Ujian APGAR


Selepas melahirkan bayi dan sebelum pulang ke rumah pastinya nurse akan memberitahu anda hasil ujian APGAR, betul tak?

Tahukan anda apa maksud ujian APGAR ini?

Ujian APGAR ini akan dilalui oleh setiap bayi yang baru lahir yang mana pemeriksaan akan dilakukan terhadap seluruh tubuh badannya.


Hana di awal kelahirannya

Skor APGAR ini bermula dari tahun 1952 oleh seorang Doktor Bius yang bernama Virginia Apgar.



Perkataan APGAR berasal dari:
  • Activity (aktiviti)
  • Pulse    (nadi)
  • Grimace (ekspresi muka)
  • Appearance (penampilan); dan
  • Respiration  (pernafasan)


Mengapa Ia penting?

Untuk melihat dengan cepat keadaan fizikal bayi baru lahir dan mengenali tanda-tanda pada badannya yang memerlukan rawatan segera.

Pemeriksaan ini akan dilakukan di bilik bersalin.


Jenis-jenis pemeriksaan

Warna Kulit

- Jika kulit berwarna biru atau pucat akan dicatatkan sebagai Skor: 0

- Jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu akan dicatatkan sebagai Skor: 1

- Jika keseluruhan badan berwarna merah jambu akan dicatakan sebagai Skor: 2


Kadar Pernafasan 

- Jika bayi keluar tidak bernafas akan dicatatkan sebagai Skor: 0

- Jika bernafas tetapi perlahan akan mendapat Skor: 1

- Jika bayi menangis dan terus bernafas akan mendapat Skor: 2



Degupan Jantung

- Ia dilakukan pada dada atau tali pusat. Jika masih tiada, akan mendapar skor: )

- Sekiranya degupan perlahan iaitu kurang dari 100 per minit akan mendapat Akor: 1

- Sekiranya degupan lebih dari 100 per minit akan dicatatkan sebagai Skor: 2



Tindakbalas terhadap tiub

- Bayi yang baru dilahirkan dipenuhi air, oleh sebab itu doktor akan menyedut tiub penyedut. Jika bayi diam semasa disedut, akan dicatatkan sebagai skor: 0

- Jika menunjukkan pergerakan mimik muka akan mendapat skor: 1

- Jika bayi akan batuk atau bersin akan dicatatkan sebagai skor: 2



Otot
- Jika otonya lembik, akan mendapat skor: 0

- Sekiranya ada pergerakan di hujung kaki tetapi badannya lembik akan mendapat skor: 1

- Jika kaki dan tangannya bergerak aktif akan mendapat skor : 2


Daripada ujian ini juga kita dapat menentukan tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan. Sekiranya tidak normal, ibu bapa haruslah merujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan segera!

1 comment:

  1. Info yg sangat bermanfaat. Tqvm krn dpt berkongsi ilmu dr blog ini.

    ReplyDelete