Teknik mengetahui sebab anak meragam

Hai...

Bertemu lagi dalam perkongsian saya pada kali ini iaitu Teknik mengetahui sebab anak meragam.

Anda mempunyai anak yang berumur sekitar 1 ke 2 tahun?

Kadang-kadang anak-anak meragam kita hilang punca sebab tak tahu apa yang dia nak kan?
Ada masa-masa tertentu bila balik dari kerja dan penat kita pun jadi naik hantu, betul tak?

Mari kita ubah cara tersebut... Anak-anak yang masih kecil mereka tak tahu bercakap, oleh sebab itu mereka akan meragam untuk memberitahu sesuatu kepada kita.
Apa kata kita baca entri Teknik mengetahui sebab anak meragam ini sehingga habis dan lepastu mungkin ia boleh jadikan panduan untuk kita semua..

Jom !!

Inginkan Sesuatu
Sikecil mula menangis. Perut tak kembung, diaper dah ditukar tapi masih tidak berhenti menangis.

Perhatikan tangan mereka. Jika dia menggenggam tangan dan membukanya, kemudian menggoyangkan kepalanya atau menolak kita jika melakukan apa yang dia tak suka, cari sesuatu yang disukainya. Berikan padanya dan lihat bagaimana reaksinya.

Nak Makan
Sikecil akan menunjukkan makanan di atas meja.
Jika kita tanya sama ada nak makan atau nak minum, dia akan bertindakbalas dengan mengangguk atau menggoyangkan kepalanya.

Elakkan dari memaksanya makan, jika dia tak mahu lagi, alihkan makanan tersebut darinya.

Ketakutan
Sikecil akan menangis apabila berhadaan dengan sesuatu yang menakutkannya.
Perhatikan wajahnya, dari riak mukanya kita boleh nilau sama ada dia sedang gembira, gelisah atau ketakutan.

Untuk mengatasi masalah ketakutan itu, peluk dia dan dakap untuk beberapa ketika sehingga dia berasa tenang, gembira dan selamat. Beritahu dia yang dia selamat bersama kita.

Rasa Marah
Sikecil apabila sayang kepada kita, dia akan datang dan memeluk kita. Namun apabila dia berasa marah, mereka akan menunjukkan emosi seperti melempar barang mainan dan memukul kita.

Pergi kepada dia, dakap serta tahan perasaannya sambil bertutur dengan penuh kasih dan sayang.
Jika dibiarkan mereka bersendirian, dia akan terus meragam sehinggalah keletihan dan tertidur.

Resah ditinggalkan dengan Pengasuh Baru
Apabila mereka berasa risau mereka akan membenamkan kepala ke bahu kita dan menangis.

Kebiasaannya mereka akan berbuat begitu setiap kali ditinggalkan apabila kita pergi bekerja.Jadi mulakan bermain-main sembunyi-sembunyi untuk memahamkan mereka kita akan pergi dan kembali semula kelak,
Untuk lebih tenang, bawakan mainan kesukaan mereka supaya dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada mereka.

Tidak Mahu Berkongsi Barang

Ini biasa terjadi di kalangan kanak-kanak apabila tidak mahu berkongsi barangnya dengan kanak-kanak lain.

Cuba alihkan perhatian mereka dengan menunjukkan kanak-kanak lain yang sedang berkongsi barangnya dengan kanak-kanak yang lain. Puji kanak-kanak tersebut dan katakan padanya kita akan turut memujinya jika dia pun berkelakuan seperti kanak-kanak tersebut.

Ingin Tidur
Apabila dah jemu dengan permainan yang sedang dimain mereka mula membuat perangai.
Pada masa yang sama, dia akan meggosok-gosokkan matanya dan meguap beberapa kali.
Namun mereka masih terus bermain dengan permainan tersebut.

Pujuk dia dan bagitahu sekarang masanya untuk tidur dan bawa dia ke bilik air untuk mencucimuka dan kaki, dan bacakan cerita untuknya.. Pastikan suasana suram dan lampu tidur sahaja dinyalakan..

Semoga Teknik mengetahui sebab anak meragam ini dapat manfaatkan anda semua! :)

No comments:

Post a Comment