SENGUGUT dan tips meredakannya.

Assalamualaikum semua…

Semoga sihat dan ceria-ceria sahaja hari ini..
Maklumlah hari berGaji kan?
Semoga ada bahagian Gaji tersebut telah diinfakkan kearah kebaikan dan kebajikan, Zakat adalah wajib! Ingat selalu ya.. :)
Insya Allah..

OKlah Kali ini Kapsul Kesihatan kita akan membincangkan tentang penyakit yang selalu
dideritai oleh kaum wanita..
Apa lagi kalau bukan SENGUGUT… Betul kan?

Tapi hari ini saya ingin juga berkongsi dengan pembaca semua dengan lebih detail berkenaan SENGUGUT dan tips meredakannya.

Mesti pembaca semua pun ternanti entri-entri SENGUGUT dan tips meredakannya ini kan?
Sebab saya percaya ramai pembaca wanita yang selelau mengalami masalah seperti ini
termasuklah saya sendiri suatu ketika dulu..

Semoga info SENGUGUT dan tips meredakannya ini dapat menambahkan pengtahuan para pembaca semua dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya kelak..

Jom kita baca!



Melalui pembacaan saya di ruang Pesona, Kosmo bertarikh 25/2/2014, Senggugut yang ekstrem ketika didatangi haid adalah petanda penyakit endometriosis. Lebih menggerunkan penyakit itu boleh menyebabkan seseorang itu mandul. WANITA yang mencapai usia reproduktif berisiko tinggi mendapat endometriosis.

Bagi sesetengah wanita yang mengalami kesakitan ketika haid menganggap simptom tersebut adalah perkara biasa. Mereka menanganinya dengan makan ubat dan kemudian rasa sakit hilang antara dua hingga lima hari.

Namun, adakah kita tahu sebenarnya kesakitan senggugut yang melampau dan berulang kali adalah petanda kepada penyakit endometriosis?

Secara saintifik, endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim seperti usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopian dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.

Perlu diketahui, endometriosis bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang kerap berlaku dan dua pertiga daripadanya berpunca daripada ketidaksuburan wanita.

Apakah ENDOMETRIOSIS itu?

ENDOMETRIOSIS boleh menyebabkan seseorang wanita mandul. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Norlida Kairon berkata, punca sebenar endometriosis tidak diketahui, tetapi kemungkinan darah yang terperangkap itu boleh menyebabkan pembentukan sista darah.

Sista darah pula mungkin boleh membentuk parut dan menyebabkan tisu abnormal melekat. Apabila itu berlaku, ia akan menimbulkan kesakitan ketika haid.

Perkara yang menakutkan wanita apabila endometriosis melekat pada dinding pelvik, ovari, tiub fallopian dan rektor vagina, ia boleh menyebabkan kemandulan. 

Wanita yang mencapai usia reproduktif berisiko mendapat endometriosis. Sebanyak 40 peratus wanita yang menghidap endometriosis bakal berdepan dengan mandul. Faktor bangsa atau umur tidak banyak mempengaruhi endometriosis kerana ia boleh berlaku pada setiap wanita.


Oleh yang dimikian, wanita yang mengalami senggugut segeralah berjumpa doktor. Apa yang penting, wanita yang mengalami senggugut tidak menganggapnya perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika mereka mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, tetapi jika ibu atau adik-beradik perempuan mendapat endometriosis maka risiko adik-beradik lain untuk mendapat penyakit itu adalah tinggi.

Rawatan

Rawatan awal endometriosis ialah ubat.

Antara ubat-ubat yang digunakan untuk merawat atau mengawal endometriosis ialah ubat tahan sakit non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) dan ia dikatakan berkesan bagi mengurangkan kesakitan dan juga aliran haid.

Penggunaan pil perancang keluarga dan juga suntikan antihormon seperti Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH) juga boleh digunakan ke atas pesakit. 

Bagi kes yang teruk, ubat preskripsi narkotik terpaksa digunakan bagi mengawal kesakitan yang melampau.

Sekiranya ubat masih lagi tidak berkesan kepada pesakit, pembedahan membuang endometriosis perlu dilakukan. 





Ya, sememangnya kita tahu, apabila dikaitkan dengan 'pain killer' atau 'ubat' kita tidak lari dari perbuatan memasukkan dadah ke dalam badan kita untuk mendapatkan kesan tahan sakit atau mengurangkan sakit dalam tempoh yang singkat, betul?

Tahukah kita, kandungan dadah, yang terlalu banyak di dalam badan kita akibat
pengambilan yang berulang-ulang akan menyebabkan jangka hayat buah pinggang
kita semakin berkurangan? Ini kerana ubat adalah sesuatu yang asing terhadap badan kita 
kerana ianya bukan dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi yang boleh sebati dalam badan kita? 

Justeru ubat yang gagal diurai itu sendiri akan tertinggal di dalam badan kita dan menyebabkan buah pinggang kita akan menerima terlalu banyak benda asing dan akhirnya tidak dapat beroperasi dengan sebaiknya.

SERAM kan???

Oleh yang demikian, di Shaklee kami telah menyediakan beberapa supplemen yang boleh
membantu masalah Sengugut ini. Telah terbukti supplemen-supplemen ini terhasil dari bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan-tumbuhan semulajadi yang sememangnya telah melalui ujian klinikal dan ternyata boleh diterima dan diserap oleh badan kita..

Nak cuba? Jom kita tengok!!





GLA

Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia boleh merawat ulcer, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina tau...


Mengawal selia Estrogen dan Tetosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita serta dapat memperbaiki simpton PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan juga sakit payudara.

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, serta depression. Pengambilan yang berterusan mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, menjadikan kulit lebih muda.

Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Menentang kanser - GLA berfungsi sebagai anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


OSTEMATRIX


  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas ~ Memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis. 
  • Meringankan stres ~ Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk serta stress.
  • Memperbaiki masalah haid ~ Pengambilan sebanyak 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.

B-COMPLEX

  • Ia menukarkan makanan kepada tenaga ~ Di mana ia boleh membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus menggurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Melawan tekanan ~ Dalam kehidupan seharian kita tak lari dari tekanan kan? Jadi B Complex dapat membantu kita dengan cara memastikan fungsi saraf berjalan dengan lancar, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Mencegah anemia ~ B Complex membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, serta mabuk darat dan laut.
  • Detoksifikasi ~ B Complex juga mampu meredakan alahan.
Haaaa...banyak kan faedahketiga-tiga supplemen ini?
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekarang...


Jangan ragu-ragu terus ambil telefon dan PM/SMS/Whatsapp saya:

  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

GOUT dan tips merawatnya

Assalamualaikum dan salam Sayyidul Ayyam..
Harapan saya semoga pembaca kesayangan semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan berada di bawah pelindunganNya..

Alhamdulillah saya masih lagi berpeluang untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang
Kapsul kesihatan yang dapat meningkatkan pemahaman dan ilmu kita.
Oklah hari ini suka saya untuk berkongsi tentang penyakit GOUT dan tips merawatnya.

Tentu pembaca semua selalu sangat dengar ramai bapa-bapa atau abang-abang yang telah menjangkau umur 30an selalu tiba-tiba sakit di bahagian kaki sehingga tidak mampu untuk bangun mahupun berjalan bukan?
Kadang-kadang langsung tiada tanda yang boleh menunjukkan yang GOUT akan menyerang..
Jadi mari kita dapatkan maklumat bagaimana terjadinya GOUT dan tips merawatnya.

Semoga kapsul kesihatan GOUT dan tips merawatnya ini dapat memberikan kesedaran kita betapa peri pentingnya menjaga kesihatan dan pemakanan kita sebagai langkah-langkah untuk mengelakkan dari berlakunya penyakit GOUT ini terhadap diri kita.

Nak tahu lanjut? Jom baca entri ini seterusnya…

TAHUKAH anda?

GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan amat jarang sekali berlaku kepada golongan wanita. Kalau ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Melalui pembacaan saya dalam ruangan Kesihatan, Utusan bertarikh 14/2/2010, antara tanda-tanda mengesan apabila berlakunya serangan GOUT, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. 

Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Terdapat kajianyang  menunjukkan bahawa pesakit GOUT juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Penulis mendapatkan pandangan Pakar Perunding Rheumatik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengenai penyakit yang digelar 'Disease of King' ini.

Bagaimana serangan gout berlaku?
Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.


Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-jenis gout:

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; 
  1. Asimptomatik (tiada simptom), 
  2. Akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
  3. Interkritikal
  4. Kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.


Tofus
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko
  • Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.
  • Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
  • Obesiti - individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
  • Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)
  • Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.
  • Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
  • Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
  • Umur - gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?

Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia.

Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.
Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet untuk pesakit gout:

  • Buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.
  • Elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein
  • Hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari
  • kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.

Makan secara sederhana:
  • Asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.
  • Berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.

Artikel penuh di sini

Sesetengah orang tidak mahu hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan yang tidak baik kepada buah pinggang. Justeru kami shaklee telah mencadangkan beberapa supplemen yang sesuai untuk pesakit GOUT sebagai langkah-langkah untuk mengelakkan ianya menjadi lebih parah dan tidak terkawal.

Jom kita tengok apa yang Shaklee ada.. :)




PERFORMANCE DRINK
  • Meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga segera kepada otot di mana ia boleh menggantikan air yang hilang ketika latihan fizikal.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Mengimbangi dan membekakan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ini kerana ia mengandungi potaasium, kalsium, sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini dirumus khas untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika.
  • Mencegah Penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan paras gula - Telah terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
Minuman ini boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman yg lain :)

Sangat sesuai untuk mereka yang:-
  1. Aktif sebagai atlet
  2. Berpuasa
  3. Sebelum dan selepas pembedahan
  4. Tidur lewat malam
  5. Keletihan
  6. Vagina kering
  7. Cirit Birit
  8. Tiada selera makan
  9. Kandungan gula di paras rendah
  10. Pening dan letih.
BEST KAN????
Haaa... Apa macam??? Berbaloi tak ambil Performance ni? 1 supplement dgn pelbagai fungsi kan.. 

OMEGA GUARD

  • Omega -3 ~ iaitu Asid Lemak yang penting tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Jadi kita perlu mendapatkannya daripada makanan. Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Jadi Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia mampu untuk membantu  mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juag boleh merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori~ DHA yang terkandung dlm Omega Guard menjadi nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya  pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan
  • Meningkatkan sistem imun serta menyihatkan paru-paru~ memperbaiki alahan kulitpsioriasisdemam haybronkitispenyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser~ Kajian telah membuktiksn bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi~ Paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Di samping itu juga ia mampu mencegah  arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan~Daripada kajian jelas terbukti bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


ALFALFA

  1. Mencuci hati, darah dan usus ~ Alfalfa adalah sangat beralkali yang boleh membantu memulihkan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Melawan alahan ~ Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan penyakit ulat air dengan berkesan.
  3. Ia juga baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut ~ memperbaiki masalah saluran peghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulcer gastrik, hepatitis dan sembelit.
  4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol~ kajian klinikal telah membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Kalau uols nak tahu alfalfa mengandungi sapojin yang berfungsi sebagai span yang boleh bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  5. Melegakan keletihan ~ membantu kita kekal bertenaga supaya cergas sepanjang hari.
  6. Membantu mencegah Atritis dan melegakan kesakitan.

TAPI...kena ingat!!!
  • Alfalfa tidak sesuai untuk orang yang sedang bertarung dengan kanser
  • Juga tidak sesuai utk pesakit Auto Immune Diseases seperti SLE.
  • Juga tidak sesuai untuk individu yang baru menjalani pemindahan organ terutama hati.
  • Tidak sesuai juga untuk pesakit Diabetes kerana boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah (mungkin boleh pengsan)
  • Tidak sesuai juga untuk pesaki jantung kerana ia boleh memekatkan darah
Maknanya.. Alfalfa ini hanya bermanfaat pada segelintir orang sahaja..

Supplemen ini bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit.

Untuk sebarang konsultasi dan pertanyaan sila dapatkan dari saya di:
  • PM/SMS/WhatsApp 012-3530038 
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • Email: Hanavitstore@gmail.com

SUPPLEMEN DAN SEBAB IA DIPERLUKAN OLEH BADAN


Assalamualaikum semua...

Bersua lagi kita di dalam entri kesihatan di mana kali ini saya
nak kongsikan tentang Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan kita..
Pernah baca tak sebelum ni berkenaan Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan?
Macam ada macam tak kan?
Hehehe...

Takpe, jangan sedih...
Saya sedia berkongsi di sini..
Semoga entri Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan ini dapat menambahkan pengetahuan kita
serta meningkatkan kesedaran di kalangan kita betapa pentingnya supplemen kepada tubuh badan kita
supaya kekal sihat, cergas dan bertenaga..
Jom kita baca lanjut...

Ok terdapat TUJUH sebab mengapa supplemen diperlukan oleh tubuh badan kita, antaranya...

  1. Kita perlu tahu di mana dalam sesetengah keadaan badan kita memerlukan dos yang tinggi untuk beberapa jenis vitamin yang tertentu yang mana tidak cukup hanya diperolehi dari makanan. Sebagai contoh Vitamin C dan Vitamin E yang terhasil dari makanan sahaja belum cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan serta sayuran yang kita makan belum tentu  mengandungi galian yang secukupnya kerana faktor ketidaksuburan tanah, faktor racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar akan mempengruhi serta menganggu khasiat buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan itu.
  3. Jika makanan dimasak dengan terlalu panas akan menjadi faktor zat makanan mudah hilang. Sebagai contoh Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan haba semasa memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik secara tidak terkawal akan menyebabkan gangguan terhadap penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
  5. Makanan yang kita ambil belum tentu seimbang jika tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup yang sibuk dengan kerjaya serta menguruskan keperluan anak dan keluarga membuatkan kita jarang memasak hingga terdedah kepada kekerapan memakan makanan segera dan restoran yang belum tentu menyihatkan atau bersih.  
  7. Bagi yang bekerjaya pilihan makanan tengahari di restoran yang ringkas dan cepar tidak dapat menentukan samada khasiatnya diambil perhatian atau sebaliknya.
Justeru, atas kesedaran ini, marilah mengamalkan pengambilan supplemen yang  bersesuaian supaya
tubuh badan kita mendapat manfaat yang sewajarnya... 

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


GARLIC




Hai...
Bertemu lagi.. lama sudah rasanya saya tidak update blog nih..
Macam bersawang jek.. macam kusam jek..
Haa...ha..
Hmm..pe khabar semua hari ini?
Saya doakan semoga pembaca blog semua sihat-sihat serta ceria dengan keluarga tersayang..

Hari ini saya nak kongsikan dengan uols satu lagi vitamin superb yang Shaklee sediakan untuk
menguatkan sistem imunisasi kita dan juga pencegah kepada taraf kolestrol yang tinggi dalam badan..
Uols semua pun tahu kan, kalau kolestrol berelebihan dalam badan, kita mudah mendapat
penyakit jantung serta strok secara tiba-tiba..

Jadi jom kita baca apakah manfaat yang kita dapat dengan mengambil Garlic ini...

Garlic ini dicipta hasil dari ramuan utamanya iaitu bawang putih jenis premium, yang bebas dari racun perosak serta ditanam secara organik di California, USA pada musim panas.

Ia juga dihasilakn secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif yang mana hanya terdapat pada Garlic Shaklee sahaja.

Dalam penghasilan Garlic ini, Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba Rosemary and Spearmint. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar!! :)


Kebaikan dan Manfaatnya

  • Mengandungi Spearmint ~ untuk mempertingkatkan penghadaman serta melancarkan fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan Semulajadi ~ Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang bagi mempertingkatka sistem imuniti tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang alergi ~ Mempertingkatkan penyakit yang berkait dengan sistem imun seperti hidung sensistif, sinus, alergi, asthma, selsema serta hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman ~ Ia mempunyai formula yang boleh membantu menyelesaikan masalah kembung perut, gastrik, serta ketidakhadaman. Fungsi Garlic juga boleh membantu menentang bakteria H.Pylori yang boleh menyebabkan ulser peptic/ gastrik.
  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi ~ Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi.
  • Detosifikasi ~ Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang boleh menaikkan tekanan darah. Garlic juga turut berfungsi membantu melindungi sel-sel darah dari musnah akibat kandungan logam yang tinggi di dalam darah kita disamping mampu menghalang kerosakan hati yang terjadi akibat bahan kimia yang terbentuk di dalam darah.
  • Menurunkan kolestrol ~ Garlic mampu menurunkan kolestrol dalam darah, LDL, trigliserid dan kelikatan darah. Ia juga boleh mengurangkan darah beku serta meningkatkan HDL. Di samping itu Garlic turut membantu melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.
  • Mencegah Kanser ~ Ia boleh membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine.
  • Menstabilkan Glukos ~ Menolong mensatbilkan glukos dalam tubuh kita.
*Info:
Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan antioksida dan anti-kanser.


Macam best jer..macam nak jer... untuk sebarang konsultasi/pertanyaan/ info hubungi saya:

Nurul 'Ain binti Abdul Rahim
Tel: 012-3530038
Email:  Hanavitstore@gmail.com


Visit & LIKE us on FB: http://www.facebook.com/hanavitstore


Cara Merawat EKZEMA



Ekzema pada kulit kepala menimbulkan ketidakselesaan.

Assalamualaikum dan bersua lagi..

Harapan saya saudara dan saudari semua sihat-sihat sahaja bersama keluarga..
Oh ya sedang mencari info berkenaan Cara Merawat EKZEMA ya?

Bercakap Cara Merawat EKZEMA biasanya golongan yang berhadapan dengan penyakit ini adalah kanak-kanak dan tak kurang juga golongan dewasa.

Memang sungguh kasihan melihat mereka yang masih belum pandai nenguruskan diri sendiri namun terpaksa berhadapan dengan penyakit ekzema ini. 

Ini kerana pesakit yang mengidap ekzema akan berasa tidak selesa kerana diganggu oleh rasa gatal-gatal yang sangat kerap dan membuatkan mereka ingin menggaru, yang mana akhirnya akan menyebabkan infeksi serta meninggalkan parut.

Justeru kali ini saya sedia berkongsi dengan saudara dan saudari semua beberapa info mengenai Cara Merawat EKZEMA melalui hasil pembacaan saya dari beberapa entri yang dibaca sebelum ini.

Semoga info ekzema dan tips merawatnya yang dikongsi pada hari ini dapat membantu
Saudara dan saudari dalam menangani penyakit tersebut..
Jom kita baca entri ini selanjutnya...


Apakah EKZEMA?

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Di dalam entri kesihatan, Utusan Malaysia bertarikh 17/12/2013, penulis menyatakan KULIT merupakan tisu nipis yang membaluti tubuh manusia dan merupakan antara bahagian badan yang cukup sensitif terhadap perubahan atau tekanan alam sekitar.

Ini kerana kulit merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar tubuh misalnya cuaca, sinar matahari atau yang lain. Hal ini juga membuatkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan ada ketikanya diserang penyakit kulit.

Disebabkan keadaan sekeliling serta udara yang dilihat semakin tidak sihat hari ini, pelbagai jenis penyakit kulit atau penyakit berjangkit mampu menghuni tubuh badan yang terdedah.
Antara penyakit yang sinonim dengan kulit ialah ekzema. Penyakit kulit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, dan kaum.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Holista Biotech Sdn. Bhd., Datuk Dr. Rajendran Marnickvasagar, selain ekzema terdapat banyak lagi jenis penyakit kulit seperti dermatis serta alahan dan yang paling ekstrem ialah psoriasis.

Penyakit kulit yang biasa dihidapi masyarakat hari ini ialah ekzema di mana satu daripada lima orang akan mendapat penyakit kulit ini dan ada kalanya boleh menyebabkan kulit berair, berdarah, dan bernanah.

Faktor Penyebab

Keadaan ini disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, dan sebagainya. 

Nisbah satu daripada lima ini kebanyakannya tidak memerlukan rawatan di mana penyakit kulit ini akan datang dan pergi begitu sahaja. 

Kesemuanya mempunyai satu talian genetik di mana kajian genetik menunjukkan bahawa seorang atau dua daripada ibu bapa boleh memberikan kesan genetik itu. 

Penyakit ini perlu ditanggung seumur hidup di mana tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

Cara Rawatan

Dr. Rajendran memberitahu bahawa rawatan untuk mengubatinya terdapat dalam pelbagai cara dan antaranya ubat steroid bukan sahaja krim tetapi secara oral bagi penyakit kulit yang serius.

Manakala bagi mereka yang hanya sekadar mengalami masalah kulit seperti ruam akibat daripada alahan cukuplah hanya sekadar menggunakan ubat anti histamin. 

Kaedah rawatan yang sistematik dapat mengurangkan kesan penyakit itu seterusnya dapat mengelak daripada terus merebak dan menjadi serius atau kronik.

Dr. Rajendran turut menyatakan bahawa sehingga kini punca sebenar ekzema tidak diketahui tetapi biasanya dikaitkan dengan alahan kepada susu formula, sabun, makanan laut, air berklorin tinggi, dan sebagainya lagi.

Bercakap pula mengenai rawatan, ia bergantung kepada tahap keseriusannya dan hari ini terdapat pelbagai produk berada di pasaran dan dalam usaha mengurangkan penggunaan streoid banyak produk berasaskan krim telah pun dikeluarkan. 

Selain krim seperti ceramide yang lazim digunakan, terbaharu krim Truveno juga mampu mengurangkan penyakit kulit yang dialami. 

Bagi pesakit yang menghidap penyakit kulit ini, perlu menyapu krim atau losen pelembab beberapa kali sehari untuk mencegah kulit menjadi kering. Begitupun, tindak balas terhadap penggunaan krim ini berbeza mengikut individu tersebut.

Mereka yang mengalami masalah kulit ini perlulah mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat seperti mengawal pemakanan dan banyakkan senaman. 

Pesakit hendaklah memilih pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut. 

Paling penting, pesakit memerlukan penjagaan doktor yang profesional dalam usaha mengawal penyakit kulit tersebut daripada merebak seterusnya menjadi serius dan kronik.

Ekzema dan Kanak-kanak



Ekzema di kalangan kanak-kanak adalah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopi  atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaiknya. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung sejauh mana keterukkannya. 

Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan kanak-kanak?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.


Jadi, adakah kita bersedia untuk mendedahkan anak kita dengan Steroid?
Perlu diingat, steroid adalah sejenis dadah penggalak yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk mengawal penyakit. Ianya bukanlah bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan secara sepenuhnya namun hanya bersifat sementara.

Justeru di Shaklee kami mempunyai beberapa supplemen yang telah terbukti secara amalan di kalangan pengguna ia mampu mengurangkan kesakitan akibat ekzema.

3 supplemen yang dicadangkan tersebut adalah ZINC, OMEGA GUARD dan ESP. Justeru, mari kita lihat bagaimana kedua-duanya mampu membantu para pesakit ekzema dalam menangani permasalahan mereka.

ZINC


Memperbaiki Keradangan Kulit/ Jerawat
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Pengambilan Zinc dapat membantu mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Selain itu, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Membantu Penyembuhan Ekzema
Ekzema turut dipanggil sebagai dermatitis atopik, iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan.
Manakala Zink pula bertujuan dalam memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.


Antioksidan
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Mempertingkatkan Sistem Imun
Pengambilan Zinc boleh membantu pengeluaran kalenjer thymus. Kalenjar ini Mempertingkatkan system imun dengan mengeluarkan T-cells bagi menentang kanser dan menghalang sebarang jangkitan penyakit.

*Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

OMEGA GUARD




Mencegah penyakit saluran darah dan strok~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia mampu untuk membantu  mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga boleh merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung.



Meningkatkan sistem imun serta menyihatkan paru-parumemperbaiki alahan kulitpsioriasisdemam haybronkitispenyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.




ENERIZINGY SOY PROTEIN (ESP)

  • Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • ESP juga boleh memulihkan Fungsi Prostat Lelaki. Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.
  • ESP  juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • ESP juga boleh menjadikan kulit berseri dan anjal dengan cara merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera dengan membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • ESP juga mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. Juga boleh memperbaiki memori, menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Testimoni


Pengambilan supplemen untuk kanak-kanak 

Untuk Bayi berumur kurang 1 tahun 


Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.

Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.

Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka. Klik di sini

Kanak-kanak 1 tahun ke atas

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit  danmengurangkan kegatalan. 

Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.Klik di sini

Menarik kan???? 
Produk ini bukanlah untuk  mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.


Untuk sebarang konsultasi dan pertanyaan sila dapatkan dari saya di:

Jom PM/WhatsApp/SMS saya:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com