Punca Gagal Hamil


ANAK PERMATA HATI!!


Anda setuju dengan pernyataan ini?
Ya... saya memang setuju..
Namun bagaimana pula yang gagal mendapatkannya?
Apakah perasaan yang dihadapi oleh pasangan yang gagal mempunyai permata hati sendiri?
Rasa kecewa dan terguris hati pastinya akan bertamu lebih-lebih lagi kepada wanita apabila selalu diajukan persoalan "bila nak ada anak" oleh keluarga dan kawan-kawan.



Jom saya bawakan kepada anda semua maklumat tentang punca gagal hamil yang menghalang dari pasangan yang brekahwin mendapatkan zuriat sendiri.

Punca: Di kalangan  pasangan suami isteri yang subur, peratusan untuk berjaya hamil hanyalah sekitar 25 peratus, manakal 75 peratus lagi perlu sedaya upaya mencuba sebelum didapati hamil.

Justeru ramai yang masih mencari jawapan mengapa masih gagal juga hamil walaupun telah mencuba pelbagai cara dan memikirkan apakah puncanya.

Melalui pembacaan saya dari Majalah PAMA Edisi Feb 2009, terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti iaitu:


Bagi Wanita

Usia 
Peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil.
Apabila usia mancapai 30 tahun ke atas, tahap kesuburan akan menurun dari setahun ke setahun.

Usia dan tahan kesihatan pasangan
Tahap kesuburan lelaki juga memainkan peranan yang penting apabila usia meningkat.
Namun ianya tidaklah secepat golongan wanita. Ia akan mula menampakkan kesan apabila berusia 40 tahun ke atas.

Gaya Hidup
Faktor pemakanan yang, senaman, tahap stress, tabiat tidur adalah perkara yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Untuk hamil, kita kena pastikan siibu benar-benar sihat. Tabiat buruk seperti merokok, mengambil minuman keras perlulah dihentikan sebaliknya hendaklah mengamalkan diet yang seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

Stress yang melampau
Stress yang tidak ditangani sebaiknya akan menjadi faktor kepada kegagalan hamil juga. Ini kerana apabila kita terlalu komited dengan kerja, dan otak telahpun letih apabila balik ke rumah, ia mengganggu proses untuk hamil dengan berjaya.

Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian seluar panjang dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang jumlahnya berbanding pemakaian seluar yang longgar. Jadi kepada yang belum menimang cahaya mata digalakkan untuk menukar kepada pemakaian boxer.

Masalah hormon
Ada sesetengah wanita, mereka tidak mampu mengahsilkan progesteron yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Bagi mengelakkan masalah ini berterusan digalakkan untuk berjumpa terus dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bilangan Sperma yang redah
Setelah berusaha pelbagai tips di atas dan jika masih mempunyai masalah, golongan suami yang berkaitan perlulah membuat ujian sperma bagi mengetahui status mereka.

Pengambilan Kafein
Ada sesetengah orang akan mengambil lebih dari 2 cawan kopi bagi mengelakkan stress ketika kerja ataupun untuk menikmati suasana yang lebih tenang. Namun perlu disedari bahawa gejala tersebut boleh menyebabkan keupayaan hamil menjadi kurang. Ini kerana kandungan kafein yang terlalu banyak di dalam badan boleh menyebabkan gangguan kepada telur yang akan melekat di dalam uterus.

Secara kesimpulannya, sekiranya anda telah mencuba pelbagai tips dan panduan untuk hamil namun masih juga tidak berjaya, adalah disarankan untuk terus berjumpa dengna Pakar yang berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut. Telah banyak cara moden yang dipratikkan oleh Hospital bagi memenuhi impian pasangan yang berkahwin untuk mndapatkan zuriat mereka sendiri.


Lelaki

Masalah kekurangan sperma
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana jumlah sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi. Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi  bilangan sperma kurang daripada 15 juta sperma setiap mililiter air mani. Keadaan di mana langsung tiada sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”. Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps).

Saluran air mani yang mengalir daripada kilang testes mungkin rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki. 


Jenis-jenis Rawatan


Rawatan masalah kesuburan

Pelbagai jenis rawatan moden ditawarkan pada masa kini bagi mengatasi masalah kesuburan, antarnya:-

Intrauterine insemination (IUI), 
Invitro fertilization (IVF) 
Intracytoplasmic sperm injection (ICSI) 
Gamete intrafallopian transfer (GIFT). 

Ini adalah antara usaha yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Bagi muslim, proses-proses moden ini telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Tips Kesuburan

Di samping itu, suami dan isteri digalakkan juga mencuba supplemen yang boleh membantu meningkatkan kesuburan supaya langkah alternatif. Sebagaimana yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat di atas, saya mencadangkan beberapa vitamin yang sesuai sebagai usaha untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri. 




VITA-E COMPLEX

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif

Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Antioksida yang kuat
Pengambilan Vit-E lebih dari 1200 IU sehari boleh membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang serta melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia turut membantu memperbaiki masalah oksidasi, katarakak,  dan masalah penglihatan.

Kelestarian Tenaga
Pengambilan yang berterusan boleh meningkatkan daya seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Memperbaiki Arthritis
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran haid, merawat bahu kejang, pening, buasir serta sakit sendi.

ZINC-COMPLEX

Memperbaiki Masalah Prostat Lelaki

Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Membantu dalam Penghamilan
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Menyuburkan
Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan. Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Fungsi Biologi
Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Antioksidan
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Mempertingkatkan Sistem Imun
Pengambilan Zinc boleh membantu pengeluaran kalenjer thymus. Kalenjar ini Mempertingkatkan system imun dengan mengeluarkan T-cells bagi menentang kanser dan menghalang sebarang jangkitan penyakit.


*Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).


ALFALFA COMPLEX

Mencuci hati, darah dan usus ~ Alfalfa adalah sangat beralkali yang boleh membantu memulihkan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan alahan ~ Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan penyakit ulat air dengan berkesan.

Ia juga baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut ~ memperbaiki masalah saluran peghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulcer gastrik, hepatitis dan sembelit.

Menyingkirkan lemak dan kolestrol~ kajian klinikal telah membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Kalau uols nak tahu alfalfa mengandungi sapojin yang berfungsi sebagai span yang boleh bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Melegakan keletihan ~ membantu kita kekal bertenaga supaya cergas sepanjang hari

TAPI...kena ingat!!!
  • Alfalfa tidak sesuai untuk orang yang sedang bertarung dengan kanser
  • Juga tidak sesuai utk pesakit Auto Immune Diseases seperti SLE.
  • Juga tidak sesuai untuk individu yang baru menjalani pemindahan organ terutama hati.
  • Tidak sesuai juga untuk pesakit Diabetes kerana boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah (mungkin boleh pengsan).
  • Tidak sesuai juga untuk pesaki jantung kerana ia boleh memekatkan darah.
Maknanya.. Alfalfa ini hanya bermanfaat pada segelintir orang sahaja..


GLA COMPLEX

Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia boleh merawat ulcer, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina tau...

Mengawal selia Estrogen dan Tetosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita serta dapat memperbaiki simpton PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan juga sakit payudara.


Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, serta depression. Pengambilan yang berterusan mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, menjadikan kulit lebih muda.


Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.


Menentang kanser - GLA berfungsi sebagai anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Jadi GLA juag boleh meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Menghalang tekanan darah tinggi - GLA mampu menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction.

Menarik tak entri Punca Gagal Hamil ini?

Semoga entri Punca Gagal Hamil ini memberikan satu inspirasi baru kepada kita semua supaya lebih berfikiran terbuka selepas ini ya.. :)



    Untuk sebarang info, pertanyaan dan konsultasi info, hubungi:


    No comments:

    Post a Comment