Gusi berdarah lagi

Hai…

Gusi berdarah lagi?


Dah makan buah dan sayur tapi masih berdarah juga?

Nak tahu kenapa? Jom kita baca entri Gusi Berdarah lagi ini sampai tamat ya.. :)

Penyakit gusi ini melibatkan hampir 80 peratus daripada penduduk dunia.

Penyakit periodontium yang bermula dengan (gingivitis) radang gusi tidak menunjukkan sebarang tanda, menyebabkan sebahagian besar individu tidak menyedari kehadirannya.

Bagaimanapun, radang gusi mudah dirawat dan keadaan gusi boleh kembali normal.

Merujuk Pakar Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Rosnah Abdul Jalil berkata, penyakit ini hanya disedari apabila radang gusi telah merebak menjadi periodontitis.

Pada peringkat ini pesakit perlu memberi perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah. Malah, rawatan juga menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.

Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang. Namun perlu kita ketahui bahawa, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.

Sesetengah individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi tanpa periodontitis kerana sistem pertahanan mereka kuat.

Menurut Dr. Rosnah, periodontitis bukan sejenis penya kit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.


FAKTOR PENYEBAB


Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi.

Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal. Lama-kelamaan, plak yang tidak disingkir ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam, mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).

Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.

Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.

Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.

Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RADANG GUSI


Faktor etiologi primer - plak bakteria
  • Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.
  • Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.
  • Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.
  • Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.
  • Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.
  • Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.
  • Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.
  • Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.
  • Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.


Faktor etiologi sekunder pula terbahagi kepada:


1) Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)
  • Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.
  • Karies gigi.
  • Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.
  • Kedudukan gigi yang tidak teratur.
  • Kehadiran kalkulus atau karang gigi.
  • Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.

2) Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)
  • Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.
  • Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).
  • Penyakit HIV.
  • Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.
  • Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
  • Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).
  • Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
  • Kekurangan vitamin C.
  • Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.
  •  Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.

SIMPTOM @ TANDA-TANDA

Perubahan pada gusi
  • Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.
  • Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.
  • Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.
  • Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.

Pempoketan


  • Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.
  • Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.
  • Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.
  • Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.

RAWATAN


  • Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).
  • Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.
  • Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.
  • Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.
  • Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.
  • Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

Pembedahan
  • Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.
  • Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.
  • Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.
  • Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.
  • Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.


Selain dari menjalani rawatan dan pembedahan, adalah digalakkan kepada pesakit untuk
mengambil supplemen sebagai membantu mengurangkan masalah gusi berdarah lagi ini. Ini
kerana kadangkalan buah-buahan serta sayuran yang dimakan belum tentu dapat 
menampung keperluan vitamin yang diperlukann oleh badan kita.
Saya mencadangkan Vitamin C Sustained Relesase kerana saya telahpun mengamalkannya.. 

Ternyata ia sangat membantu!!

VITA-C 


Bagaimana Vita-C membantu?

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

6) Memperbaiki Insomnia

Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.

Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.


Untuk sebarang info, pertanyaan dan konsultasi info, hubungi:




Rujukan asal:

No comments:

Post a Comment