Tips hantar anak kes sekolah kali pertama



Hai...
Bersua lagi..

Masih dalam dilema untuk menghantar anak ke sekolah tadika?
Risau mereka akan menangis seharian tanpa ada yang memujuknya?

Janganlah sampai begitu..
Dah tiba masanya mereka membiasakan diri dengan kawan-kawan dan peraturan..
Ia sebagai persediaan sebelum ke sekolah kebangsaan yang lebih banyak cabaran nanti..

Displaying photo.JPG

Displaying photo.JPG

Jom kali ni saya nak kongsikan Tips hantar anak kes sekolah kali pertama dengan pembaca semua yang telah saya amalkan untuk anak-anak syurga saya.. 
Alhamdulillah, setakat ini sudah 2 orang yang pergi ke sekolah tadika tidak diiringi dengan air mata.. hehe.. :)


Tips hantar anak kes sekolah kali pertama

1) Meninjau Tadika sebelum sesi persekolahan bermula.

2) Kenalkan tadika serta suasananya melalui gambar-gambar di majalah atau internet.

3) Bawakan cerita-cerita tentang keseronokan di tadika. Beritahu juga mereka bahawa di sana ada ramai kawan yang boleh bermain bersama anak kita.

4) Oh ya.. kenalkan kepada bakal guru anak juga.

5) Jangan lupa sediakan persediaaan persekolahan mengikut bajet kita supaya ia dapat menarik lebih minat untuk anak ke sekolah.

6) Ibu bapa perlu bantu anak-anak untuk menesuaikan dengan situasi baru mereka ini.

7) Penting juga maklumkan kepada guru anak kita, tentang personaliti anak seperti pemalu, pendiam atau sukar memberi tumpuan. Mudah-mudahan guru akan dapat beri lebih perhatian kepadanya kelak.

Selamat mencuba Tips hantar anak kes sekolah kali pertama ini..
Semoga ia mendatangkan manfaat kepada kita semua...

Bye! :)

No comments:

Post a Comment