Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai


Hai semua...
Masih berseronok dengan anak-anak di musim cuti sekolah?
Saya bakal merasainya pada esok hari..
Saya akan bercuti esok sehingga Ahad hujung minggu bagi meluangkan masa dengan anak-anak syurga saya sebelum mereka masuk semula ke sekolah pada minggu depan!

Awal-awal dulu saya kurang ambil perhatian tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan keperluan anak ini..
Namun apabila telah mula menambahkan ilmu tentang peri penting pendidikan keibu-bapaan 
saya semakin terpangil untuk meluangkan masa dengan anak-anak syurga saya..

Sedar tak mengapa kadang-kadang anak-anak menjauhkan diri dari kita apabila mereka menginjak dewasa?
Mengapa ya?
Apa kata kita lengkapkan diri kita dengan Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai 
supaya kita tidak dipinggirkan di hari tua kelak...


Jom kita kongsikan Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai ini bersama-sama..





Kasih Sayang Yang Mencukupi

Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Ini adalah kerana adalah satu kewajipan bagi setiap ibu bapa perlu menyayangi zuriatnya sendiri walau dalam apa jua keadaan dan situasi.

Jika usia perkahwinan tidak berpanjangan atau bercerai, janganlah dijadikan sebagai alasan mengapa kasih sayang tidak diberikan sepenuhnya..
Ini kerana kasih sayang bukanlah lahir dari harta dan kemewahan semata-mata..

Kita boleh tunjukkan kasih sayang dengan bertanyakan aktiviti seharian mereka di sekolah, solat bersama-sama, mengajar mereka mengaji, menemani mereka tidur pada waktu malam ataupun menyediakan makanan kegemaran mereka setiap hari..
Itulah yang saya amalkan..




Alhamdulillah setakat ini saya terasa sangat dihargai oleh mereka..
Apa yang lebih menarik, mereka mudah membantu apabila saya dan suami memerlukannya :)


Hadiah Biar Bertempat

Selalu kita lihat, ibu bapa yang bergaji besar memberikan hadiah-hadiah yang terlalu mewah kepada anak-anak walaupun tiada sebarang pencapaian diraih sebagai menebus kegagalan mereka memberikan perhatian kepada anak-anak.
Perlu diketahui bahawa tindakan ini adalah salah.
Memang benar sekali sekala anak-anak perlu diberikan hadiah.
Tetapi biarlah ianya diberi atas dasar Ikhlas dan bukannya sebagai menutup kelemahan kita. Jika hal ini tidak dibendung, lama-kelamaan anak-anak akan merasakan kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa adalah berbentuk kebendaan.



Bagi saya dan suami, hadiah yang diberi kepada anak-anak terhad kepada cemerlang di dalam peperiksaan dan juga sempena sambutan hari kelahiran mereka. Adalah lebih baik menghadiahkan buku-buku bacaan yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan cerita-cerita yang berunsur kenabian supaya mereka tahu asal usul Agama kita dan bagaimana ianya dikembangkan.


Selalu Dipuji

Apabila memuji, secara tidak langsung menjadikan satu tarikan psikologi untuk anak rasa lebih istimewa buat kedua ibu dan ayahnya..

Pujilah mereka apabila mereka telah bersusah payah membantu kita dalam apa-apa jua pertolongan yang kita perlukan.
Ucapan "terima kasih" adalah sangat perlu diungkapkan kepada mereka walaupun pertolongan hanyalah berbentuk menyuruh mereka memperlahankan suara televisyen atau menyimpan semula permainan yang telah dikeluarkan.

Namun, memuji juga perlulah berpada!
Jangan selalu sangat memuji sehingga mereka lupa berpijak pada bumi yang nyata. 

Jangan selalu sangat memuji anak cantik atau pandai kerana ini akan membuatkan mereka meninggi diri atau berasa megah dengan kelebihan tersebut.


Mainan

Adalah menjadi fitrah di mana kanak-kanak suka kepada mainan.
Pastikan mainan yang dibeli adalah sesuatu yang digemarinya.
Ini menunjukkan anda ambil perhatian berkenaan dengan dirinya dan mereka akan berasa gembira dengan pemberian tersebut.
Namun jangan sesekali terlalu memberi sehingga anak merasakan terlalu mudah untuk mendapatkannya..


Semoga Tips bagaimana disayangi anak dan dihargai ini dapat dimanfaatkan oleh kita bersama... :)

No comments:

Post a Comment