Hai..
Jeans tak muat ke?
Malas nak beli yang baru?
Nak diet?
Ha...jangan sampai tak makan pulak.. hehe..
Dietlah dengan cara yang betul ya.. Bukan apa, nanti diet tak menjadi penyakit lain pulak yang kita dapat.
Kat sini saya nak kongsikan TUJUH Kesalahan Diet yang patut dielakkan supaya tidak berlaku gejala yang berbahaya kepada tubuh badan kita
Meninggalkan Sarapan Pagi
Kegagalan mengambil sarapan pagi akan membuatkan diri merasa kelaparan sepanjang hari.
Akibatnya kita akan terdorong untuk mengambil makanan berulang kali.
Sarapan pagi adalah penting dengan mengambil makanan yang tinggi protein dan serat kerana ia mampu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Tidak melakukan senaman
Pengawalan makanan dan dan senaman mestilah seiring untuk memastikan diet yang dirancang berjaya dan ini akan membuat penurunan berat badan dengan lebih cepat.
Hanya menahan lapar tanpa senaman tidak memberikan apa-apa manfaat kepada tubuh badan.
Pengambilan Makanan
Akibat terlalu memilih makanan, kadang kala kita terjebak dengan tabiat mengambil makanan yang kelihatan ringan tapi sebenarnya tinggi dengan kelori. Sebagai contoh kuih ataupun aiskrim sahaja untuk mengalas perut.
Banyak Makan Makanan Rendah Lemak
Makanan rendah lemah tidak semestinya boleh menurunkan berat badan. Ini kerana makanan rendah lemak bukanlah bermaksud rendah kalori. Justeru amatlah tidak digalakkan mengambil makanan rendah lemak dalam kuantiti yang banyak. Ia boleh menaikkan berat badan jika tidak dikawal.
Minum minuman berkalori
Minuman yang bergas, jus buah, minuman beralkohol serta beberapa jenis minuman berkopi adalah tinggi kalorinya. Kadangkala minuman sebegini boleh membuatkan kita cepat merasa lapar.
Kurang Minum Air
Minum air putih atau air kosong adalah yang terbaik. Jika kekurangannya boleh menyebabkan badan menghadapi dehidrasi yang mana secara tak langsung boleh menyebabkan penurunan metabolisme tubuh badan kita. Dengan demikian, penurunan berat badan akan menjadi perlahan. Kajian menunjukkan orang dewasa perlu meminum 8 gelas air setiap untuk membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jika berasa lapar lebih elok minum air kosong terlebih dahulu kerana mungkin badan kita kekurangan air dan bukannya lapar makanan.
Menimbang Berat Badan Setiap Hari
Elakkan menimbang terlalu kerap kerana ia akan membuatkan diri rasa tertekan. Cukup sekadar seminggu sekali untuk melihat perubahannya. Oh ya.. jangan pula menetapkan berapa yang perlu dikurangkan daam setiao minggu kerana ia boleh menyebabkan diri kita menjadi stress!!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment