Tips bayi tidur lena
Hai...
Anak anda selalu tidur tak lena?
Jadi mereka selalu meragam, betul?
Mencari tips bagaimana untuk membolehkan bayi tidur lena?
Jom kita baca Tips bayi tidur lena ini..
Urutan
Urutlah bayi anda dengan urutan asa iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan.
Ia petua yg sangat berkesan untuk membantu mereka tidur dengan lena. Lebih sesuai dilakukan selepas memandikan bayi.
Mendodoikan anak dengan lembut
Bayi akan berasa selesa apabila berada di dalam dakapan ibunya. cuba dodoikan bayi sehingga dia terlena.
Menggosok/ tepuk
Gosokkan perut bayi secara berirama untuk memberikan rasa lega, dan ini akan mudah membantu mereka cepat lena. Gosokkan perlulah lembut dan konsisten untuk mengelaj mereka terganggu dan terjaga.
Dukung Pada Bahu
Letakkan pada bahu anda untuk berikan mereka keselesaan sambil nyanyikan lagu atau nasyid dengan nada yang lembut.
Balutan
Bila mendapati bayi sukar untuk tidur, dapatkan selimut nipis dan balut mereka (berbedung).
Pastikan jangan terlalu ketat. Ia boleh memberikan keselesaan kepada bayi dan mereka akan merasa selamat.\ dan dapat tidur dengan lena.
Dukung Muka ke bawah
Seperti meniarap. Ini sesuai dilakukan ketika perut bayi merasa tidak selesa seperti kekembungan angin. Letakkan dagu dan pipi mereka di lengan anda.
Cahaya Suram
Letakkan bayi di dalam katil bayi, dan pasangkan lamputtidur yang bercahaya suram. Ini akan mempengaruhi mereka untuk cepat lena.
Beri makan awal
Beri makan awal sebelum waktu tidur mereka. Bila telah kenyang bayi akan mudah tidur.
Rutin Waktu tidur
Tetapkan waktu tidur bayi dan konsisten dengannya seperti antara pukul 8.00 dan 9.00 malam.
Ribakan baby
Ribakan bayi semasa anda duduk bersila dan goyangkan paha anda. Mereka akan berasa selesa dan cepat menguap dan menggosokkan mata. Jangan sesekali mekasa mereka untuk tidur sebelum masanya.
Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu anda semua.. :)
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment