botol khas lalu dihantar ke makmal. Jika normal, wanita itu boleh mengulangi ujian pap smear sekali lagi dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi dan jika tidak normal, maka ujian susulan diperlukan. Sasarannya mengesan perubahan tahap awal seperti prakanser kerana virus boleh berubah menjadi kanser dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Katanya lagi, sehingga 80 peratus wanita akan dijangkiti HPV di dalam hidup mereka dan ia bergantung kepada ketahanan badan sama ada ia akan kekal dan menjadi lebih teruk atau hilang begitu saja.

Jika keputusan ujian pertama adalah normal, wanita tersebut boleh mengurangkannya kepada tiga tahun sekali.


Bila Perlu Pap Smear?


Pap smear perlu dilakukan secara berkala kerana ia boleh berlaku lagi dalam tempoh tersebut asalkan ada melakukan hubungan seks.

Dianggarkan empat daripada lima wanita yang aktif seks dijangkiti dengan HPV sepanjang hidup mereka walaupun mereka hanya mempunyai seorang atau dua orang saja pasangan.

Lebih menakutkan apabila selalunya tiada simptom atau tanda berlakunya kanser serviks pada tahap awal yang juga tempoh yang mampu merawatnya.

Golongan paling berisiko ialah mereka yang amat aktif melakukan seks. Di kebanyakan negara barat, ujian sebegini perkara biasa dan kempen mengenainya dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Justeru wanita di Malaysia perlu mengambil inisiatif melakukan ujian pap smear sebagai langkah berjaga-jaga.



Artikel Penuh: 

Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya


Assalamualaikum semua...

Lama sangat dah rasanya saya tak mencoret sesuatu dalam blog kesayangan ini..
Kira-kira macam dah bersawang jugaklah...
OK takpe..
harini ada masa terluang saya nak share sedikit cerita bagaimana
Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya

Nampak macam mustahil je kan?
Tak percaya?
Tak mengapa..
Saya tak paksa
Hanya yang dah mengalaminya yang tahu keberkesanannya...

Jom kita dalami bagaimana
Vivix Omega Guard dan Carotomax bantu Katarak Mak saya ni..
Pada bulan Mei tahun ini 2014, kakak sulung saya bagitahu mak baru menjalani pemeriksaan mata di Hospital TLDM Lumut sebab mengadu kabur pada penglihatannya..
Nak dijadikan penyebab mak memang ada sakit diabetes yang diwarisi dari arwah opah saya..
Ditambah dengan faktor umur maka telah menyebabkan keadaan menjadi serius..
Doktor mencadangkan supaya mak menjalani pembedahan pada mata yang kena katarak tu..
Jadi adik beradik berbincang mencari alternatif lain sebelum sepakat menolak pembedahan tersebut..
Kami berkongsi menghadiahkan Omega Guard, Carotomax dan Vivix untuk mak...
Vivix dan Omega Guard dimakan 2 kali pada sebelah pagi dan sebelum tidur.
Manakala Carotomax makan sekali sahaja selepas makan malam.


Setelah 2 bulan pengambilan bersamaan dengan 2 botol vivix mak pergi menjalani pemeriksaan susulan di hospital yang sama..
Alhamdulillah doktor telah memberikan jawapan yang positif di mana selaput yang terdapat pada mata mak tu dah berkurang dan mak kata dah boleh baca tulisan Tafsir Al Quran yang kecil-kecil tu berbanding sebelum ini...

Seronok rasanya bila dapat menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna kepada orang yang kita sayang kan?

Kenapa agaknya 3 supplemen bertuah ni sangat banyak membantu pesakit-pesakit di luar sana?
Jom kita baca khasiat mereka ini...




Carotomax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. Kalau uols nak tahu ahli-ahli nutrisi mencadangkan kita untuk mengambil 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, setersunya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.  



Carotomax bantu mempertingkatkan penglihatan 

    Ia menghasilkan ungu visual yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga boleh mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.
      

    Carotomax turut membantu melindungi Epithelial
    Boleh memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, serta ovari semasa disintegrasi tisu. Juga boleh merawat ulser saluran usus.
       

    Apa yang menyebabkan Carotomax sangat berkhasiat pada mata kita?

    Alpha Carotene membantu penglihatan malam kita, di samping menyihatkan mata serta menghalang degenerasi penglihatan.

    Lycopene pula bersifat anti-oksidan, serta menghalang penuaan organ. 

    Astaxanthin membantu melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

    Lutein bertindak sebagai menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), dan glaukoma.

    Zeaxanthin bersifat sebagai melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan juga serviks.



    VIVIX







    Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap selular:
    • Melindungi dan membaiki sellular DNA
    • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
    • Menggalakkan biognesis (pembentukan baru) mitochondria
    • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products)
    Di samping itu VIVIX juga turut membantu memelihara:-
    1. Kesihatan jantung
    2. Kesihatan otak
    3. Kesihatan sistem imun
    4. Kesihatan sendi
    5. Perlindungan antioksidan
    6. Peningkatan tenaga pada tahap sellular
    7. Kesihatan yang berpanjangan


    Anggur Muscadine di dalam VIVIX 


    • Adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom yang menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.
    • Saiz  anggur mascadine adalah sebesar bola golf
    • Ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol hasil dari pertumbuhan alam sektarnya yang unik serta cahaya matahari yang kuat. Disebabkan itu ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.
    Testimoni VIVIX dari rakan SID mengenai Katarak & Sakit Sendi






    OMEGA GUARD

     DHA dan EPA yang terkandung di dalam Omega Guard boleh mencegah penyakit saluran darah dan strok serta menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia mampu untuk membantu  mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga boleh merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung.



    Produk ini bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit,

    Untuk sebarang konsultasi/ pertanyaan/ info hubungi:

    Nurul 'Ain binti Abdul Rahim
    Tel       :  012-3530038
    Email   :  Hanavitstore@gmail.com





    Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai


    Hai semua...
    Masih berseronok dengan anak-anak di musim cuti sekolah?
    Saya bakal merasainya pada esok hari..
    Saya akan bercuti esok sehingga Ahad hujung minggu bagi meluangkan masa dengan anak-anak syurga saya sebelum mereka masuk semula ke sekolah pada minggu depan!

    Awal-awal dulu saya kurang ambil perhatian tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan keperluan anak ini..
    Namun apabila telah mula menambahkan ilmu tentang peri penting pendidikan keibu-bapaan 
    saya semakin terpangil untuk meluangkan masa dengan anak-anak syurga saya..

    Sedar tak mengapa kadang-kadang anak-anak menjauhkan diri dari kita apabila mereka menginjak dewasa?
    Mengapa ya?
    Apa kata kita lengkapkan diri kita dengan Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai 
    supaya kita tidak dipinggirkan di hari tua kelak...


    Jom kita kongsikan Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai ini bersama-sama..





    Kasih Sayang Yang Mencukupi

    Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
    Ini adalah kerana adalah satu kewajipan bagi setiap ibu bapa perlu menyayangi zuriatnya sendiri walau dalam apa jua keadaan dan situasi.

    Jika usia perkahwinan tidak berpanjangan atau bercerai, janganlah dijadikan sebagai alasan mengapa kasih sayang tidak diberikan sepenuhnya..
    Ini kerana kasih sayang bukanlah lahir dari harta dan kemewahan semata-mata..

    Kita boleh tunjukkan kasih sayang dengan bertanyakan aktiviti seharian mereka di sekolah, solat bersama-sama, mengajar mereka mengaji, menemani mereka tidur pada waktu malam ataupun menyediakan makanan kegemaran mereka setiap hari..
    Itulah yang saya amalkan..




    Alhamdulillah setakat ini saya terasa sangat dihargai oleh mereka..
    Apa yang lebih menarik, mereka mudah membantu apabila saya dan suami memerlukannya :)


    Hadiah Biar Bertempat

    Selalu kita lihat, ibu bapa yang bergaji besar memberikan hadiah-hadiah yang terlalu mewah kepada anak-anak walaupun tiada sebarang pencapaian diraih sebagai menebus kegagalan mereka memberikan perhatian kepada anak-anak.
    Perlu diketahui bahawa tindakan ini adalah salah.
    Memang benar sekali sekala anak-anak perlu diberikan hadiah.
    Tetapi biarlah ianya diberi atas dasar Ikhlas dan bukannya sebagai menutup kelemahan kita. Jika hal ini tidak dibendung, lama-kelamaan anak-anak akan merasakan kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa adalah berbentuk kebendaan.



    Bagi saya dan suami, hadiah yang diberi kepada anak-anak terhad kepada cemerlang di dalam peperiksaan dan juga sempena sambutan hari kelahiran mereka. Adalah lebih baik menghadiahkan buku-buku bacaan yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan cerita-cerita yang berunsur kenabian supaya mereka tahu asal usul Agama kita dan bagaimana ianya dikembangkan.


    Selalu Dipuji

    Apabila memuji, secara tidak langsung menjadikan satu tarikan psikologi untuk anak rasa lebih istimewa buat kedua ibu dan ayahnya..

    Pujilah mereka apabila mereka telah bersusah payah membantu kita dalam apa-apa jua pertolongan yang kita perlukan.
    Ucapan "terima kasih" adalah sangat perlu diungkapkan kepada mereka walaupun pertolongan hanyalah berbentuk menyuruh mereka memperlahankan suara televisyen atau menyimpan semula permainan yang telah dikeluarkan.

    Namun, memuji juga perlulah berpada!
    Jangan selalu sangat memuji sehingga mereka lupa berpijak pada bumi yang nyata. 

    Jangan selalu sangat memuji anak cantik atau pandai kerana ini akan membuatkan mereka meninggi diri atau berasa megah dengan kelebihan tersebut.


    Mainan

    Adalah menjadi fitrah di mana kanak-kanak suka kepada mainan.
    Pastikan mainan yang dibeli adalah sesuatu yang digemarinya.
    Ini menunjukkan anda ambil perhatian berkenaan dengan dirinya dan mereka akan berasa gembira dengan pemberian tersebut.
    Namun jangan sesekali terlalu memberi sehingga anak merasakan terlalu mudah untuk mendapatkannya..


    Semoga Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai ini dapat dimanfaatkan oleh kita bersama... :)

    Makanan Penting untuk otak kanak-kanak




    Assalamualaikum semua...


    Semoga uols semua sihat dan ceria-ceria selalu..
    Mengapa agaknya ibu bapa kena pastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang?

    Ya..
    Makanan Penting untuk otak kanak-kanak

    Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman yang menarik tentang anak saya yang dulu susah untuk makan tetapi tidak pada masa sekarang...

    Daniel Luqman!!
    Ya, dia adalah anak kedua kami..
    Susah betul nak diajak makan nasi atau yang berat-berat walaupun dan diberitahu
    Makanan Penting untuk otak kanak-kanak.. ada-ada sahaja alasannya...
    Tapi dia cukup rajin makan vitamin minyak ikan walaupun ada sesetangh kanak-kanak langsung tidak mahu mencubanya...

    Jadi apa yang kami buat?
    Berikan dia Omega Guard sebutir sehari sebelum tidur..




    Apa jadi selepas itu?
    Sebelum tidur selalu pesan pada saya untuk buatkan sarapan pagi seperti nasi goreng, sandwiches telur atau spaghetti dan pasta...
    Makan nasik tengahari dan malam pun bukan main lagi bertambah-tambah...
    Syukur Alhamdulillah...

    Saya percaya masih ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tidak tahu bahawa Makanan penting untuk otak kanak-kanak...

    Jadi mari kita teruskan membaca entri ini untuk mengetahui sebabnya...

    Menurut Tony Buzan di dalam bukunya Brain Child, ada 4 unsur penting sebagai makanan untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. 

    Unsur tersebut adalah:-

    1) Oksigen
    2) Nutrisi
    3) Kasih sayang
    4) Maklumat


    OKSIGEN

    Ia adalah unsur utama yang dieprlukan oleh otak yang menjadi bahan bakar  supaya otak dapat bekerja dengan baik. Tanpa oksiegn otak akan berhenti berfungsi. Perlu diingatkan supaya menjauhkan anak-anak dari unsur kimia seperti asap kenderaan bermotor kerana unsur kimia yang terdapat di dalamnya iaitu karbon dioksida dan plumbum adalah berbahaya kepada otak kanak-kanak.


    NUTRISI

    Sel otak anak memperoleh sebahagian besar tenaganya daripada pemakanan yang diambil setiap hari. Nutrien yang diambil oleh anak akan menentukan tenaga yang dapat dibekalkan ke otak. Pengambilan khasiat pemakanan yang seimbang amat penting untuk kanak-kanak. Susu adalah antara makanan yang lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh anak.

    KASIH SAYANG

    Setiap kanak-kanak perlukan kasih sayang untuk meneruskan hidup.
    Tunjukkan dengan cara yang terbaik bagaimana anda meluahkan kasih sayang 
    kepada anak anda supaya mereka berasa dihargai dan dilindungi.


    MAKLUMAT

    Kecerdasan anak-anak ditentukan oleh kekukuhan jaringan sel-sel dalam otaknya. Ini kerana Maklumat yang diterima akan membentuk jaringan yang mengukuhkan sel-sel otak.
    Sumber maklumat yang diterima oleh anak adalah melalui rangsangan, pemerhatian dan penerokaannya terhadap alam sekeliling. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa kita perlu membimbing dan memberi anak kebebasan untuk mendapat seberapa banyak maklumat dari semasa ke semasa. Apabila anak bertanya, perlulah dilayani dengan baik kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi pasa zaman kanak-kanak ini. Dengan cara ini mereka akan berasa lebih seronok kerana mendapat banyak maklumat yang baru dan diperlukan oleh mereka pada usia tersebut. :)

    Banyaknya kebaikan Vitamin E Shaklee

    Assalamualaikum semua..
    Lama dah tak bersua...
    Jom hari ni kita share apa-apa yang baik untuk manfaat bersama...

    Pernah dengar tak orang cerita pasal Vitamin E Shaklee?
    Uols tahu tak banyaknya kebaikan Vitamin E ni pada kita semua?
    Sebab tu ada yang menggelar vitamin E ni sebagai Vitamin Cinta! Heheee...

    Jom kita baca entri  banyaknya kebaikan Vitamin E  ni sampai habis...
    Tak rugi tau beli vitamin E ni sebab boleh pakai lama iaitu selama 4 bulan...
    Dalam satu botol ada 120 kapsul sahaja... Sehari sekali sahaja makan..

    Kalau ouls ada parut-parut di kulit, boleh pecahkan 1 kapsul dan sapu di tempat yang berparut tersebut. Baby setahun ke bawah yg ada parut atau ekzema pun boleh cuba Vitamin E, 
    TAPI... ni utk penggunaan luaran sahaja tau!

    Kalau malas nak beli masker, pecahkan juga 1 kapsul dan sapukan ke serata muka..
    Selepas 2 jam bilas, dan pasti hasilnya menyeronokkan!
    Muka menjadi licin tau! Segar bugar jekkk!
    Saya dah cuba , sebab tu saya tahu.. heheee...

    Nak tahu lagi banyakknya kebaikan VItamin E Shaklee ni jom kita baca lagi...



    VITA-E COMPLEX




    Manfaat Vita-E kepada kulit kita

    Melindungi Jantung

    Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; dapat membantu melindungi seldarah merah dari menghasilkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang penyakit jantung dan anemia.

    Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
    Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

    Anti Penuaan
    1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan peha.

    Antioksida yang kuat
    Pengambilan Vit-E lebih dari 1200 IU sehari boleh membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang serta melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia turut membantu memperbaiki masalah oksidasi, katarakak,  dan masalah penglihatan.

    Kelestarian Tenaga
    Pengambilan yang berterusan boleh meningkatkan daya seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

    Memperbaiki Arthritis
    Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran haid, merawat bahu kejang, pening, buasir serta sakit sendi.

    Menghalang Keguguran
    Merawat Musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra-haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Telah menjalani ujian klinikal untuk menghalang kematian janin serta keguguran.

    Memperbaiki Parut

    Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


    Jom kita baca testimoni sis-sis ini setelah mengambil Set Kulit Cantik Shaklee :)








    Ini adalah supplemen. Ia bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.

    Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh dapatkan dari  Hanavitstore melalui 


    PM/SMS/WhatsApp/Email di:


    • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
    • 012-3530038
    • Hanavitstore@gmail.com

    Penyebab Keguguran Bayi


    Assalamualaikum semua...
    Dah lama rasanya saya tidak menulis..
    Sangat sibuk 2 minggu ini sampai tidak sempat nak menjenguk blog kesayangan saya yang hampir bersawang ini... hehe..
    OKlah setelah penat memikirkan topik apa yang sesuai untuk dikongsi akhirnya saya memilih
    tajuk Penyebab Keguguran Bayi..

    Saya percaya masih ramai yang tercari-cari  apakah penyebab keguguran bayi ini kerana boleh dikatakan hampir separuh dari kawan-kawan saya sendiri mengalami masalah ini..

    Jika anda pernah mengalami situasi ini pastinya ia meninggalkan kesan atau peristiwa yang sangat sukar untuk diterima pada awalnya, betul tak?

    Jadi, untuk mengelakkan ianya terus berlaku Jom kita baca sehingga habis topik Penyebab Keguguran bayi ini.. :)


    Secara umumnya keguguran boleh disebabkan oleh faktor pengambilan bahan-bahan di bawah secara berterusan atau melebihi had yang dibenarkan.

    Merokok


    Merokok adalah sebab utama terjadinya keguguran bayi. 
    selain dari keguguran ia juga boleh menyebabkan kelahiran pra-matang dan kelahiran mati.



    Anak berkenaan juga mudah mendapat asthma, bronkitis, dan kanser paru-paru apabila meningkat dewasa.

    Kandungan nikotin dan karbon monoksida yang ada dalam rokok boleh menyebabkan kecacatan otak, jantung, muka janin. Hal ini terjadi akibat daripada nikotin yang merangsang penghasilan hormon sehingga menyebabkan saluran darah pembekal zat makanan dan oksigen ke rahim terputus. Apabila keadaan ini berlaku, tumbesaran bayi akan terganggu sehingga kadang kala boleh menyebabkannya gugur. Selain itu, karbon monoksida juga akan "bersaing" dengan oksigen di dalam sel darah merah sehingga menyebabkan pembesaran janin terbantut.

    Pengambilan Alkohol


    Risiko keguguran hanya akan berlaku ibu yang  merupakan peminum tegar. Selain menyebabkan keguguran, pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan tumbesaran janin terbantut kecacatan otak, fizikal, dan tingkah laku tidak normal (anak yang lahir akan menunjukkan kelakuan yang lebih agresif dan negatif apabila membesar). Kesemua masalah ini dikenali sebagai 'fetal alcohol syndrome'


    Pengambilan  Dadah

    Dadah-dadah daripada jenis kokain dan heroin sememangnya telah terbukti boleh menyebabkan keguguran, bayi lahir pramatang, berat kurang dan mengalami  kesukaran bernafas. Paling teruk, bayi boleh meninggal di dalam kandungan. Dalam pada itu, besar kemungkinan bayi berkenan juga akan mengalami ketagihan terhadap dadah yang sama digunakan oleh ibunya apabila lahir. Ini terjadi kesan daripada pendedahan yang diterimanya  melalui bekalan darah.

    Pengambilan Kafein

    Pengambilan kafein yang berlebihan setiap hari adnatar penyumbang kepada keguguran. Paling menyedihkan bayi akan turut mempunyai kemungkinan untuk mengalami ketagihan dan menunjukkan ciri-ciri seperti kegelisahan.

    Kafein adalah perangsang. Apabila diambil oleh ibu secara berlebihan dan masuk ke dalam plasenta, ia secara langsung menyebabkan kadar denyutan jantung dan pernafasan bayi menjadi laju. Keadaan ini akan memberi kesan kepada kandungan sehingga boleh menyebabkan kekurangan bekalan darah dan akhirnya berkemungkinan berhadapan dengan kemungkinan keguguran.

    Janin yang telah dikeluarkan 



    Kaedah Pengguguran


    Kedudukan Janin ketika keguguran


    Supplemen yang dicadangkan ketika ibu hamil bagi membantu mengelakkan keguguran bayi

    Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

    Kebaikannya:


    • Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
    • Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
    • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
    • Untuk wanita yang cantik-cantik di luar sana, ESP  juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
    • ESP Boleh menjadikan kulit berseri dan anjal  dengan cara merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
    • Pemberi tenaga segera kepada tubuh badan dengan cara membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
    • Energizing Soy Protein mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. Juga boleh memperbaiki memori, menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


    OSTEMATRIX


    Faedah Ostematrix

    Menguatkan tulang ~ kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, serta sistem saraf. Ia turut merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

    Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas ~ Memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.


    Meringankan stres ~ Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk serta stress.


    Memperbaiki masalah haid ~ Pengambilan sebanyak 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.


    Pengalkalian tubuh ~ Kalsium yang merupakan mineral alkalin berkesan untuk memastikan imbangan PH tubuh. Di samping itu ia turut menghalang obesiti sewaktu di umur tua.


    Memperbaiki hiperaktif perut dan sakit gastrik 


    Vitamin D ~ Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketimpatam tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondatal. Kepada vegetarian, golongan yang kurang terdedah kepada cahaya matahari sewaktu musim panas, atau sesiapa yang berumur melebihi 55 tahun perlu mengambil supplemen Vit D



    Apa kata pengguna?




    Produk ini bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit.


    Sebarang pertanyaan dan konsultasi sila hubungi:

    • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
    • 012~3530038
    • Hanavitstore@gmail.com