Kelahiran yang Mudah

Assalamualaikum semua...

Minat dengan tajuk ini?
Kelahiran yang mudah..

Sebenarnya entri ini adalah pengalaman saya sendiri semasa melahirkan ketiga-tiga permata hati saya ini..


Tiba-tiba je dah besar!!! Hehehe..


Adakah ketiga-tiga mereka dikategorikan sebagai kelahiran yang mudah?
Alhamdulillah... walau apapun keadaannya saya bersyukur kerana diberi kemudahan semasa melahirkan ketiga-tiga mereka..

Kenapa saya katakan mereka adalah kelahiran yang mudah?
Ketiga-tiga mereka adalah kelahiran yang dirancang secara semulajadi..
Alhamdulillah, pelan ini diperkenankan oleh Allah SWT..

Jom kita baca kisah ini selanjutnya...

Danish Emran bin Khairul Anuar (2006)
Danish di Kidzania



Danish adalah anak yang baik semasa dalam kandungan lagi..
Semasa mengandungkan Danish mama kerja sebagai Paralegal di Sofian Syed Ahmad & Co, USJ.. tapi biasalah bila dapat Bos yang chinese...hmmmm.. mama tak tahan!!
Mama bising2 nak quit.. tapi papa sempat pesan, nanti kalau quit bosan kat rumah jangan nak suruh2 Papa balik awal kalau tengah banyak kerja! wahhhh... bunyi macam ganas jek!
Takpe cabaran disahut dan mama pun quit dengan 1 month notis...

Sebulan... oklah.. masuk 2 bulan dah boring!
Mula lah mencari-cari peluang kerja..
Tapi dah preggie kan, siapa yg nak ambil kerja? huhu...Sedey plak..
Tak apalah saya tahu, rezeki anak mesti ada..

Setiap pagi saya buat solat sunat Dhuha minta Allah tambahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk diterima masuk ke LLB(Hons).. Masa tu Course Coordinator En Bashir.. hmmm he was quite 'straight' orang kata... tapi kita doa minta Allah lembutkan hatinya... hehe..

Hmm alhamdulillah.. bila tiba masa untuk enrol, En Bashir call mama personally untuk join LLB (Hons) masa tu... nak tahu Danish berapa bulan dalam perut mama masa tu?
Hehe.. almost 7th month.. semua ni rezeki Danish..

Ada yang suh pospone dululah.. ada yang kata tak kesian kat baby ke lah...
Tapi hati ini tekad! Jom kemas barang!! Masuk hostel balik!

Hehe.. perot dah besar takkan nak berulang dari Seri Kembangan ke Shah Alam kan?
Rezeki orang mengandung (baby bump) pun kecik je, dapatlah diterima sebagai penghuni Kolej Melati...

Maka masuklah mama ke LLB (Hons) Group 1A dalam firm Idylla & Partners..
Jumpa balik Naem, Ez, Balun, dan kawan2 baru iaitu Sara, Zeti.. 
Dorg ni sangat membantu dalam setiap aktiviti.. 
Best sangat masa tu...
3 bulan mengharungi LLB Hons, segala kerja group project telah disiapkan dengan jayanya, hanya menunggu masa untuk Viva dan final exam..
Danish dijangkakan lahir pada 18/3/2006, tapi papa kata nak pastikan dia lahir sama tarikh dengan Birthday Papa iaitu 13/3... perasan!

Oh ya..sepanjang kehamilan, mama buat Antenatal check up dengan Dr Rahaya kat Klinik Panel UPM..
Memang best dan superb!!! 
Dr Rahaya punya scan ternyata benar..

Entah mengapa saya ni memang selalu ada instinct..
Petang Jumaat 10/3 tu, kelas Forensic Science Pak Midon (ASP Amidon Anan) dah cancel..
Jadi mama gagah la nak beli kek birthday utk papa konon nak celebrate in advance gara2 takut bersalin terawal dari yang dijangka..
Masa tu dok mengangkut sekali Aunty Marina & Aunty Reen ke Baker's Cottage dengan Kelisa kesayangan masa tu 'Mr Kiko'.

Petang tu balik la rumah nenek..
Malam siap boleh pergi Tesco Klang dengan papa sebab nak cari hadiah wedding Uncle Nan & Aunty Azna... masa kat Tesco dah terasa kebas2 kaki dah.. tapi still relax.. maklumlah 1st time tak tahu macam mana saat2  'teruja' tersebut.. Balik dari Tesco maka celebrate lah Birthday papa dengan kek yg dibeli petang tadi..

Esoknya lebih kurang pukul 5 pagi tu terasa sengal2 semacam je.. bagitau kat papa, papa kata relax dulu, lepas subuh kita pergi hospital sebab tarikhnya awal lagi.. huhu..
Jauh kot Hospital Putrajaya tu dari Kuala Langat..
Saya ingat masa tu orang kata kalau nak tahu dah dekat nak bersalin ke tak bawak mandi, kalau menggigil tu maknanya dah dekat lah tu.. hehe..
Ada ke mandi pagi2 buta yg tak menggigil?
Yang nyata memang menggigil lain macam masa tu...
Sakit 'sengal' tu dah makin kerap.. masa tu tak tahu itu namanya 'contraction' hik3...

Oklah lepas subuh nak gerak dah tetibe papa cakap nak makan kek semalam lagi lah..
Boleh??? mama rasa dah nak tercabut segala pinggang2 niha..
Layankan ajelah..

Lebih kurang 6.30pagi kami gerak dan sampai Hospital Putrajaya jam 7.20 pagi..
Check up, then Doc kata dan 7cm & dah tak lama katanya.. 
Doc suruh standby kat labour room terus..
Masa tercatat 8.29am dengan berat 2.59kg Danish Emran pun lahir lah ke dunia ini... 2 kali push, Danish keluar terus.. comel sangat! "Kaler pink baby ni," kata nurse masa tu.
Masa tu papa kat sebelah mama je sampailah Danish dilahirkan..
Papa azankan baby..

Sekejap je kan.. 
Danish lahir awal 7 hari dari due date mama...
Memang anak bertuah.. sepanjang 9 bulan 3 minggu.. langsung tak menyusahkan mama walaupun mama tinggal kat hostel dan seminggu sekali je jumpa papa...
Syukur Alhamdulillah... Masa tu dapat nurse yang muda-muda dan sangat baik hati..
Danish lahir sihat, dan tiada apa-apa masalah dan esoknya mama dah boleh balik rumah...
Maka haritu jugakla 1st time Mama & Papa jadi mama & papa Danish.. ;) 
Tak sempatlah nak pergi Wedding Nan & Azna.. BTW Birthday Danish & Anniversary Nan & Azna adalah sama :)


Sebulan selepas Danish lahir lahir, mama pergi ambil final exam dengan jayanya..
Dan keputusannya.. Alhamdulillah.. cemerlang juga!
Mudah kan?
Petuanya..sepanjang mengandungkan Danish saya akan pastikan setiap hari akan mengaji Al Quran walaupun 1 mukasurat..
Mathurat sentiasa dibaca sama ada selepas Subuh atau Asar..
Tujuannya untuk elakkan Danish diganggu oleh makhluk2 halus semasa dalam kandungan mama..

3 bulan pertama sentiasa baca surah Luqman, 3 bulan kedua sentiasa baca surah Yusuf dan 3 bulan terakhir sentiasa baca surah Maryam.. Redha suami juga sangat penting di sini..
Sentiasa doa dalam sujud akhir solat, suami ada di sisi semasa baby dilahirkan.. insya Allah... inilah kemudahan yang kita dapat..

Tidak perlulah amalan2 lain seperti minum air selusuh, melenggang perut atau minum air hujung rambut dsb... Pada saya itu semua bida'ah atau kurafat yang patut dijauhkan... 
Keredhaan Allah itu lebih penting dengan menjaga amalan-amalan kita.

Daniel Luqman bin Khairul Anuar (2009)
Luqman semasa buffet Ramadhan di PICC, Putrajaya

Semasa berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwaraya di Mahkamah Kajang (bersidang di Putrajaya) mama dan papa berhasrat untuk dapatkan adik untuk Danish.. kesian Danish takde kawan..
Alhamdulillah impian tertunai... mama mengandungkan Luqman...

Kali ni pun mama buat Antenatal check up dengan Dr Rahaya juga..
Seperti biasa Dr Rahaya punya scan memang tepat..

Sama macam Danish baby ni memang baby yg baik semasa dalam kandungan..
Masa masa berdiri setiap hari buat kes kat mahkamah, sikit pun tak rasa susah..
Kaki pun tak bengkak.. sesungguhnya Allah memang membantu hambanya yang lemah..
Tendang-menendang dalam perut tu biasalah..
Cuma masa tu dikhuatiri kena Diabetes sebab paras gula tinggi.. BSP 8.8 ha... inilah penangannya pagi-pagi minum neslo tabur kat kafe POJ tu.. kan dah kena!
Yang sebenarnya keturunan mak saya memang ada DM.
Apalagi dah masuk 8 bulan tu every 2 weeks kena buat check up kat Hosp Putrajaya..
Tak cukup dgn tu kena buat further test kat Klinik Panel lagi.. sampai Dr Rahaya bagi pinjam blood tester tu bawak ke rumah sbb kesian mama kena pergi 4X ke klinik dlm 1 hari utk buat test MGTT..
Keputusan akhir jam 10 mlm masih tak memberangsangkan iaitu 6.4.. Dah nangis dah masa tu takut..Dr kata kalau positif Diabetes kena induce... oh no!
Apa mama buat? Papa pun macam kesian..kitorang pun bersekongkol amil liquid paper dan tulis kat kad antenatal tu last read MGTT 5.7! hahaaaahhaaaa.....
Next week 5/2/2009, check up kat Hosp Putrajaya lagi Doc kata, ok dah tak perlu buat MGTT lagi.. horeyyyyy.. tapi Doc remind jugak kalau 21/2/2009 tu blm ada tanda nak bersalin kena induce...
Masa tu Doc Suhaila nama dia..
Dalam hati mama cakap "hmmmm takkan sampai nye tarikh tu, tengoklah nanti..."
Punyalah confident!!!


Masa tu Expected dua date adalah 21/2/2009..

Tapi pada petang Jumaat 6/2/2009 instict yg sama berulang lagi... rasa2 macam mama nak bersalin je esok... Instinct tu datang lepas mama selesai buat part heard petang tu..
Mulalah buat notes kat polis-polis mahkamah pesan itu ini bila mama dah cuti bersalin esok.. Dorg pun mulalah membebel.. "Puan ni jgn ngade-ngadelah...lambat lagi ni... Isnin kita blh pergi makan-makan lagi.. takyah risau lah pasal sambung bicara ni, pasal saksi bla..bla.. bla..."

Mama gelakkan aje lah... walaupun masa tu belum ada tanda nak bersalin. Mama kata kat dorg (Kpl Kak Ju, Sjn Kak Beah, dan Kpl Rosli) "ala...saya rasa esoklah tu saya bersalin... malas dah nak pergi check up kat Hospital Putarajaya tu..dah lah parking susah lepastu appoinment pukul 8.30pg tapi dapat jumpa Doc pukul 1.00tghari... " bosan tahap maksimum kot!

Esoknya, pagi Sabtu 7/2/2006.. mama rasa macam dah dekat rasa nak bersalin..
Rasa macam malas nak buat apa-apa sebab rasa sengal2 satu badan..
Instinct makin kuat mengatakan nak bersalin kut dah harini..
Mama cakap kat papa tak payahlah balik rumah nenek Danish haritu coz nanti jauh nak pergi hospital... tapi Papa ni anak yg baik, tak nak kecewakan nenek, diajak jugaklah balik rumah nenek kat Kuala Langat tu...
Pukul 7.30ptg gerak balik (nak maghrib dah masa tu) sampai rumah nenek almost 8.30mlm masih ada waktu maghrib, mama solat dan tunggu azan terus solat Isya'
Lepastu nenek panggil makan.. baru 3 suap makan..dah contraction, terus mama berhenti makan.. papa boleh gelak2 lagi ingat mama main2... ha.. kan dah kena marah dengan nenek!
MIL saya cakap "Eh isteri nko tu  jenis bersalin cepat, nko boleh gelak2 lagi sambil makan eh, pergi hospital sekarang" haahaa.. lawakya masa tu Danish nak ikot tapi nenek ajak dia cuci tangan dulu, sementara tu sempat lah mama & papa cilok keluar..sian Danish kena tinggal...

9.30mlm gerak dari rumah nenek, 10.30mlm sampai Putrajaya, boleh sesat pulak!
Tak jumpa jalan ke Hospital! Hadoiiilaaaa.... Dahla rasa nak tercabut segala pinggang ni..
Finally we reached the hospital at around 10.40mlm..
Sampai je terus check up, Doc Suhaila on duty..dia siap cakap lagi.. "Eh you yang datang check up 2 hari lepas kan?" heheeeehee. (dlm hati.. kan aku dah kata...) 

Pastu Doc kata blh terus standby kat labour room.. 4cm oredy..wow! 
Sama macam Danish...takyah tunggu lama2...wee....
Kali ni dapat nurse garang..dah berumur skett.. tanya sikit dia jawab marah2.. hmmm dh malam kot!
Papa ada je kat sisi mama masa tu..

Alhamdulillah pukul 1.02am masa tercatat, lahirlah Daniel Luqman ke dunia.. agak berat (sebab suspect diabetes tu ke?) ntahlah... berat Luqman 2.97kg masa tu... 2x push, keluar habis...
Officially adik kepada Danish Emran..heheee....
Papa azankan baby kat labour room yg sama dengan abang Danish buat kali ke-2..
Esoknya jam 6.30pagi, Doc yang oncall check up, dia kata dah ok boleh balik pagi ni...
Alhamdulillah... syukurrrrr sgt!!!
13 hari awal dari due date sebenar..

Sepanjang mengandungkan Luqman mama masih amalkan amalan yang sama macam
abang Danish jugak.


Aisyah Raihan binti Khairul Anuar (2012)

Hana semasa tunggu turn untuk berkatan dengan Dr Rahaya

Bila dah ada 2 boboi mestilah teringin nak gugurl... tak gitu?
Maka dengan itu mulalah mama & papa berkira2 nak dapatkan adik gugurl plak utk boboiboy kuasa 2 ni...

Alhamdulillah as we planned, Allah approved! Makanya mama pun mengandungkan Miss Hana ni..
MO yang sama, antenatal Check Up dengan Dr Rahaya lagi..
Kali ni Dr Rahaya scan 'Girl' katanya..

Tapi papa takmo percaya & takmo beri harapan tinggi... tunggu dululah katanya... blm confirm..
Sampailah bila buat 3D scan..bila dah jelas Girl barulah papa rasa seronok.. tak sabar2 nak letak nama Aisyah Humaira la.. Aisyah itu lah.. Aisyah inilah..
Aishhh.. mama yang mengandung papa pulak yang over eksaited!! haha...
Sebenarnya mama nak letak nama Damia Marissa... hmmm.. in your dream jelah nampak gayanya...
Abang Danish siap nak letak nama Hasya Amalin Sofea.. amboi!! Panjangnya nama...
Terpengaruh dengan budak cantik kat sekolah dia la ni... kih..kih..kih...

Masa mengandungkan Hana, mama kerja sebagai Senior Assistant Registrar kat Shah Alam High Ct masa tu...buat civil matter and getting up untuk hearing before YA Dato' Wan ...... memang bz memanjang, case management sampai kul 1.. petang prepare 2-3 profile lagi untuk interlocutory + full hearing.. tapi luncheon mmg tak pernah miss! haha...
luncheon aunty TT bawakla pergi makan merata Shah Alam tu.. cakap je nak makan kat mana, setia je aunty TT menemankan mama.. maklumlah baby girl! Asik nak makan yg sedap2 jek.. hahaa... masa tu kalau tak silap few times jugaklah makan kat Bagan, kan TT? Masa tu Aunty Dayah dah pindah, jd Mejastraight Bt. Gajah/Parit.. Kawan2 luncheon mama masa tu Aunty TT, Aunty Jessica, Aunty Sarulatha, Aunty Ng & Uncle Shahril...


Hana pun mcm abang2 jugak, tak susah nak jaga, 
Alhamdulillah mama sihat, Diabetes pun xde tanda.. dan segala-galanya OK
Then... mama dapat offer jd Part Time Lecturer kat UiTM, tempat mama belajar dulu..
Rezeki kan... Turun naik tanggan jugaklah kat fakulti tempat mengajar tu..
Dalam hati berbisik.. moga-moga mudah bersalin ni nanti....

Rezeki Hana memang elok sikit masa tu..
Mama & papa planned.. mama bersalin kat An-Nur dengan Dr Khamsiah.. dah lama berhajat..akhirnya tertunai..
So.. bulan ke 8 dah stop checkp dgn Dr Rahaya, then beralih ke Dr Khamsiah pulak.
Dr Khamsiah pun superb mcm Dr Rahaya..
Actually both of them kawan masa sama2 kat Hospital Az-Zahra dulu..
Dua-dua baik, dua-dua 'alim, dua-dua sangat menyenangkan.. pendek kata
deme berdua ni "Superb O&G Specialist"

Nak dijadikan cerita.. di akhir bulan yg ke-8, petang Jumaat, lepas maghrib mama mcm kena contraction..
Mama tak larat nak masak bagai, so papa beli je makanan kat kedai..
Balik dari kedai, papa suh mama siap2 terus ke hospital..
Apa jadi dengan abang-abang?
Hmmm... tinggal dengan Uncle Aznam & Aunty Zainah jiran depan rumah.. kesian..
Sampai je An-Nur dah 2 cm so Doc suh rest kat ward dulu..
Tapi lama-kelamaan sakit pun hilang..
Tengahari esoknya Dr Khamsiah check semula... dia kata "Inilah False Alarm"
Syukurlah tak bersalin lagi katanya sebab belum masuk 9 bulan..
So.. Dr Khamsiah bagi MC 2 minggu sampai tarikh mama start cuti bersalin iaitu 10/4/2012 (masa ni dah diberi kemudahan cuti bersalin 3 bulan dan boleh ambil 2 minggu awal dari tarikh due date)
Maka..berehatlah mama di rumah.. Due date hana masa tu adalah pada 29/4/2012.
Cerita seterusnya??? Tunggu...

Ok kita sambung...
Dalam tempoh 2 minggu tu, masa sempat lagi marking answer script students mama.. ramailah jugak dalam 43 orang...
Dah siap key in markah semua.. rehat lagi dan lagi...
Tiba-tiba Abg Danish kena chicken pox... kesian abang..
Lepas 4 hari chicken pox.. abang dah beransur pulih, tapi...
Angah luqman pulak menjangkit... Masa tu hari Isnin..
Mama ckp kat papa, amiklah cuti esoknya sbb mama dah penat jaga abang...
Selasa tu papa amik EL utk jaga angah Luqman.. 17/4/2012.
Yg bestnya, kitorang bukan duduk kat rumah, pergi Tabung Haji kat Bandar Baru Bangi la update buku akaun bagai..
Masa tu teringin plak nak lunch kat Perantau Hill di Sungai Merab sebab nak makan ayam kampung goreng panas...
Abang Danish siap tapau lagi..
Balik tu lebih kurang pukul 3 petang sampai rumah..
Rehat-rehat... lebih kurang pukul 4.20 petang mama rasa sakit pinggang pulak..
Seram plak nak kata yg tu contraction sbb dah pernah false alarm..
Mcm biasa request kat papa nk pergi hospital la..
Papa cakap tunggu lepas solat Asar.. Okey, mama relax dulu..
Kul 5.30 petang bergeraklah 4 beranak ke Annur.. OTW tu call atok Mi & opah Ta dorg utk tolong tgkkan abang-abang ni kejap.. 
Sampai hospital terus kena naik pergi labour room.. Masa tu pukul 6.30ptg dengan 4 cm..
Nurse kata Dr Khamsiah balik solat, nanti lepas Maghrib dia masuk balik..
Suspen plak mama takut tak sempat sampai...
Yg bestnya labour room kat Annur, selesa dan ada toilet kat dalamnya.. so papa dibenarkan solat Maghrib kat situ.. hehe.. papa ada jer ngan mama masa tu..
Oh ya... 1 lagi yang bestnya kat Annur tu.. dorg pasang CD bacaan Quran.. Memang tenang sangat walaupun hakikatnya rasa nak tercabut pinggang.. Kat tepi katil dah ditampal Doa "Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..." yang ini memang tak ada kat Hospital Putrajaya...seriussss..

Ada bidan yang standby kat situ, dia bagi petua kalau nak senang bersalin..
Masa nak push tu tarik nafas dan mengiring ke kiri then PUSH!!!
Memang menjadi.. Dr Khamsiah sampai pukul 8.15 mlm lebih kurang masa tu..
Mama pun try lah teknik tu.. dari 7 cm terus jadi 10 cm dan terus menerus minah mama tu keluar... apa lagi menjerit sekuat-kuat alam dia.. hehe.. Masa tercatat masa tu 8.30mlm... 17/4/2012.. awal 12 hari dari due date Hana..

Alhamdulillah... Dr Khamsiah kata, setakat ni, ini adalah kelahiran yang paling mudah kat sini.. "What a surprise lah kan.." apa-apapun ini semuanya kuasa Allah..
Kalau Dia nak bagi "Kun fayakun" lah... :)
Malam tu pukul 10.30mlm atok Mi & Opah Ta bawak abang-abang Hana datang Annur untuk tengok adik gugurl dorg..seronok bukan main...
Esoknya tengahari mama dah dibenarkan pulang...

Sepanjang mengandungkan Hana, mama masih amalkan amalan yang sama cuma ada penambahan sikit, kawan mama Aunty Fairuz (Lawyer masa mama chambie) bagi petua suruh baca surah At Taubah jugak... Maka ada 4 surah kesemuanya yang mama amalkan..

So.. guys.. apa lagi?
Mudah kan teknik-teknik ni..
Jom amalkan..




No comments:

Post a Comment