Sembelit semasa berpantang dan cara merawatnya

Pernahkah puan-puan menghadapi sembelit semasa berpantang?
Jika pernah, apa yang puan-puan lakukan sebagai cara merawatnya?
Mengikut pengalaman saya, ketika berpantang ketiga-tiga anak saya, saya akan menghadapin masalah sembelit ini.

Apabila merujuk kepada doktor, doktor hanya memberikan sejenis ubat minum yang berfungsi untuk melembutkan najis.

Adakah ia membantu?
Pada saya ianya kurang memberangsangkan.
Lalu saya pergi ke farmasi untuk mencari alternatif lain atau dengan mudah nak cari ubat lagi bagus dan cepat ‘settle’ masalah sembelit ini.

Pharmacist mengatakan orang yang dalam berpantang tidak boleh mengambil ubat yang lebih berat kerana menyusukan bayi dan dikhuatiri akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada bayi.

Ohhhhh… saya sungguh stress pada masa itu.. sakit kepala bukan kepalang!
Saya akui saya memang kurang minum air kosong dan tidak gemar memakan sayuran hijau.. pulak tu sepanjang berpantang asik nak minum MILO 3 in 1…

Errkk.. salah sendiri lah kan? Huhu…
Akhirnya saya bertemu dengan Pakar O&G dan beliau memberikan sejenis kapsul yang berbentuk peluru untuk melembutkan najis… barulah lega…

Oklah kat sini saya nak ceritakan sedikit bagaimana boleh berlaku sembelit semasa berpantang dan cara merawatnya kepada pembaca semua..
Semoga entri sembelit semasa berpantang dan cara merawatnya ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang berpantang mengatasi masalah mereka..
Jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan buasir tau!

Jom kita baca entri sembelit semasa berpantang dan cara merawatnya ini sepenuhnya…

Bagaimana sembelit terjadi

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit.
Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran.

Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Cara Mengelakkan Sembelit

  • Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.
  • Amalkan diet yang seimbang. Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari.
  • Pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan secara konsisten.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Pengambilan Jus Prun. 
  • Suplemen yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.
  • Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang sesuai kepada anda.
  • Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita selepas bersalin, tetapi jika ia berlarutan, maklumkan kepada doktor anda.
  • JIka tidak dirawat, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa. Krim dan minyak bole digunakan untuk mengurangkan simptomnya.
  • Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
  • Buasir-buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
  • Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.


Rawatan

  • Proses rawatan yang boleh dilakukan untuk peringkat awal adalah pemberian ubat melembutkan najis.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
  • Kaedah lain pula adalah kaedah Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation).
  • Selain itu, minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari. Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan menikmati makanan segera.
  • Jika makan di luar rumah, pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.


Selain dari cara merawat serta kaedah untuk mengelakkan sembelit seperti yang dinyatakan di atas, ibu-ibu juga digalakkan mengambil supplemen yang boleh membantu merawat sembelit ini. Supplemen ini adalah selamat dan ianya tidak akan menjejaskan penyusuan bayi.


Jom baca..


OSTEMATRIX




Faedah Ostematrix



Memperbaiki hiperaktif perut dan sakit gastrik 

Memperbaiki masalah haid ~ Pengambilan sebanyak 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil.


Menguatkan tulang ~ kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, serta sistem saraf. Ia turut merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas ~ Memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan stres ~ Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk serta stress.

Pengalkalian tubuh ~ Kalsium yang merupakan mineral alkalin berkesan untuk memastikan imbangan PH tubuh. Di samping itu ia turut menghalang obesiti sewaktu di umur tua.

Vitamin D ~ Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondatal. 

Magnesium ~ Merupakan Ion positif no. 2 penting dalam tubuh. Sifatnya adalah menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Selain itu ia juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot di samping menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.


ESP 


Manfaat Energizing Soy Protein (ESP)

  • Menjadikan wajah serta kulit kekal muda. Bagaimana? Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
  • Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • ESP juga boleh memulihkan Fungsi Prostat Lelaki. Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.
  • Untuk wanita yang cantik-cantik di luar sana, ESP  juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • ESP Boleh menjadikan kulit berseri dan anjal  dengan cara merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera kepada tubuh badan dengan cara membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Energizing Soy Protein mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. Juga boleh memperbaiki memori, menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Banyakkan manfaat kedua-dua supplemen ni?
Jadi tunggu apa lagi?

Untuk sebarang info, pertanyaan dan konsultasi info, hubungi:


No comments:

Post a Comment