Legakan Stress dengan B-Complex Shaklee


Jika anda selalu stress dan tak tahu menanganinya... apa yang akan anda lakukan?
Makan ponstan? Baring seharian di atas katil tanpa bertemu dengan rakan-rakan atau ahli keluarga... atau mengurungkan diri berhari-hari di dalam rumah?
Segala-galanya nampak semak di fikiran bukan?


JIka dibiarkan berterusan..
Pastinya ia merugikan masa berharga anda, bukan?

Apa kata anda berikhtiar legakan stress dengan B-complex Shaklee?
Ramai yang telah berusaha dengannya dan memberikan hasil yang positif...
Tak kurang juga yang berkata hidup menjadi ceria setelah legakan stress dengan B-Complex Shaklee..



Stress: Signs and Symptoms, Causes and Effects

Mengapa B-complex?
Apakah kandungannya yang sangat istimewa itu?
Benarkan fakta legakan stress dengan B-Complex shaklee ini?
Ataupun hanyalah sekadar iklan?

Jom kita baca selanjutnya..



B-complex Shaklee adalah sesuatu berlainan dengan vitamin-vitamin yang pelbagai jenama yang dijual di farmasi. Ia adalah supplemen yang dipilih sebagai pelengkap nutrisi kerana mempunyai pelbagai fungsi yang sangat bermanfaat kepada tubuh badan kita. Hanya mereka yang telah menggunakannya yang tahu apakah rahsia yang terkandung di dalam B-Complex ini.



Antara fungsi B-Complex adalah:

Ia menukarkan makanan kepada tenaga ~ Di mana ia boleh membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus menggurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

Melawan tekanan ~ Dalam kehidupan seharian kita tak lari dari tekanan kan? Jadi B Complex dapat membantu kita dengan cara memastikan fungsi saraf berjalan dengan lancar, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Membantu tumbesaran ~ B Complex boleh menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2 juga. Ia turut membantu pembinaan DNA serta sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak ataupun tulang belakang.

Membatu masalah rambut beruban & gugur ~ B Complex boleh mengatasi masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan juga boleh mengekalkan kesihatan rambut.

Baik untuk mata ~ Mampu mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian (fokus), maka ia sangat sesuai bagi yang sedang belajar!

Mencegah anemia ~ Kadangkala akibat kekurangan darah merah boleh menjatuhkan prestasi diri kita, justeru B Complex boleh mengatasi masalah ini dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, serta mabuk darat dan laut.

Detoksifikasi ~ B Complex juga mampu meredakan alahan.



Haaaa...banyak kan faedah B Complex Shaklee?

Hanya mengambil 1 tab selepas sarapan sudah memadai..
Jika stress berlarutan, boleh diambil 2 tabs dalam sehari, jangan lebih ya.. :)

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekarang...


Jangan ragu-ragu terus ambil telefon dan PM/SMS/Whatsapp saya di:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

Berikut saya kongsikan Tips menangani Stress Secara Islam.

Kaedah Menangani Stress secara Islam


Pertama
Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.




Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

Kedua
Membiasakan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'


Ketiga
Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).

Keempat
Meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelima
Amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Rujukan asal:


No comments:

Post a Comment