Down Sindrom

Bila kemana-mana kadang-kadang kita lihat ada sebilangan ibu bapa yang tidak kisah untuk membawa anak mereka yang dikategorikan sebagai Sindrom Down.
Besar sungguh tanggugjawab serta pengorbanan mereka dalam membesarkan anak yang kurang sempurna ini..

Ya, seperti kata Prof Dr Muhaya, “Jika kita fikir positif, maka ia akan jadi positif”
Jadi..saya berbangga dengan ibu bapa yang mempunyai anak  Sindrom Down yang sentiasa berfikiran positif ini dan tabah menghadapi ujian daripadaNya..
Walaupun mempunyai anak Sindrom Down, ia juga adalah permata hati kepada pasangan yang memiliknya.. hanya Allah sahaj yang tahu apa yang direncanakan untuk keluarga tersebut… wallahua’lam…

Bercakap mengani Sindrom Down ini, mari kita kongsikan bersama info-info yang sangat bermanfaat dan berkaitan dengannya..

Jenis Sindrom Down

Terdapat beberapa jenis Sindrom Down dan ada yang tidak menunjukkan tanda fizikal di awal kelahiran.

Menurut Persatuan Sindrom Down Malaysia, dianggarkan 50,000 individu Sindrom Down, dengan satu kes bagi setiap 800 kelahiran.

Ada di antara mereka memiliki tanda Sindrom Down kronik dan ada tidak menunjukkan tanda di peringkat awal.

Umur anak turut berbeza; dari satu bulan hingga berumur lewat dua puluhan.

SimptomSindrom Down selalunya dikaitkan dengan masalah pembelajaran, perkembangan fizikal lewat, kecacatan muka dan kelemahan otot di peringkat awal.

Ramai individu Sindrom Down mempunyai masalah jantung berlubang, leukemia, Alzheimer, masalah gastro-usus dan isu kesihatan lain.

Terdapat beberapa ciri fizikal ketara bayi Sindrom Down, termasuk profil muka rata, mata sepet, kelopak mata luar biasa, jambatan hidung rata, lidah menonjol, telinga kecil, kedut tunggal pada tapak tangan, kecil anggota badan dan kepala kecil.

Bagaimanapun, seperti kanak-kanak yang lain, pesakit Sindrom Down mempunyai kemahiran serta bakat yang istimewa.

Punca

Punca sindrom downSindrom Down berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan, status sosial ekonomi dan gaya hidup.

Faktor genetik banyak mempengaruhi risiko Sindrom Down.

Punca sebenar Sindrom Down tidak diketahui. Ia bermula dengan kromosom tidak normal semasa pembahagian sel awal embrio.

Mengikut kajian perubatan moden masalah mungkin berkaitan dengan:

  • Genetik
  • Pendedahan kepada pancaran Sinar-X
  • Jangkitan virus
  • Ubat-ubatan yang kuat
  • Masalah hormon dan imunologi
  • lmur ibu (Peningkatan umur ibu)
  • Sindrom Down adalah masalah DNA hasil gangguan kromosom yang menyebabkan perbezaan fizikal dan kognitif. Ia adalah gangguan genetik yang berlaku dalam satu daripada 800 kelahiran. Setiap sel badan normal mempunyai 46 kromosom, tetapi pesakit Sindrom Down mempunyai 47 kromosom dalam setiap sel.


Terdapat tiga jenis Sindrom Down: 


Sindrom Down Trisomi 21:
Ini paling biasa di mana tiga nombor 21 kromosom ditemui bukan dua. Hasilnya, setiap sel dalam tubuh pesakit mempunyai 47 kromosom dan bukan 46 kromosom.

Sindrom Down Translokasi

Terdiri dari empat hingga lima peratus Sindrom Down. Dalam jenis ini, tambahan kromosom 21 termasuk dalam kromosom lain dalam setiap sel, biasanya di kromosom 14, 21 atau 22. Ia boleh berlaku secara spontan atau diwarisi. Jika salah seorang pembawa, terdapat peningkatan risiko anak Sindrom Down.

Sindrom Down Mosaic

Paling jarang berlaku. Terdiri daripada satu peratus kejadian. Dalam jenis ini, sesetengah sel mempunyai satu kromosom tambahan (47) dan lain-lain mempunyai bilangan normal.
Kerana hanya sel tertentu terlibat, kanak-kanak itu mungkin kurang terjejas kognitif dan fizikal. Jenis ini disebabkan kemalangan pembahagian sel dalam perkembangan embrio dan berlaku kesilapan dalam salah satu pembahagian sel pertama selepas mengandung.
Kesan sindrom down dianggarkan lebih 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kecacatan jantung kongenital (jantung berlubang) semasa lahir.
Kira-kira 10 peratus bayi Sindrom Down mengalami usus tersumbat dan memerlukan pembedahan.
Rawatan moden untuk Sindrom Down melibatkan banyak aspek terapi terutama dari segi pendidikan khas dari awal.
Objektif rawatan adalah mengurangkan tekanan keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit berdikari.

Rawatan

Buat masa ini, tiada rawatan tunggal mampu merawat Sindrom Down.
Contoh rawatan seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga. Ahli keluarga terutamanya ibubapa diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak Sindrom Down.

Selain itu, guru terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak Sindrom Down mendapat pendidikan sesuai.

Rawatan menggunakan ayat Al-Quran menurut pandangan Islam, pertumbuhan janin ada sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna.

Pada peringkat embrio jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya tidak.

Bagi rawatan secara Islam, Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah contohnya , keluarga pesakit Sindrom Down akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa untuk memohon penyembuhan.

Ayat tersebut adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55 Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Surah As-Soffat ayat 66 hingga 140

Semoga info yang bermanfaat ini dapat membantu menambahkan pengetahuan kita semua.. :)

No comments:

Post a Comment