Hai…
Apa
khabar semua..hari ni saya nak berkongsi sedikit info atau tips berkenaan
dengan
penjagaan selepas bersalin secara pembedahan atau casearean..
Saya
pasti ramai di kalangan ibu-ibu di luar sana yang ada banyak pengalaman seperti
ini.
Dan begini...
Tapi sakit itu akan hilang seketika bila melihat wajah simanja macam ini kan???
Bersalin
secara pembedahan bukanlah semudah bersalin secara Spontaneous Vagina Delivery
(SVD). Ini kerana berpantang selepas bersalin pembedahan memerlukan penjagaan
yang sangat rapi di mana ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan atau
ditangguh untuk satu tempoh masa yang lama seperti berurut dan memakan makanan
yang keras contohnya. Ada beberapa
info dari Utusan Malaysia
(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130929/kn_02
Penjagaan-selepas-pembedahan#ixzz2oeycJm8i
@ Utusan Melayu (M) Bhd) untuk
dikongsi bersama di sini berkenaan dengan bersalin bagi kaedah pembedahan ini.
Jom kita baca..
Bagi
yang tidak mempunyai pengalaman bersalin secara caesarean, sebenarnya bersalin
caesarean juga sama seperti bersalin normal iaitu akan ada darah nifas selepas
bersalin. Hukum Islam menetapkan seseorang wanita hendaklah mandi hadas besar
apabila darah nifas telah kering sebelum hubungan kelamin boleh dilakukan dengan
suami.
Luka
caesarean biasanya akan sembuh sebulan selepas bersalin. Jadi, sebaik-baiknya
lakukan hubungan kelamin selepas 6-8 minggu selepas bersalin. Berkenaan adakah
hubungan kelamin selepas bersalin secara pembedahan caesarean akan sama seperti
sebelum mengandung, ia bergantung kepada faktor-faktor seperti perubahan
hormon. Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi sedikit masalah
disebabkan pengeluaran cecair (pelincir) di faraj yang berkurangan kerana badan
lebih fokus kepada pengeluaran hormon prolaktin untuk penyusuan bayi. Ibu juga
mudah mengalami keletihan kerana menguruskan bayi kecil terutama yang asyik
meragam pada waktu malam menyebabkan ada yang tidak cukup tidur.
Selain
itu, pasti ada yang merasa was-was dan takut luka caesarean akan terbuka atau
terasa sakit. Luka tersebut sepatutnya sembuh selepas sebulan. Tetapi jika anda
memang terasa sakit sewaktu hubungan kelamin, pergilah berjumpa doktor untuk
pemeriksaan lanjut. Anda boleh meminta doktor melakukan imbasan ultrabunyi (ultrasound
scan) pada bahagian luka caesarean untuk memastikan tiada sebarang masalah dan
komplikasi. Rasa sedikit ngilu pada tempat pembedahan caesarean adalah perkara
biasa.
Pengambilan
vitamin tambahan seperti kalsium (atau boleh juga gantikan dengan susu), multi
vitamin dan vitamin C sangat digalakkan untuk diambil selepas bersalin secara
pembedahan caesarean bagi mempercepatkan penyembuhan. Jangan terlalu berpantang
dan perlu mengelak daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
- B-Complex ~ Dapat membantu memberikan semula kesihatan kepada saraf serta dapat mengurangkan rasa stress (amat penting untuk mengelakkan dari mengalami meroyan). Klik di sini
- Vitamin C (Sustained Release) ~ Mencegah dari dijangkiti selsema yang dikhuatiri boleh menjangkiti simanja serta dapat mengelakkan ibu dari mengalami anemia. Klik di sini
- Zinc ~ Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan mengelakkan dari masalah keguguran rambut. Juga membantu menghilangkan kesan strech marks. Klik di sini
- Vita-Lea ~ Membentuk semula sel darah merah yang hilang ketika bersalin. Info lanjut klik di sini ya Klik di sini
- ESP ~ Menganjalkan perut dan tubuh menggelebar selepas kehamilan. Klik di sini untuk maklumat lanjut Info lanjut di sini
In sya Allah dengan izin Allah, moga-moga usaha kita ini mendapat restu dari Allah jua..
Macam best jer..macam nak jer... untuk sebarang pertanyaan/ info:
Hubungi Nurul 'Ain Abdul Rahim
Tel: 012-3530038
Email: Hanavitstore@gmail.com
Visit & LIKE us on FB: http://www.facebook.com/hanavitstore
Nice info. TQ
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Peranan suami semasa isteri berpantang
ReplyDeleteGood info sis. THx for sharing. benda bru i bljr. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.
ReplyDelete>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<