Assalamualaikum
semua..
Suka saya
untuk berkongsi dengan anda semua beberapa info penting tentang ubat,
ubat-ubatan herba dan juga makanan tambahan/vitamin
(Diet supplementary).
(Diet supplementary).
Jika kita lihat sekarang ini pelbagai ubat, ubat-ubatan herba dan makanan tambahan/vitamin
berada di pasaran bagaikan Cendawan tumbuh selepas hujan. Ada produk yang baru keluar terus naik dan meletops! Ada yang makan sehari dua dah baik dari sakit, dan ada juga yang diambil untuk tujuan cepat cantik dan cepat langsing, betul kan?
Sebagai seorang Muslim, bagi yang suka mengkaji sebelum mengguna, ia adalah satu bonus!
Ia adalah sebagai satu langkah keselamatan untuk memastikan sesuatu ubat/vitamin atau ubatan herba tersebut didatangkan dari sumber yang halal dan bebas dari sebarang racun yang boleh merosakkan organ dalaman badan mahupun luaran kita.
Sebagai seorang Muslim, bagi yang suka mengkaji sebelum mengguna, ia adalah satu bonus!
Ia adalah sebagai satu langkah keselamatan untuk memastikan sesuatu ubat/vitamin atau ubatan herba tersebut didatangkan dari sumber yang halal dan bebas dari sebarang racun yang boleh merosakkan organ dalaman badan mahupun luaran kita.
Jadi
bagaimana pula dengan golongan yang cuai atau sekadar mendengar testimoni dari
kawan-kawan atau sedara mara pula? Ya, inilah keburukannya.. Golongan ini
selalunya mudah terpengaruh, tidak mengkaji lantaran mengambil
ubat/ubatan-ubatan herba atau vitamin tidak mengikut sukatan yang betul dan
kadangkala telah mendatangkan kesan yang sangat tidak baik kepada tubub badan
kita. Malah adalah lebih malang apabila ia boleh merosakkan buah pinggang.
Natijahnya, ia akan membuatkan orang lain pula takut untuk mengambil apa-apa
vitamin atau ubat-ubatan yang sepatutnya apabila mengalami simpton atau sakit
yang sama dengan golongan ini tadi.
Justeru
itu, amat perlu bagi kita untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli
farmasi yang diiktiraf bagi mendapatkan cara serta penggunaan ubat-ubatan/ ubat
herba atau vitamin yang betul dan sesuai untuk tubuh badan kita. Ianya juga
bagi memastikan supaya badan kita tidak mempunyai dos yang berlebihan pada
satu-satu masa.
Oleh sebab
itu dari pembacaan dan penyelidikan saya telah membuatkan diri ini terpanggil untuk menulis berkenaan perkara-perkara ini di bawah satu tajuk KAPSUL ILMU HARI INI sebagai wadah yang sangat bermanfaat kepada kita semua.
Mari kita kongsikan beberapa info berkenaan dengan ubat, ubat-ubatan herba dan vitamin ini.
Mari kita kongsikan beberapa info berkenaan dengan ubat, ubat-ubatan herba dan vitamin ini.
Ubat ialah
dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit.
Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan;
(1) Tanpa preskripsi (OTC - Over the
Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar
raya tanpa sebarang halanga; dan
(2) Dengan preskripsi, iaitu ubat yang
dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk
kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun,
perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang
perundangan.
Ubat
selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah
dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan
melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak
berpaten, dipanggil ubat generik.
Langkah-langkah sebelum mengambil ubat:
Pemberian Maklumat
Ahli
Farmasi perlu mendapatkan maklumat lengkap supaya nasihat yang betul dapat
diberi. Oleh itu, sebelum mengambil ubat, anda perlu memberitahu doktor/ahli
farmasi maklumat berikut:
- Apakah simptom penyakit yang anda hidapi dan berapa lama sudah dialami.
- Sekiranya anda telah berjumpa dengan pengamal perubatan.
- Semua jenis ubat dan pemakanan tambahan yang diambil termasuk ubat dengan atau tanpa preskripsi.
- Sekiranya terdapat sebarang alahan terhadap ubat, makan atau bahan-bahan lain.
- Sekiranya merokok, minum arak atau tabiat bersenam.
- Sebarang pemakanan khusus yang diamalkan: kurang gula, kurang garam atau pemakanan untuk mengurangkan atau meningkatkan berat badan.
- Sekiranya hamil, merancang untuk hamil atau menyusukan bayi.
- Sejarah penyakit keluarga.
- Baca Label Ubat
- Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:
- Nama anda
- Nama dan kekuatan ubat
- Manakala arahan cara memakan ubat adalah seperti:
- Menjaga kuantiti dan kekerapan penggunaan ubat yang perlu diambil sebelum, selepas atau bersama makanan.
Langkah
berjaga-jaga seperti jangan mengambil ubat bersama alcohol dan minuman bergas /
berkarbonat dan makanan pedas, berasid dan beralkali kuat dan tinggi.
Secara
amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk
mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut secara terus.
Sesetengah
ubat, contohnya Penicillin perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan
boleh mengganggu keefisyiensi penyerapan ubat.
Sila
bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Arahan
dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut:
AMBIL SEBELUM MAKAN
Ambil
ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam
selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat
bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut,
maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda
terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan
ketika perut kosong.
AMBIL SELEPAS MAKAN
Ambil
ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.
AMBIL BERSAMA AIR
Ambil
ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan
mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali
dengan arahan doktor/ ahli farmasi.
JANGAN KUNYAH, TELAN
UBAT SEPENUHNYA
Sesetengah
ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur
dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak
sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai
kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan
ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.
AMBIL SELEPAS ATAU
BERSAMA MAKANAN
Sesetengah
ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama
makanan.
AMBIL UBAT PADA MASA
DITETAPKAN
Sekiranya
anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut
walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat
jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya
mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis
dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria
tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik
yang lain perlu digunakan.
BOLEH MENYEBABKAN
MENGANTUK. (JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN
MESIN)
Sesetengah
ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat
sebarang keraguan.
JANGAN AMBIL UBAT
DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA
Perkara
label seperti ini penting bagi mengelakkan pengguna ubat boleh tersilap dari
menggunakan ubat yang sepatutnya digunakan selain mengelakkan berlaku
penyalahan penggunaan dos ubat serta mengelakkan kemalangan ditempat gelap.
Ubat biasa:
Ubat
anti diabetic, Ubat
asma, Ubat
batuk, Ubat
pelega cirit-birit, dan
Penyembur
salur nasal
Jenis-jenis
ubat psikiatrik ialah:
Barbiturat, Trankuilizer, Antidepresen, dan Stimulan
Jenis-jenis ubat
antibiotik ialah:
Penisil dan Streptomisin
Jenis-jenis ubat
analgesik ialah
Aspirin dan Parasetamol
*Sumber dan
info lanjut boleh dapatkan di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Ubat
Ia
bermaksud Sistem Perubatan Alternatif
Materia
Medica Dioscorides, salinan c. 1334 dalam Bahasa Arab, menjelaskan ciri-ciri
tujuan perubatan pada jintan putih dan lain-lain.
Herbalisme,
juga dikenali sebagai Ubat herba dan fitoterapi, adalah amalan perubatan
tradisi berasaskan kegunaan tumbuh-tumbuhan dan pati tumbuhan.
Mencari
kuasa pengubatan dalam tumbuh-tumbuhan adalah gagasan purba. Orang dari semua
benua telah menggunakan beratus, mungkin beribu, tumbuh-tumbuhan asli untuk
pengubatan pelbagai penyakit dari zaman prasejarah. Tumbuh-tumbuhan ini masih
digunakan secara besaran dalam ubat etno di seluruh dunia.
Pengawalan
Ubatan
tradisional adalah ubatan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian daripada
bahan aktifnya bersumber daripada tumbuhan ubatan (herba). Ia digunakan dengan
tujuan untuk menghalang atau merawat penyakit atau juga untuk meningkatkan
tahap kesihatan.
Ubatan
herba diambil sama ada dalam bentuk asal bahagian tumbuhan tersebut seperti
buah, bunga, rizom (ubi) atau dalam bentuk air rebusan seperti rebusan akar,
batang atau daun atau juga dalam keadaan yang telah diproses di kilang ubatan
sama ada dalam bentuk serbuk, ekstrak air atau ekstrak pelarut kimia yang
dikeringkan dan dijadikan kapsul, pil herba atau bentuk cecair.
Kajian yang
dijalankan oleh para penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia (PPSP, USM) menunjukkan bahawa pengambilan ubatan
tradisional yang mengandungi tumbuhan herba adalah popular di kalangan wanita
hamil di negara ini. Kajian yang dijalankan di sebuah daerah di Kelantan pada
2005 ini menunjukkan 51 peratus daripada 316 wanita yang disoal selidik
mengakui mereka mengambil ubatan herba semasa hamil.
Dalam satu
kajian berbeza, dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh
Puan Law KS dan rakan-rakan antara bulan September dan Disember 2007
menunjukkan 34.3 peratus wanita Melayu yang dimasukkan ke wad antenatal HUSM
mengakui mengambil ubatan herba semasa hamil dan 73 peratus daripada mereka
mengambilnya semasa bersalin.
Kajian yang
dijalankan oleh penulis dan rakan-rakan pada 2005 telah cuba menyelidiki tujuan
utama pengambilan ubatan herba tradisional oleh golongan wanita tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, wanita mengambil ubatan herba tradisional
boleh dibahagi kepada dua golongan.
Golongan
pertama ialah wanita yang mengambil herba sebelum mereka hamil. Hasil kajian
menunjukkan bahawa tujuan golongan ini mengambil ubatan herba adalah untuk
menjarakkan kelahiran, mengatasi masalah sakit-sakit badan serta membantu
meningkatkan kepuasan hubungan kelamin. Di antara herba yang dilaporkan popular
untuk memenuhi keperluan tersebut adalah manjakani, kacip fatimah dan mas
cotet.
Walaupun
mereka mula mengambil ubatan herba sebelum disahkan hamil lagi, ramai yang
dengan tidak sengaja telah meneruskan pengambilan ubat herba tanpa menyedari
yang mereka telah hamil disebabkan tidak merancang kehamilan. Apabila disahkan
hamil, ada yang segera berhenti daripada mengambil ubatan herba. Namun begitu,
ketika mereka membuat keputusan untuk berhenti, usia kehamilan telah mencecah
beberapa minggu atau bulan.
Golongan
wanita yang kedua adalah wanita yang memang mengetahui bahawa diri mereka hamil
dan sengaja mengambil ubatan herba khas untuk kehamilan. Di antara ubatan herba
tradisional yang menjadi pilihan golongan ini adalah sanggul fatimah, bunga
kembang semangkuk yang direbus dan diminum airnya atau minyak kelapa yang
dibacakan doa atau disebut 'minyak selusuh' untuk mempermudahkan proses
kelahiran.
Ada juga yang
beranggapan ubatan herba dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdikan
janin serta mengatasi masalah lekat uri (retained placenta). Di samping itu,
ada juga segelintir wanita yang mengakui pernah mengambil tumbuhan dikenali
sebagai pokok celaka untuk menggugurkan kandungan atau melawaskan haid.
Persoalannya,
apakah ada kajian yang telah membuktikan keberkesanan ubatan herba untuk tujuan
tersebut????
Kesan
Pengambilan
ubat moden dan tradisional perlu dipantau bagi memastikan tidak menjejaskan
kesihatan ibu dan juga janin yang dikandung.
Setakat ini
tiada lagi kajian yang dijalankan di kalangan wanita hamil di negara kita untuk
membuktikan keberkesanan herba tempatan dalam memenuhi keperluan dan hasrat
tersebut kerana kajian sebegini agak berisiko.
Selain
daripada keberkesanan, persoalan yang jauh lebih penting adalah tahap
keselamatan ubatan herba tempatan! Jika anda beranggapan bahawa ubatan herba
ini sudah tentu selamat daripada kesan sampingan kerana ia adalah daripada
tumbuh-tumbuhan semulajadi, anda tersilap.
Menurut
hasil tulisan saudara Husin, dalam artikelnya bertajuk Adverse effects of herbs
and drug-herbal interactions yang diterbitkan di dalam Malaysian Journal of
Pharmacy pada 2001, keracunan dan kesan sampingan herba yang pernah dilaporkan
kepada Pusat Racun Negara di antara tahun 1995 hingga tahun 2000 meliputi lapan
kes pada 1995, tiga kes (1996), lima kes (1997), 11 kes (1998), tujuh kes
(1999) dan sembilan kes (sehingga tahun 2000).
Di antara
herba terlibat adalah jering, kulat kayu, kecubong, ubi kayu, daun mambu dan
'gel pelangsing'. Kementerian kesihatan Malaysia melaporkan 37 peratus daripada
5,000 pesakit buah pinggang di Malaysia turut dikaitkan dengan penggunaan
ubatan tradisional dalam jangka masa panjang.
Walaupun
bersumberkan tumbuh-tumbuhan, ubatan herba juga tidak terkecuali daripada kesan
yang membahayakan kesihatan kerana beberapa faktor seperti:
- Tumbuhan itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadang kala boleh memberi kesan toksik atau bahaya kepada ibu mahupun janin. Misalnya, Jus mengkudu dilaporkan mengandungi kandungan garam kalium yang tinggi yang membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang. Garam kalium yang tinggi dalam darah juga boleh mengganggu proses denyutan jantung.
- Ubatan herba itu boleh tercemar dengan kuman atau logam berat seperti plumbum semasa proses pengambilan, penyimpanan atau proses pemprosesan ubat itu sendiri.
- Kementerian Kesihatan melaporkan 95 peratus produk ubatan herba tradisional yang tidak berdaftar mengandungi steroids.
- Interaksi di antara ubatan herba dan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden. Misalnya, ubatan tradisional yang mengandungi salicylic acid boleh berinteraksi dengan ubat aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk menghalang pembekuan darah. Ini boleh mengakibatkan risiko perdarahan terutama jika pesakit mengalami luka atau menjalani pembedahan.
Sebenarnya
tidak banyak kajian yang telah dilakukan terutamanya keatas herba-herba
tempatan untuk menentukan kesannya kepada janin jika diambil semasa mengandung.
Tumbuhan herba mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menyeberangi uri
(plasenta) dan seterusnya meninggalkan kesan kepada janin.
Antaranya:-
- Keguguran - Kajian ke atas tikus hamil yang dijalankan oleh Profesor Madya Siti Amrah Sulaiman, pensyarah di PPSP, USM menggunakan herba yang biasa diambil oleh Komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan sebagai herba perancang keluarga mendapati herba tersebut boleh menyebabkan keguguran janin kerana bahan aktifnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron yang penting dalam mengekalkan kehamilan .
- Kecacatan - Ada wanita yang mengambil herba jika terlewat datang haid dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan mereka. Ada yang berjaya, iaitu kandungan tersebut gugur. Namun begitu, tidak kurang juga yang gagal - keguguran tidak berlaku. Janin akan terus hidup dalam rahim ibu dengan pelbagai risiko akibat daripada kesan ubatan herba yang diambil tadi. Salah satu daripadanya ialah risiko kecacatan. Sekiranya ubatan herba diambil dalam tempoh awal kehamilan (3 bulan pertama), bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami kecacatan teruk kerana tempoh 3 bulan pertama ini adalah tempoh di mana anggota utama janin terbentuk. Bahan aktif atau toksik daripada sesetengah ubatan herba boleh mengganggu proses pembentukan anggota janin. Hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof Madya Siti Amrah ke atas tikus hamil turut menunjukkan sejenis herba tempatan yang begitu popular digunakan untuk rawatan darah tinggi, kencing manis dan jantung menyebabkan janin tikus cacat dengan dagu bawah yang kecil (micrognathia) dan kecacatan pada tempurung kepala janin tikus.
- Bayi lemas - Ada wanita yang mengambil produk herba tempatan untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Biasanya mereka akan mengambil herba ini selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan ke atas kerana percaya herba ini boleh membantu mempercepatkan bukaan pangkal rahim. Setakat ini, tiada lagi kajian ke atas herba tempatan untuk membuktikan fakta tersebut! Namun begitu, kajian di negara lain ke atas produk ubatan herba tempatan mereka menunjukkan tumbuhan yang diambil dan dipercayai boleh mempercepatkan proses kelahiran ini memang terbukti mengandungi bahan aktif yang meningkatkan pengecutan rahim yang seterusnya membantu bukaan pangkal rahim. Bagaimanapun, pengambilan herba secara berlebihan berisiko menyebabkan peningkatan pengecutan rahim yang berlebihan dan boleh menyebabkan janin lemas kerana kekurangan oksigen. Jika pengecutan rahim yang berlebihan ini berlaku sebelum kandungan cukup matang, kelahiran 'tidak cukup bulan' boleh berlaku yang akan menimbulkan banyak masalah kepada bayi.
- Kematian janin - Mengikut kajian oleh penulis sendiri dan rakan-rakan di sebuah daerah di Kelantan, pengambilan ubatan herba dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan menunjukkan ada kaitan dengan kadar kematian bayi semasa di dalam kandungan atau dalam tempoh 6 hari kelahiran (kematian awal bayi - early neonatal death). Namun begitu, kajian kami turut mendapati pengambilan herba seperti 'minyak kelapa' yang lebih dikenali sebagai 'selusuh' oleh ibu hamil dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga) menunjukkan kaitan pengurangan kadar risiko kematian awal bayi. Walaubagaimanapun kedua-dua penemuan di atas memerlukan kajian lanjutan untuk menentukan kandungan sebenar herba tersebut dan memastikan kesannya ke atas janin.
Waspada
Contoh: Herba-herba
yang biasa digunakan wanita tempatan ketika mengandung.
Memastikan
sesuatu ubatan tradisional adalah benar-benar selamat sebelum mengambilnya
adalah penting kerana kebanyakan ubatan tradisional boleh dibeli di kedai,
farmasi atau dipesan daripada bidan kampung atau dibuat sendiri tanpa
memerlukan preskripsi daripada doktor. Sebelum membeli atau mengambil sebarang
Ubatan Tradisional, semak maklumat berikut:
Perakuan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumat
tentang kesan sampingan maklumat tentang kesan kepada janin boleh atau tidak boleh diambil oleh ibu
hamil.
Langkah-langkah
yang diambil oleh Kementerian kesihatan untuk memastikan ubatan herba selamat
kepada pengguna meliputi:
Pendaftaran ubat-ubatan - Di bawah peraturan
Kawalan dadah & kosmetik (Control of drugs and cosmetics regulation),
sebelum boleh didaftarkan, kementerian telah menetapkan kriteria bahawa produk
hendaklah telah diuji dan dipastikan selamat daripada pencemaran kuman, logam
berat dan mempunyai label. Pendaftaran adalah penting kerana jika berlaku
sebarang kesan sampingan, mudah bagi pihak kementerian untuk mengesan dan
mengambil tindakan terhadap produk dan juga pengeluar produk tersebut.
Pemantauan
- Bahagian penguatkuasa kawalan dadah (Drug Control Authority) adalah badan
yang bertanggungjawab memantau keselamatan ubatan moden (farmaseutikal) atau
pun ubatan tradisional. Anda hendaklah memberikan kerjasama dengan melaporkan
sebarang kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku. Maklumkan kepada Doktor jika
anda mengalami sebarang kesan sampingan daripada Ubatan Tradisional. Doktor
akan melakukan pemeriksaan dan membuat pengesahan mengenai kemungkinan kesan
sampingan tersebut. Doktor juga akan membuat laporan kepada Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan dengan mengisi borang khas yang terdapat di mana-mana
hospital atau klinik kesihatan.
Kesimpulannya,
keselamatan ubatan herba tempatan masih lagi menjadi tanda tanya kerana hanya
sedikit kajian yang telah dijalankan untuk menentukan sama ada ubatan herba
tempatan selamat kepada janin. Kajian yang sedia ada, walaupun dijalankan ke
atas tikus, telah menunjukkan risiko kecacatan kepada janin. Oleh itu,
berhati-hatilah dan ikutilah nasihat berikut:
- Seboleh-bolehnya, elakkan mengambil ubatan herba semasa hamil jika anda masih hendak mengambilnya, pastikan anda mengambil produk yang diiktiraf oleh kementerian kesihatan, ada maklumat yang sahih tentang kesan kepada kehamilan.
- Jika anda mengambilnya dalam keadaan anda tidak hamil, pastikan anda betul-betul merancang kehamilan anda supaya dapat berhenti mengambil sebarang ubat sebelum anda hamil.
- Berbincang dan dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang Ubatan Tradisional semasa hamil
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2r0Flqz5u
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ubat-ubatan
boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am. Ubat
Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor
(sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing
manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi
doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).
Pengkelasan
ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor
pendaftaran ubat. Abjad A digunakan
untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T dan X digunakan bagi ubat
am.
*Untuk info
lanjut boleh dapatkan di sini:-
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/apakah-maksud-ubat-terkawal-ubat-am.html
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan tambahan?
Menurut
Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan
yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman
herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang
menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia
lanjut. Namun, anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan
kesihatan.
Kelebihan makanan tambahan
Penghasilan
makanan tambahan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menimbulkan
persoalan kepada pengguna. Mereka sering bertanya atau ingin tahu apakah
kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan memandangkan masih ramai
yang kabur tentang fakta terhadapnya.
Secara
amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu.
Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pemakan yang tidak seimbang
menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makan
tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap
pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.
Selain itu,
pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan
iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan
juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian. Contohnya,
dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi cendawan gano.
Bagaimana seseorang individu boleh mengamalkan pengambilan Makanan Tambahan/ Vitamin?
- Pengambilan makanan tambahan sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal, iaitu ketika masih kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, mereka turut mewarisi pemakanan tidak seimbang dalam keluarga dan perlu diteruskan sehingga tua. Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana mangalami masalah kesihatan.
- Bagi seseorang individu yang mahu memulakan makan makanan tambahan, disarankan mengambil pil multivitamin dengan mineral dan mengandungi 400 mikrigram asid folik. Setelah selesa, barulah mengambil pil kalsium, pil antioksidan seperti vitamin C dan E.
- Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti, anda mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.
Artikel penuh di sini:
- Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.
- Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.
- Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
- Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
- Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.
- Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.
- Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.
- Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.
- Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.
- Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.
- Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.
- Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.
- Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.
- Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.
- Senaman juga penting.
- Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.
Antara
tip untuk memilih makanan tambahan ialah:
- Pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.
- Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.
- Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.
- Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.
- Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi.
- Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat. Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada. Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.
- Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan@ Utusan
Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan
Nah! sungguh banyak kan info yang perlu kita ketahui antara ketiga-tiga jenis ubat/ ubat-ubatan herba dan vitamin.
Terserah kepada kita bagaimana hendak menilainya serta jadikan
sebagai pedoman agar tidak ditimpa sebarang musibah..
Sampai bertemu lagi... :)
Disediakan oleh:
Nurul 'Ain bt Abdul Rahim
SID: 1075800
No comments:
Post a Comment