Alahan ibu mengandung

Mengandung dan alahan perkara yang jarang sekali dipisahkan..

Mengapa?

Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan, namun seringkali penyakit ini juga dikaitkan dengan wanita yang sedang hamil.

Antara simptom alahan ketika hamil ialah kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema, sakit perut, muntah, cirit-birit dan pening atau berasa keliru.

Imunologi Klinikal dan Pakar Alergi serta Pakar pediatrik, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, golongan wanita yang sedang hamil juga berpotensi untuk mendapat alahan sama ada secara sedar ataupun sebahagian daripada mereka tidak pernah mengetahuinya.

Faktor-faktor

Sejarah Keluarga
Bagi mereka yang sediakala mempunyai alahan atas faktor sejarah keluarga ia adalah perkara biasa bagi mereka, namun masih memerlukan rawatan dan pengawalan pengambilan makanan secara konsisten.

Alahan di awal kehamilan
Bagi wanita yang mempunyai gejala dan simptom seperti alahan semasa di awal kehamilan, tetapi belum dapat mengenal pasti keadaan tersebut, sebaiknya pemeriksaan awal perlu dilakukan dengan segera.

Pemeriksaan pada peringkat awal boleh membantu menyelamatkan kondisi ibu dan bayi dalam kandungannya melalui rawatan dan ubat-ubatan yang diambil.

Penyakit Sebelum Kehamilan
Bukan semua alahan mempunyai simptom seperti yang biasa dilihat, juga bukan semua wanita hamil mempunyai alahan kerana sebahagiannya mempunyai penyakit ini sejak sebelum hamil lagi.


Jeni-jenis Alahan

Alahan terbahagi kepada banyak bentuk dan keadaan. 


Perubahan Hormon

Sebahagian alahan terjadi kepada wanita hamil disebabkan berlaku perubahan hormon pada badan wanita tersebut.

Wanita hamil tidak boleh membuat andaian bahawa simpton seperti alahan yang mereka sedang alami adalah alahan, sebaliknya, langkah terbaik apabila mempunyai simptom ini adalah dengan membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti kesahihan penyakit tersebut.

Pemeriksaan untuk mengenal pasti penyakit ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui imbasan dan pemeriksaan darah.


Alahan kepada Makanan

Selalunya alahan kepada ibu mengandung disebabkan faktor pemakanan. Apabila ibu yang dikenal pasti mempunyai alahan disebabkan jenis pengambilan makanan seperti kacang dan makanan laut mereka akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan tersebut.

Melalui kajian dan garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan Eropah, masih belum terbukti bahawa ibu hamil yang menghidap alahan perlu mengelak daripada mengambil makanan berkhasiat seperti soya, gandum, kacang, makanan laut dan ikan kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan diri dan bayi.

Justeru mereka yang mempunyai alahan digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protien, karbohidrat dan nutrien.

Makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu selain memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi.



Alahan Di Awal Kehamilan

Namun begitu, jika si ibu mengalami alahan yang terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatannya, keadaan ini perlu diatasi dengan segera.

Sekiranya keadaan ibu yang mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilan sehingga menjejaskan kesihatan ibu, berkemungkinan ia memberi kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan bayi.



Asthma

Kawalan asma yang baik ketika hamil juga sangat penting bagi mengekalkan bekalan oksigen mencukupi kepada janin yang sedang membesar. Kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan tidak cukup berat mungkin disebabkan kawalan asma yang tidak baik.

Katanya, kebanyakan ubat untuk asma boleh diambil ketika mengandung dan tiada bukti ubat-ubat ini boleh meningkatkan risiko atau membahayakan janin.

Bagaimanapun doktor menyarankan pesakit asma yang hamil mengambil ubat pada dos paling rendah iaitu cukup untuk mengawal gejala penyakit itu saja.


Rujukan Asal:


Dengan Shaklee, terdapat beberapa cadangan supplemen bagi mengurangkan alahan seperti berikut:


Peppermint Ginger Plus






Vitamin ini terdiri dari 4 herba dari Barat dan Timur. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Kebaikan vitamin ini secara klinikalnya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Peppermint Ginger Plus


PUDINA
Melegakan otot perut, di mana sifatnya adalah sebagai penenang.
Ia juga membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat serta membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati serta cirit birit. Selain dari itu ia juga mampu membantu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah, hilang selera makan yan terjadi akibat rawatan kimoterapi. Sifat pudina juga adalah merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

HALIA
Halia bersifat merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan.
Ia juga melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan juga ketika berpantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia adalah berkesan sebagai remedi lain untuk merawat mabuk laut.

POKOK ADAS
Di Eropah, masyarakatnya mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia turut melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Jua boleh membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS
Telah digunakan oleh masyarakat di Mesir semasa zaman purba untuk membantu masalah pencernaan dan gejala kesakitan ketika haid, batuk dan kahak. Ia bertindak merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, di mana mampu melegakan haba di musim panas dan lembap di samping memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekarang...

Produk ini bukanlah untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh.


Sebarang pertanyaan adan konsultasi sila hubungi:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012~3530038
  • Hanavitstore@gmail.com

No comments:

Post a Comment