SUPPLEMEN DAN SEBAB IA DIPERLUKAN OLEH BADAN


Assalamualaikum semua...

Bersua lagi kita di dalam entri kesihatan di mana kali ini saya
nak kongsikan tentang Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan kita..
Pernah baca tak sebelum ni berkenaan Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan?
Macam ada macam tak kan?
Hehehe...

Takpe, jangan sedih...
Saya sedia berkongsi di sini..
Semoga entri Supplemen dan sebab ia diperlukan oleh badan ini dapat menambahkan pengetahuan kita
serta meningkatkan kesedaran di kalangan kita betapa pentingnya supplemen kepada tubuh badan kita
supaya kekal sihat, cergas dan bertenaga..
Jom kita baca lanjut...

Ok terdapat TUJUH sebab mengapa supplemen diperlukan oleh tubuh badan kita, antaranya...

  1. Kita perlu tahu di mana dalam sesetengah keadaan badan kita memerlukan dos yang tinggi untuk beberapa jenis vitamin yang tertentu yang mana tidak cukup hanya diperolehi dari makanan. Sebagai contoh Vitamin C dan Vitamin E yang terhasil dari makanan sahaja belum cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  2. Buah-buahan serta sayuran yang kita makan belum tentu  mengandungi galian yang secukupnya kerana faktor ketidaksuburan tanah, faktor racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar akan mempengruhi serta menganggu khasiat buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan itu.
  3. Jika makanan dimasak dengan terlalu panas akan menjadi faktor zat makanan mudah hilang. Sebagai contoh Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan haba semasa memasak.
  4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik secara tidak terkawal akan menyebabkan gangguan terhadap penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
  5. Makanan yang kita ambil belum tentu seimbang jika tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  6. Gaya hidup yang sibuk dengan kerjaya serta menguruskan keperluan anak dan keluarga membuatkan kita jarang memasak hingga terdedah kepada kekerapan memakan makanan segera dan restoran yang belum tentu menyihatkan atau bersih.  
  7. Bagi yang bekerjaya pilihan makanan tengahari di restoran yang ringkas dan cepar tidak dapat menentukan samada khasiatnya diambil perhatian atau sebaliknya.
Justeru, atas kesedaran ini, marilah mengamalkan pengambilan supplemen yang  bersesuaian supaya
tubuh badan kita mendapat manfaat yang sewajarnya... 

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


No comments:

Post a Comment