Kaedah Melegakan Gastrik dengan Shaklee


SET GASTRIK SHAKLEE


Hai.. bertemu lagi kita dalam entri terbaru saya iaitu kaedah melegakan gastrik... Saya pasi ramai yang di luar sana menderitai penyakit gastrik ini, termasuklah saya.

Saya kena gastrik ni masa zaman study degree dulu.. 
Hmm...tu lah nak cut cost konon untuk maintain PTPTN cukup sampai ujung semester jadi breakfast diabaikan.. setakat minum teh cicah biskut je pagi-pagi. Alamatnya di hujung semester yang terakhir masa study week saya diserang dengan gastrik yang sangat teruk!!! Ha..mulalah mencari apa lah kaedah untuk melegakan gastrik nih. Masa tu bertahan dengan Gaviscon jelah. Tapi sampai bila???

Sedang mencari-mencari kaedah untuk melegakan gastrik tu, saya dipertemukan dengan Blog Cerita tentang Shaklee Aje... macam2 ada dalam blog tu termasuklah supplement-supplement yang berkualiti yang boleh membantu atasi masalah saya ni..

Hahaaha.... itu dulu-dulu punya cerita..
Sekarang, Alhamdulillah gatsrik saya dah reda sejak saya mengamalkan supplement-supplement superb dari Shaklee nih..

Ok... saya bawakan uols sedikit info berkenaan dengan Gastrik!

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00,kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 petang dan ada juga bila terlalu sibuk mengambil makan tenghari pada pukul 3.00 petang.

Apabila amalan ini berterusan untuk tempoh kira-kira 5 tahun berkemungkinan si pelaku tadi akan mendapat penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, jika tidak diubati boleh jadi dalam tempoh 2 tahun selepas itu, si pelaku akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila si pelaku tadi mengamalkan tabiat suka merokok, makan makanan yang panas, mee segera, jering kering atau basah atau pun makanan ringan. Tidak ketinggalan seseorang yang suka kepada minuman yang bergas, makanan yang berangin seperti nangka dan cempedak.


Tanda-tanda penyakit gastrik:
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan rasa loya, mual ataupun sebu perut. Selain itu si mangsa juga akan mengalami hilang selera untuk makan. Ada juga kadangkala mengalami demam dan muntah-muntah. Muntah tersebut ada yang berwarna kuning atau disertai dengan gumpalan darah beku.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.


Cara Merawat Gastrik
  • Menjaga waktu makan serta ambil makanan-makanan yang berkhasiat serta jauhi tabiat merokok.
  • Di samping itu pesakit Gastrik juga boleh mengambil ketiga-tiga supplement yang baik dari Shaklee seperti di atas. Nak tahu apa kebaikan serta faedah-faedah ketiga-tiga supplement di atas?

JOM Baca.....

Peppermint Ginger Plus

Vitamin ini terdiri dari 4 herba dari Barat dan Timur. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Kebaikan vitamin ini secara klinikalnya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Manfaat Peppermint Ginger Plus

PUDINA
Melegakan otot perut, di mana sifatnya adalah sebagai penenang.
Ia juga membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat serta membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati serta cirit birit. Selain dari itu ia juga mampu membantu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah, hilang selera makan yan terjadi akibat rawatan kimoterapi. Sifat pudina juga adalah merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

HALIA
Halia bersifat merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan.
Ia juga melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan juga ketika berpantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia adalah berkesan sebagai remedi lain untuk merawat mabuk laut.

POKOK ADAS
Di Eropah, masyarakatnya mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia turut melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Jua boleh membantu dalam masalah aergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS
Telah digunakan oleh masyarakat di Mesir semasa zaman purba untuk membantu masalah pencernaan dan gejala kesakitan ketika haid, batuk dan kahak. Ia bertindak merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, di mana mampu melegakan haba di musim panas dan lembap di samping memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)
  • Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino. ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
  •  Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  •  Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.
  • Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.

  •  Energizing Soy Protein adalah rendah lemak, tiada kolesterol. Tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.
   

Kebaikan Energizing Sor Protein (ESP)


  • Menjadikan uols kekal muda. Macam mana tu??? Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
  • Lagi??? Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • ESP juga boleh memulihkan Fungsi Prostat Lelaki. Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.
  • Untuk wanita yang cantik2 di luar sana, ESP  juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kemudian??? Boleh menjadikan kulit berseri dan anjal. Bagaimana??? Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera kepada uols tau... Caranya... ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Untuk uols yang risau dengan meningkatnya umur tu..Energizing Soy Protein mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. Juga boleh memperbaiki memori, menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Menarik kan???? 

OSTEMATRIX

Faedah Ostematrix

Menguatkan tulang ~ kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, serta sistem saraf. Ia turut merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas ~ Memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan stres ~ Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk serta stress.

Memperbaiki masalah haid ~ Pengambilan sebanyak 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh ~ Kalsium yang merupakan mineral alkalin berkesan untuk memastikan imbangan PH tubuh. Di samping itu ia turut menghalang obesiti sewaktu di umur tua.

Memperbaiki hiperaktif perut dan sakit gastrik 

Vitamin D ~ Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketimpatam tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondatal. Kepada vegetarian, golongan yang kurang terdedah kepada cahaya matahari sewaktu musim panas, atau sesiapa yang berumur melebihi 55 tahun perlu mengambil supplemen Vit D

Magnesium ~ Merupakan Ion positif no. 2 penting dalam tubuh. Sifatnya adalah menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Selain itu ia juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot di samping menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.
Dah sedia nak cuba? 

Jom PM/WhatsApp/SMS saya:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

No comments:

Post a Comment