Cyst dan Wanita


Sejak kebelakangan ini, ramai wanita gagal hamil kerana mengalami gangguan Cyst pada rahim mereka. Umpanya Cyst dan Wanita telah menjadi fenomena pula. Sedangkan wanita pada zaman dahulu jarang-jarang sekali mengalami masalah seperti ini. Hal ini terjadi kepada wanita yang belum atau telah berkahwin.

Perkara ini membuat banyak pasangan yang telah berkahwin menemui jalan buntu apabila cyst yang telah dibuang namun muncul semula beberapa bulan selepas itu.

Ya, cyst sebenarnya mempunyai akar dan ia bersifat hidup. Cyst juga mempunyai pelbagai rupa dan jenis.

Oleh sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca semua mengenai topik ini Cyst dan Wanita ini supaya kita semua mempunyai kesedaran terhadapnya.

Mudah-mudahan entri Cyst dan Wanita ini banyak memberikan manfaat kepada kita semua.



CYST DAN INFO BERKAITAN


Dermoid cyst ovary

Sista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.



Jenis-jenis Cyst

Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.

Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.

Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.
Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita tetapi paling kerap ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.

Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.

Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.

Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.

Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.


PCOS

Sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.

Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.

Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.

Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.

Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.

Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.

Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.

Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.
Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.

Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.

Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.


Rawatan

Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.

Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.

Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid.

Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.

Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.


Supplemen yang dicadangkan untuk membantu mematikan akar cyst

VITA A- CAROTOMAX


  
Melawan Kanser & OksidasiPengambilan kerap beta karotina mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Jadi ini bermakna Carotomax juga berfungsi untuk menghalang pembentukan sel-sel kanser. Lebih spesisfik ia boleh mengurangkan risiko kanser terutama kanser paru-paru dan payudara. 

Kandungan Carotomax

Alpha Carotene ~ untuk membantu penglihatan malam kita, di samping menyihatkan mata serta menghalang degenerasi penglihatan.

Beta Carotene ~ Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Juga boleh mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

Lycopene ~ Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ. Bagi wanita2 di luar sana ia boleh menyihatkan serviks, menjaga kitaran jantung dan meningkatkan sistem imun.

Astaxanthin ~ Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL.

Lutein ~ Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaukoma.

Zeaxanthin ~ Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Juga boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan juga serviks.

VITA-C


Bagaimana ia bertindak?

1) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

2) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

3) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.




Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

VITA- E


Manfaat Vita-E kepada kita

Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Antioksida yang kuat
Pengambilan Vit-E lebih dari 1200 IU sehari boleh membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang serta melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia turut membantu memperbaiki masalah oksidasi, katarakak,  dan masalah penglihatan.

Kelestarian Tenaga
Pengambilan yang berterusan boleh meningkatkan daya seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Menghalang Keguguran
Merawat Musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra-haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Telah menjalani ujian klinikal untuk menghalang kematian janin serta keguguran.

Supplemen ini bukan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh dapatkan dari Hanavitstore melalui PM/SMS/WhatsApp/Email di:
  • Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
  • 012-3530038
  • Hanavitstore@gmail.com



No comments:

Post a Comment