Hai...
Sarapan apa pagi tadi?
Tak sempat?
Buatkan air?
Pun tak sempat!
Semua pun tak sempat..
Keluar pergi kerja pukul berapa?
Bangun pukul berapa?
Anak pergi sekolah ada alas perut tak?
Pakai bedak sempat tak?
Hmm.. sahabat semua..
Jangan begitu..kasihan pada anak-anak dan suami kita
Tahu tak ada banyak kebaikan sarapan pagi, terutama kepada anak-anak khususnya?
Jangan disebabkan sibuk nak kejar ke pejabat kita abaikan apa yang perlu dan sepatutnya diberikan kepada anak syurga kita?
Pada saya, biar tak sempat pakai bedak asalkan anak bersarapan sebaiknya...
Saya bangun seawal 5 pagi untuk siapkan keperluan 3 anak saya sebagai sarapan..
Untuk yang berumur 2 tahun saya pastikan nasi atau buburnya disiapkan setiap pagi..
Untuk si abang yang darjah 2 dan tadika 5 tahun, saya sediakan roti bersama butter/ nutella/ kaya sekurang-kurangnya jika mempunyai masa yang terbatas..
Tak lupa juga minuman seperti teh/milo/nescafe disediakan secara berganti-ganti..
Biar nampak simple tapi sarat dengan khasiat yang sewajarnya..
Sebab apa masa terbatas?
Saya kerja jauh dari rumah, 1 jam perjalanan... jadi 6.30 pagi saya dah keluar dari rumah..
Tapi saya sempat sediakan semuanya..
Kalau terjaga lambat, masih ada pilihan, kita boleh beri mereka cereal dan susu segar sekurang-kurangnya..
Jangan biarkan mereka pergi ke sekolah dalam keadaan lapar!!
Antara sarapan yang saya buat untuk anak-anak saya adalah:
Spaghetti Carbonara
- Ia mengandungi, sosej, capsicum, sos carbonara, sedikit garam dan lada putih sebagai perasa.
Pasta Bologneise
Egg Mayo Sandwiches
Home made Frozen Nugget
- Ia mengandungi isi ayam yang telah dicuci bersih, bawang putih, garam, serbuk lada putih dan capsicum sebagai sayur.. asben saya cakap sedapnya!!!!
Spaghetti Aglio Olio
- Ia mengandungi hirisan chicken meatloaf, capsicum, garam dan sedikit chili flakes, serta garam dan gula sebagai perasa.
Nasi lemak
cereal adalah antara menu yang berkhasiat untuk sarapan
Namun, sejak bertemu dengan shaklee saya memberikan sesuatu yang terbaik buat anak -anak saya iaitu Mealshake! Saya berikan yang terbaik buat anak-anak saya kerana mereka mengeluh penat selepas pulang dari sekolah sekitar jam 6.45 petang..
Kasihan kan??
Kenapa saya pilih Meal Shake?
- Ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap.
- Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, serta lactabulmin (sejenis susu).
- Lactabulmin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hinggalah dewasa.
- Sesiapa sahaja boleh dan sesuai untuk mengambil mealshake ini :)
Apakah manfaatnya?
Nutrisi Lengkap ~ Disediakan dari 24 jenis vitamin, mineral dan zat. Ini kerana apabila kekurangan zat ia boleh mneyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral ynag diperlukan oleh tubuh kita.
Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh ~ Ia kaya dengan protin di mana tidak mengandungi laktosa, untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
Membantu tumbesaran ~ Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
Anti oksida ~ Mengandungi vitamin A,C,E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
Mengembalikan Seri Wajah ~ Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah serta kulit yang lebih cantik.
Detoksifikasi ~ Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangna dari perut dan usus.
Rasa yang lazat ~ Sebagai pengganti kepada kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
Ia tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan...
Mengapa Sarapan Penting?
SARAPAN yang baik
akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia
juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.
Ramai
yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi
untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan
pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan
tengah hari.
Malah ada juga yang
berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan
pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan
amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.
Sebagai contoh kombinasi
sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk
bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin
dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara
amalan yang sihat.
Secara umum, wanita
Malaysia yakin dan prihatin dengan kepentingan mengalas perut dengan sarapan
pagi yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.
Meskipun sebahagian
besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, namun kesibukan
mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan
mengabaikan sarapan.
So.. ada alasan lagi untuk tidak menyediakan sarapan?
Lupakan yang lepas, mulakan rutin baru dengan menyediakan sarapan untuk yang tersayang :)
No comments:
Post a Comment